IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tunai Janji Nasi Beriani Kambing.

>> Wednesday, September 01, 2010


Kah..kah..kah.... khabar angin barat daya dan timur laut yang gua terima semalam benar rupanya, boleh pakai jugak informer israel gua nih....  cayalah bro... nanti gua belanja lu makan nasi beriani gam... ha..ha..ha..

Tapi yang paling naya... adalah gua, sebab gua dah janji nak sedekah Nasi Beriani Kambing waktu solat  Jumaat dalam minggu ini, perghhh.... mau rabak poket gua nih..., Haji Jamaludin siap tanya kat masjid mana gua nak buat sedekah tu... adoooiiiyyaaaiiii......

Buat Haji Jamaludin, kalau lu.. nak makan Nasi Beriani Kambing lu boleh datang Masjid Negeri, Shah Alam hari Jumaat ni... gua open table untuk semua jemaah yang datang Solat Jumaat (03/09/2010), jam 12.00 tengahari. Lu datang tau... gua reserve baik punya peha kambing untuk lu....

Mari... kita bergumbira melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas persaraan Mamat dalam gambar tu... kahkahkah...

So... nak cakap apa lagi kat mamat tu... Sayonara jelah... jasa mu takda siapa yang nak kenang pun... menyampah lagi ada..., Aman Bukit Aman.... dan gua harap pengantinya dapat berkhidmat dengan cemerlang dan gemilang, jangan jadi 2x5 udah lerrr..... maklumlah... selagi berkhidmat dengan BeEnd dan umnoApco nih... susah nak dapat KPN yang betul2 jujur...

Ada otak sendiri pikirlah..... ha..ha...ha...

Gua nak sambung Blackjack pulak... selepas member Kelantan tarik kerusi join sekaki, member Penang pulak follow lagi RM100 dan duit table RM250... terkedu member 1Malaysia... kahkahkah..... duit table tu lu orang agak2 siapa yang pegang... takan bakal bekas KPN kot.... cukuplah sorang jer bekas KPN kat genting tu... ha..ha..ha...

8 IkutSukaLu...::

Chin Peng,  Wednesday, September 01, 2010 10:58:00 PM  

Hoiitt...tak ikhls pe

Hari Jumaat ni masih pose ler...

ISA Wednesday, September 01, 2010 11:05:00 PM  

Chin Peng,

Wooiiitt.. lu sudah balik Malaysia ka...???

Abang Chot,  Wednesday, September 01, 2010 11:15:00 PM  

Nasi briani kambing golek satu... kuah sama acar kasi bungkus asing....ngaa

ISA Wednesday, September 01, 2010 11:24:00 PM  

Abang Chot,

Bungkus2 tadak... very2 sori... ha..ha..ha...

hj jamaludin,  Thursday, September 02, 2010 12:33:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Jahat jahat gua Bro ! Gua Ihklas kalau nak sedekah pada bulan puasa . Lu sedekah kira ok lah gua respek sama lu. Tapi lu suruh makan masa bulan puasa ( lepas solat jumaat pulak tu?)ini yg tak best . Gua konsider hati lu sama macam hati KPN Musa. Mulut (niat) manis tapi hati macam lidah TOKEK.
Dalam hukum Islam gua dah tua ( Warga Dinar Emas) di kecuali dari puasa , so gua da pesan anak bongsu gua untuk wakil gua pi kat Masjid Shah Alam untuk tuntut gua punya Nasi Berani Kambing.harap lu tak kelentong dengan sedekah lu????

Lang Thursday, September 02, 2010 6:49:00 PM  

salam bro,

pagi jumaat nanti gua buat2 terlajak sahur... so lu kena tunai janji beb... daging tu kena lebih sbb gua saja yg boleh makan tengahari tu... lepas raya gua ganti balik la posa gua...

author faethal Thursday, September 02, 2010 10:21:00 PM  

Salam bro Isa,

Kalau gua bro, gua tak kira. Gua datang pas Jumaat pastu tapau Nasi Beryani tu buat buka!
Wakakaka!!

azman kamarul Thursday, September 02, 2010 11:56:00 PM  

lu orang tak nak posa lantak lu orang lah tapi wa mau ucap selamat pencen kat mamat tu......

Tak ada niat ke nak minta maaf dengan DSAI sempena bulan baik ini.....dulu masa lu angkat tilam tak rasa berdosa ke?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP