IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

umno Dah Sememangnya Bangang...!!!!

>> Tuesday, September 28, 2010

Untuk n3 tengahari ini, gua sekadar memanjangkan jawapan dari Ahli Parlimen Rasah, untuk sebaran dan makluman buat pencacai2 umnoapco melayu yahudi laknatullah yang buta mata dan buta hati, di mana batang mancis kat amerika diorang semua boleh nampak, sedangkan batang balak depan mata sendiri diorang buat2 tak nampak.....

Eeeeeeee....... betapa keji, jijik dan laknatnya perangai puak2 haramjadah umnoapco ni... terutama sekali si Eeeeee.... yang berlagak sebagai melayu Penang tu.... nampak sangat betapa hipokritnya perangai diorang nih...., tak sedarkah dia yang selama ni... dia sendiri mentekedaghah duit hasil cukai judi.... hahaha... bangang punya puak umnoapco...., lu orang layan jelah Surat Terbuka Ahli Parlimen Rasah kat bawah tu..., khaaaakkkk ptuuuiiihhhh buat pencacai2 umnoapco yang buta segalanya....  umnoapco juara FITNAH...!!!


Loke Siew Fook
27 September 2010

En Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih

“MALAYSIAN FIRST”

Berkhidmat untuk rakyat,

LOKE SIEW FOOK
Ketua Pemuda Sosialis DAP
Dan Ahli Parlimen Rasah
 
p/s: Bangang punya puak2 umnoapco nih.....

2 IkutSukaLu...::

Yamaha R6,  Tuesday, September 28, 2010 4:28:00 PM  

salam Bro ISA
Gua tidak begitu setuju dengan ayat di N3 lu spt:-"di mana batang mancis kat amerika diorang semua boleh nampak, sedangkan batang balak depan mata sendiri diorang buat2 tak nampak....."
Untuk pengetahuan lu si Mamak Penang @ Dato'Reezal Merican Naina Merican bukan macam lu cakap; Gua yakin batang mancis di Amerika pun dia tak nampak , begitu juga dengan batang balak di Malaysia pun dia tak nampak bila puak UMNOBN kebas cara terhormat .
Dalam tekaan gua sepanjang penghidupan Dato Reezal Merican hanya boleh nampak Gambar Raja yg pakai tengkolok je, yg lain panca indera dia kabur atau kurang jelas. Dia bersifat daun keladi Bro. So lu cakap apa kat dia , dia akan buat buat macam bodoh atau dia memang bodoh.

ISA Tuesday, September 28, 2010 4:33:00 PM  

Yamaha R6,

Betul kaaa... macam tu, perghhh...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP