IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bantal...!!!

>> Sunday, October 31, 2010

Ada yang berkata, apa yang kita buat melambangkan perilaku kita... ntahlah gua memang tak percaya langsung dengan benda2 nih, tapi jika ianya berlaku... gua anggap hanya kebetulan jer...., tak tau laaa... dengan lu orang... mungkin ada yang kebetulan jugak ke...????

Adakah lu orang tergolong dalam salah satu habitat di bawah nih...???  


Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa Seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan berjiwa romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang dapat membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada. Boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran, bukan dengan nafsu semata-mata.

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan masyarakat, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Tidak punya bantal
Mereka ini dalam kategori miskin tegar dan sadis, kasihan betul... pergi kedai belilah satu bukannya mahal pun..!!! Jika tidak mampu mohonlah bantuan dari JKM atau Baitulmal....

2 IkutSukaLu...::

Pakwe Tiz Zaqyah Sunday, October 31, 2010 8:42:00 AM  

lu plak spesis yg mana???..suka peluk bantal ke??? ahahahahahahaha

MOH KEMBARA Sunday, October 31, 2010 3:24:00 PM  

salam Yob ISA,
Yong suka banyak bantal tapi sebenornya Yong ni Lone Ranger...takleh pakai analisa tu. Tp ada citer, kekecik slalu kena ganggu masa tido malam, tu yg cover keliling dgn 5-6 bantal masa tido. Takde scientific explanation der!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP