IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Terkini Beberapa Blogger Di Tangkap.

>> Thursday, September 16, 2010

Gua tengah senak peruk ketawa guling2 bila baca komen kat sini, di beritakan sebagai berita terkini dari blogger ini. Gua faham maksud dia, tapi tak apalah demi mencari publisiti murahan nak promotekan blog dia agaknya, dengan itu gua takda hal punya up-kan berita terkini dan terhangat buat masa ini mengalahkan kes pembunuhan kat banting tu... kah..kah..kah...

Lepas lu orang habis baca apa yang dia tulis, lu orang semua jangan lupa klik link ke blog mamat tuh... gua malas nak cerita sebab dan pasal apa... sebab gua nak sambung ketawa lagi... ha..ha..ha....

Layan jelah kat bawah tu... harap ianya menjadi kenyataan seperti yang di beritakan... kan..kan...kan.... ha..ha..ha.....

Tanpa edit, gua siarkan berita dari blogger Joe Charlie, yang beritanya macam gambar kat atas tu... kah.. kah. kah....

TERKINI - Blogger GAP,RBF,Parpu Kari, Megat Pisau Antara Yang Di Tangkap!!!  Thursday, September 16, 2010

Putrajaya 16 Sept : Kira kira 30 ribu ahli Pakatan Rakyat DAP, PAS dan PKR telah berhimpun di Sekitar Putrajaya bagi meraikan kemenangan mereka dalam menawan Putrajaya apabila kerajaan Barisan Nasional yang di terajui Dato Seri Najib tumbang awal pagi tadi.

Mengikut Laporan dari wartawan yang bertugas di lapangan Papa Diva memaklumkan bahawa pejabat pejabat kerajaan pada waktu ini sedang di kepung oleh penyokong penyokong pakatan rakyat yang mana sambil melaungkan "Berambus" kepada semua kakitangan kakitangan kerajaan yang ada di dalam bangunan.

Kereta kereta Menteri, Timbalan Menteri dan juga semua kereta Rasmi kerajaan telah berjaya di rampas oleh para penyokong Pakatan Rakyat malah Lori Najis yang di terdapat di Putrajaya juga berjaya di rampas oleh mereka ini.

Di Hadapan bangunan Utama pejabat Kerajaan Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim di iringi Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden Pas dan juga Lim Kit Siang DAP mengangkat tangan kearah para penyokong mereka sambil melaungkan "Reforbasi" berulang ulang kali sambil di ikuti oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang jumlahnya hampir 10 ribu orang.

Kelibat Dato Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para Menteri serta Timbalan Menteri tidak kelihatan pada masa ini di percayai telah bergegas keluar dari pejabat masing masing apabila Putrajaya berjaya di Tawan Pakatan Rakyat awal pagi tadi.

Laporan juga memaklumkan tedapat segelintir penyokong PAS yang telah berguling guling di atas jalanraya Bagi meraikan Kejayaan mereka menawan Putrajaya.

Kelihatan juga Roney Liu DAP dan penyokong mereka berarak memasuki Bangunan Kementerian Dalam Negeri. Namun sumber tidak dapat mengesahkan apa yang di lakukan oleh beberapa pemimpin DAP dan penyokong mereka di dalam Bangunan tersebut.

Mengikut laporan dari ibu pejabat Bukit Aman, arahan telah di keluarkan awal pagi tadi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua Umum Pakatan Rakyat bagi mengerahkan Pasukan Keselamatan mengkuatkuasakan ISA dengan serta merta kepada mana mana Rakyat yang menentang kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Laporan dari Haprakdaily juga memetik bahawa Pihak Polis telah berjaya menahan berpuluh puluh orang Blogger di bawah Tahanan ISA kerana mengeluarkan kenyataan yang menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Di antara Blogger Blogger yang di Tahan di Bawah ISA awal pagi tadi:
GAP, Megat Pisau, Parpu Kari, DET, Garam Manis, Panglima Perang Cyber, RBF, Medan Info, Keris Putra, Jefrry Damien. Dan beberapa puluh lagi blogger lain.

Dalam usaha penahanan Blogger di bawah ISA awal pagi tadi juga satu kekecohan berlaku apabila seorang Blogger yang paling di Kehendaki Kerajaan Pakatan Rakyat Papa Gomo telah berjaya melepasi sekatan pihak Polis, Kastam, dan Imigresen dan telah melarikan diri dengan berlepas menaiki pesawat Air Asia menuju ke Bangkok, Thailand.

Laporan lanjut akan menyusul berhubung Kejayaan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari wartawan Lapangan Papa Diva.......

Psssttt...bye bye...Gomo dah berlepas ke Bangkok dan Cambodia! He he he! Jangan marah ye! We Have A Number???

PAS ITU MELAYU, UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Karangan GOMO at 10:30 AM.

Buat Blogger Joe Charlie, ini pesanan gua buat lu...;

"Wahai jiwa-jiwa yang sedang kacau gilerrrrbabi... janganlah buat huru-hara kat blog orang, tu... ha... YB korang si Satim Diman tengah memancing dan memikat blogger2 pakatan rakyat... hahaha... apa barang bro... lu orang semua tak tau buat kerja, sampai YB korang dah terdesak sangat tuuuuu.... kah..kah..kah... hancai punya puak2 penyamun tarbus...."

PAS ITU Melayu - Sudah Pasti dan kompom ISLAM.
UMNO ITU Islam - Betul ke...??? Musykil pulak gua..., betul ke.. Islam, atau Islam macam cara Kak Mah dengan Kak Ijat... ha..ha..ha.... Islam kat malabu malami.... boleh la.... kah..kah..kah.....

1 IkutSukaLu...::

ISA Thursday, September 16, 2010 9:51:00 PM  

Dalam link ke blog tu gua nampak bro Stones, Aa dan Dakwat Basah kat sana... ha..ha..ha... kena belasah beb...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP