IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Amaran dan Berhati-Hati Dengan Baki Tounch & Go Anda.

>> Tuesday, October 05, 2010

Dua tiga bulan yang lepas isteri gua terkena juga dengan kes duit terlebih potongan dari kad Tounch n Go. Isteri gua buat komplen dan dapat balik pulangan yang terlebih potong tu, tapi ambik masa aaarrr... nak dapat balik duit tu. Stendet maaa... nak potong cepat, nak bayar balik terkial-kial...

Kali ini gua terjumpa, komplen seorang hamba Allah dalam Yahoo Groups, dan gua up kan di sini untuk perkongsian bersama. Supaya kita semua bermanfaat dan berhati2 dengan syarikat2 korporat keparat nih..., ceritanya di bawah tu;


Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap. Kaki tipu jugak. Oleh itu, hangpa dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG hangpa.

Aku sendiri dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG aku ada RM92.90, tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.

Ini bermakna aku telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Aku kerugian RM16.60. Itu baru aku sorang yang perasan terkena. Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit. Buta- buta saja...

Aku pun selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru, sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.

Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG, dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu. Sempat la depa rolling duit tu dulu... aku kasi can la kali ni. Lain kali kalau kena tipu lagi, aku nekad bawak pi mahkamah beb....

Jadi berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni. Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia.

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Tuesday, October 05, 2010 11:29:00 AM  

Betul bro..

kad aku hilang 2 kali..jumlah baki ada lebih kurang rm 350.dah 2 tahun tak dapat balik.

nursha410 Tuesday, October 05, 2010 2:24:00 PM  

sha penah kene...

tapi masa kat komuter...
dari nilai ke kajang...sha x sure bape ringgit...baki dalam kad masa tu ada rm90..

sampai je kajang...lepas je touch kad tu...tinggal RM75++ bape sen tu x igt la...terkejut sha...

nek komuter dari nilai kajang mahal smpi cm tu skali ke?

bek sha nek kete je kalo cm tu...

Anonymous,  Tuesday, October 05, 2010 7:10:00 PM  

bro isa..... dalam blog berapi, rupanya tak ada telok! kalau aku kena camtu memang berasapla plaza tol tu aku cuchuh....aku pedulik hapa dengan undang2 malingsia ni. hanya memihak kepada golongan kelas pemerintah, rakyat nak mampos dia apa peduli! len kali ingat, kalau short 1 sen pon, cepat2 gi beli petrol ngan manchis, lepas tu..... takyah la aku nak ajar plak.....

durk Thursday, October 07, 2010 4:27:00 AM  

aih yg tanpa nama ni nk berapi pehal?
ko pun lebat gak cite, tgk skit ko bakar tol tu ke tak? hang dah baca abis ka? ni bkn bro isa yg kena.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP