IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Batu Karang... Terima Kasih.

>> Wednesday, October 27, 2010

Pertama-tama sekali gua nak ucapkan "Jutaan Terima Kasih" kepada sahabat2 maya yang begitu prihatin dan sanggup berkongsi maklumat dalam n3 gua "Aduhhh... Malunya Gua". Cuma gua kurang jelas dengan maklumat/cadangan yang diberikan dan gua berharap lu orang boleh emailkan pada gua di zergdukes@gmail.com atau dalam ruang komen dalam n3 ini.

Masih ada lagi 2 biji batu karang dalam badan gua ini, 1 pada buah pinggang kiri bersaiz kecil dan 1 lagi dalam buah pinggang kanan bersaiz 1cm (ini yang menyeksa gua sekarang), dan gua hanya bertahan dengan ubat tahan sakit (pain killer) jer... sekarang nih, sementara nak menunggu hari Sabtu (30/10/10) untuk di Starwars oleh doktor.

Jadi sementara nak menunggu hari Sabtu nih... kalau ada peluang untuk menyingkirkan batu di buah pinggang kanan gua nih... dah cukup bagus. 

Komen dari Sudirumusibarat;
Bro tak nak cuba cara batin ke(ini bukan tok batin), Rawatannya nampak zahir(keluar batu) tapi tempat keluarnya tak ada kesan (sebab itu orang panggil batin barangkali). Rasanya pun macam digigit semut tak ada gigi. Percaya atau tidak yang pergi scan nampak berpuluh biji, bila buat rawatan berulang kali dan pergi scan semula. O ,Ok! Setakat 2 biji dgn izin Allah sekali rawatan je. Nak cuba @tak @nak tanya ulama 40 dulu. Jaga pantang bro, jangan makan kacang dan daging (cepat benar batu kang membesar). Saya tahu tempat rawatan tu bro!
Bro... gua rasa boleh cuba, tak payah tanya ulama 40... diorang tu semua hampeh jer... Najib nak buat projek gila Malaysia sebagai hub Kelab Malam dan Spa pun diorang tak mampu nak nasihat, inikan bab penyakit nih... lagi la lemah dan kecut teloq nak bagi fatwa... hahaha... tolong email gua kat mana tempat tu... Terima kasih.
Dari Tanpa Nama 12.57am;
Ubat tradisional untuk batu karang
Bahan-bahan: TEBU HITAM ( DAUN KELABU HITAM ) & TIMUN

Caranya: Dapat 1 kaki tebu hitam ( Bukan daun hijau ) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. minum campuran tersebut. Baca selawat 3x insyaallah batu karang hancur ( 1 ~ 2 jam )
Bro... dalam masa 2 hari nih... gua banyak pasang kaki minta tolong carikan Tebu Hitam tuh... payah jugak nak jumpa kat kawasan bandar nih... tapi gua masih mencari lagi bro... terima kasih atas petua lu itu...
Komen daripada Yong pula;

Semoga cepat sembuh. Yong tahu sorang yang boleh buang batu karang. Seorang doktor (PhD kimia). Dia duduk di Kajang. Dia tak guna jin, setan, sedut atau ape2 suntikan. Tapi miker dah buang batu2 karang ni. So now kena maintain supaya jangan tumbuh lagi.
Yong, kalau boleh tolong bagitau secara detail cara nak hubungi Doktor tu.
Pak Oncu pulak nasihatkan;
SEMOGA EKAU COPEK SEMBUH DAN KENA AMAL KAN MINUM AIR REBUSAN DAUN POCAH BATU ATAU DAUN POCAH CERMIN,,,,,,, pandang makan ISA,,,,,,,,,, !!!!
Pak Oncu, yang ini pun gua sedang usahakan... terima kasih bro...

Maaflah gua terpaksa menggunakan medium ini untuk berhubung dengan lu orang semua demi mendapatkan maklumbalas dengan kadar segera.

Gua juga mengalu-alukan sebarang pendapat atau petua dari lu orang semua, lagipun dengan maklumat dan petua dari sahabat maya sekalian boleh juga dimanfaatkan sebagai perkongsian maklumat dengan sahabat/pembaca yang lain, mungkin ada dikalangan pembaca blog ini yang senasib dengan gua... hahaha....

Terima kasih daun keladi.... lepas baca harap balas.... adiossss...

4 IkutSukaLu...::

mr edz Wednesday, October 27, 2010 10:34:00 AM  

oh kau carik bunga mati hidup semula.. daun tu kering tapi bila rebus bunga tu jadi hijau macam hidup balik.. minu air rebusan tadi..

razak baginda,  Wednesday, October 27, 2010 12:16:00 PM  

cuba minum mixture pottasiun citrate atau ural tapi untuk batu yang kecil, 1 mm patut di laserkan aje. nanti dah sembuh selalunya tumbuh balik, amalkan minum diatas untuk flushing...

Bondtoad Wednesday, October 27, 2010 3:32:00 PM  

Saudara, saya pernah mempunyai masalah yg sama dan dikenalkan dgn Ustaz Rahim di SS17 Shah Alam. Dia cuma bagi air minum yg dibacakan ayat quran dan Alhamdulillah ok. Kalau nak pergi dia ada pusat rawatan di SS17. No Ustaz Rahim 0132196904. Saudara boleh cuba sblm di godam oleh dr lagi...

Maey Monday, November 08, 2010 12:38:00 PM  

arkk...nampaknya aku ketinggalan lah.....bro Isa dah ok ke????

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP