IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Suatu Hari Nanti Pakcik Ini Akan Masuk PAS.

>> Wednesday, September 22, 2010

Apa yang nak gua coretkan di sini adalah satu kisah yang berlaku dua minggu sebelum Ramadhan yang lalu, lama juga gua pendamkan kisah ini. Nak cakap salah tak cakap pun salah... tapi gua tak nak jadi macam puak2 parti umnoApco.... yang buruk perangai dan akhlak pun diorang kata baik dan wangi.

Dalam parti apa pun, dari kalangan pemimpin hinggalah kepada ahli biasa pasti ada orang-orangannya yang bodoh, bahlul, tolol, riak, ujub, tamak, sewel dan totok gilerbabas..., tidak terkecuali dalam Parti PAS, apatah lagi yang terlebih telan pil wala'.

Kisah ini berlaku di Masjid kejiranan Mertua gua (balik ke sana seminggu sekali jer...), ceritanya seorang Pakcik yang khabarnya seorang bekas Pegawai Waran 2 dalam askar (lu orang taulah sikap Pegawai Waran dalam askar, dengan misainya, panas baran, garang dan bengis), telah pencen kurang lebih 15 tahun yang lalu. Setelah pencen beliau menjawat jawatan sebagai Chief Security di sebuah Syarikat Pemaju Perumahan yang terkenal jugalah, dengan gaji yang lumayan.

Beliau juga dulunya adalah seorang setiausaha cawangan umno dalam Parlimen PJ Selatan, orang kuat Kapten Zahar (dulu-dulu sebelum Kapt. Zahar masuk PAS). Kini Pakcik tu... tidak memegang apa2 jawatan lagi dan hanya seorang ahli biasa sahaja (umnoApco).

Sewaktu aktif berparti dan berpolitik dahulu apatah lagi sebagai Setiausaha Cawangan, suara dia suatu masa dulu... perghhhh.... memang lantang gilerrrr.... siapa yang mengutuk pemimpin dan parti umnoApco... pasti kena semburan maut punya.... nak bertumbuk pun boleh... itulah gambarannya betapa karat dan totoknya beliau ketika itu.

Mungkin sudah menjadi lumrah kehidupan kebanyakkan puak2 umnoApco yang berjawatan dalam parti, kehidupan sosial diorang pun... boleh tahan juga, dengan minum2 (yamseng), dangdut, gro... judi adalah kebiasaan bagi diorang semua. Walau menjadi buah mulut masyarakat setempat, diorang tetap cool... dan masih memegang jawatan dalam parti. Itulah produk didikan dan peliharaan umnoApco.

Pada awal tahun ini (2010), memandangkan pakcik ini sudah semakin berumur dan berhenti dari pekerjaan beliau, maka anak2 pakcik ini telah bersepakat untuk menghantar beliau mengerjakan umrah. Pada mulanya beliau menolak tajaan umrah oleh anak2nya..., akhirnya setelah di pujuk rayu dan pelbagai nasihat, beliau akur juga. Maka berangkatlah beliau bersama isterinya ke Tanah Suci pada bulan 5 (May 2010) yang lalu.

Pada awal sekembalinya beliau dari Tanah Suci Mekah Al-Mukarahmah, apabila gua duduk bersembang dengan beliau di kedai kopi, banyak cerita serta nasihat berunsur kebaikkan yang beliau berikan, malahan mendesak gua supaya segera menunaikan umrah, ada kalanya dalam sentuhan ceritanya berkaitan Tanah Suci Mekah di iringi airmata... perghhhh.... pakcik yang suatu masa dulunya brutal karat umnoApco boleh tangkap syahdu dengan kerinduan pada Mekah Al-Mukarahmah. Macam tak caya jer... gua di buatnya.

Dalam waktu ini, beliau masih malu2 lagi untuk ke Masjid (berjemaah), hanya menunaikan Solat di rumah sahaja. Bagi gua itupun sudah cukup bagus jika hendak dibandingkan dengan perangai Jahiliyah beliau suatu ketika dahulu, jangan di katakan Solat Fardhu... Solat Jumaat pun beliau tak pandang langsung.

Dan ada suatu ketika beliau tanpa segan silu bertanya pada gua niat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Ehhhmmm... sampai ke peringkat itu ceteknya pengetahuan agama beliau, gua yakin beliau tahu semua tu, cuma beliau mungkin keliru kerana lama tidak mengamalkannya, walau macamana pun... Syukur... Alhamdulillah... beliau tergolong dalam golongan orang yang menemui Hidayah Allah SWT, dan jujur mencari ilmu walau sudah terlewat umur. Semoga beliau isthiqamah dalam pencariannya.

Setelah berjinak2 dengan agama melalui pergaulan dan bacaan... akhirnya beliau menjejakkan kaki ke Masjid untuk berjemaah, menjadi lumrah orang yang mula berjinak dengan Masjid, pada awalnya pastilah akan berdiri dalam saf yang belakang setelah lama kelamaan barulah berani untuk mencelah di saf hadapan... betul tak...??? So... demikianlah keadaan pakcik itu.

Tapi apa yang gua kesalkan ialah, apabila pakcik itu sudah mula mempunyai keyakinan untuk berada di saf hadapan sekali, ketika itu untuk Solat Isyak. Setelah beliau memasuki saf hadapan... adalah seekor malaun (jemaah masjid dan orang PAS kawasan kejiranan pakcik tu jugak, gua kenal gitu-gitu jer...) telah menegur beliau dengan kata2;
"Pak Din, saf depan ni untuk orang PAS aje...,
orang umno sembahyang kat belakang"
Gua yang berada berhampiran berasa terbakar dan berangin dengan malaun PAS yang sekor nih..., mulut celupar dan berasa dirinya dah terlebih Islam dari apa yang Islam ajarkan, haramjadah bangang punya malaun. Macam itu ker... caranya Islam mengajar cara2 untuk berdakwah.

Memandangkan Imam sudah mengangkat Takbir, maka gua secara isyarat dan berbisik sambil memaut tangan pakcik tu... supaya kekal di safnya dan pedulikan kata2 malaun tersebut. Selesai memberi salam... pakcik tersebut terus berundur dan bangun kebelakang menunaikan solat sunat... gua hanya perhatikan saja, selesai berdoa... gua tengok pakcik tu dah hilang... terus balik agaknya.

Yang malaun PAS tadi pun... dalam sibuk gua melilau mata sambil bersalaman, dia pun dah start motor dan blah... tak sempat gua nak tegur.

Pada minggu hadapannya, apabila gua balik rumah mertua gua... maka berkesempatanlah berjumpa dengan Pakcik tu dan bersembang di kedai kopi macam biasa, bertanya khabar itu dan ini... maka gua dapat tau dia sekarang hanya bersolat di rumah dan tidak lagi ke Masjid seperti kebiasaannya.

Lagipun dia akur juga dengan kelancangan mulutnya suatu masa dahulu yang mengutuk orang2 PAS dan menjauhkan diri dari Masjid, dan dia menganggap kata2 malaun PAS tersebut sebagai kifarah buat beliau. Sedih dan kesian juga gua mendengarnya....

Walau apa pun alasan yang keluar dari mulutnya dan berkata dia tak ambik hati dengan cakap2 malaun PAS tersebut, tapi hati orang tua... paham2 jelah. Cuma yang gua kesalkan adalah cara malaun PAS tersebut menegur samada untuk bergurau atau menyindir Pakcik tu adalah tidak berhikmah sama sekali.

Harap perkara ini mendapat perhatian ahli2 PAS untuk mentarbiah sesama ahli lu orang semua, supaya jangan ada unsur2 ketaksuban politik dalam Masjid. Kerana Allah tidak menilai lu orang semua melalui Parti Politik yang lu orang ikuti. Dan Masjid bukanlah bapak lu orang yang punya untuk lu orang monopoli dan buat sesuka hati.

Terbaru yang gua dengar pada Ahad lepas, Pakcik tersebut akan berpindah ke Bandar Baru Bangi tinggal dengan anak perempuannya. Rumahnya di kejiranan mertua gua akan di jadikan sebagai istana hinggap sahaja pada hari Sabtu dan Ahad.

Kepada malaun PAS tersebut.... Tahniah.... gua ucapkan kerana berjaya menjauhkan seorang insan yang hendak mendekati Rumah Allah,  Takbir...Takbir...Takbir....!!!!

13 IkutSukaLu...::

Dr. Abdul Wahab Arbain Wednesday, September 22, 2010 6:09:00 PM  

Salam ISA,
Ana rasa tau siapa yang akan masuk PAS tu.

mahaza Wednesday, September 22, 2010 6:13:00 PM  

Saya syorkan hang print artikel ni dan tampal pada setiap PINTU masjid kat rumah mertua. Kalau sapa koyakkan ganti yang baru.... kalau boleh hari Jumaat print bebanyak bagi ajemaah amik.
Aku baca pun berasap telinga

Unknown Wednesday, September 22, 2010 6:37:00 PM  

setuju .. PAS ke UMNO ke kalau dah dalam masjid tu buatlah macam rumah Allah...apsal nak 'sound' tak beradab macam tu...bengong punya sorang makmun likely ahli/penyokong PAS. Bagi la buku baru @ 'clean slate' pada orang UMNO yang kita benci suatu masa dulu jika dia dah mahu berubah kepada lebih islamik.

Ingat, bukan semua orang PAS masuk syurga & bukan semua UMNO masuk neraka...hehe

mahaza Wednesday, September 22, 2010 6:48:00 PM  

Orang yang macam tu kena tanya dia kutipan hari Jumaat ada suruh tulis kat duit tu UMNO atau PAS ke idak? Kalau tak macamana nak bezakan? Semua sapu?

Tang duit semua samarata ke?

Anonymous,  Wednesday, September 22, 2010 7:03:00 PM  

SyafiqGombak, skygyver@gmail.com

Inilah akibatnye apabila terlalu taksub dgn agama. Islam bukan hanye ibadat semata2 ttp satu cara hidup utk mengharmonikan kehidupan sesame manusia.

Jangan terlalu cepat menghukum orang lain. Sedangkan Allah pon Maha Pengampun apakan plak kita yg hanya berstatuskan hamba.

Kalau setakat perbezaan ideologi politik, tak payahlah diambil hati sangat. Aku pon ramai berkawan dgn penyokong kuat UMNO tp bila berjumpa , kami akan bersembang seperti kawan baik. politik nye pasal belakang citer la.

Mmg sakit hati dgr hujah diorg, tp kalo aku pon berdebat same mungkin dirog dah xnak kawan ngan aku.

Inilah salah satu masalah org2 PAS, bukan semua x baik tp yg segelintir nie la yg akan mencemarkan perjuangan ISLAM yg dibawa PAS.

ISLAM bukan ibadat sahaja, tapi cara hidup harmoni masyarakat secara global.

bunbinban,  Wednesday, September 22, 2010 8:47:00 PM  

aku ingat ko pegi sound sket org PAS tu. Aku tak masuk PAS sbb aku tak nak mencemarkan nama Islam dgn perangai aku tapi aku sokong PAS dan PR. org PAS yg mulut longkang tu elok bagi penyepak je...

hj jamaludin,  Wednesday, September 22, 2010 9:02:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Ini kali pertama bila gua baca lu punya N3 , gua menitis airmata. Pandai lu buat karangan.Cerpen lu buat gua termenung n sedih. WeH WeH WeH.

Harris Wednesday, September 22, 2010 10:06:00 PM  

Hamjadah punye malaon PAS!!!X agak2 langsong!!

real ahli pas,  Wednesday, September 22, 2010 10:32:00 PM  

ceh! wa yg ahli pas ni pun naik angin baca,kalau betul cerita lu,sepatut lu usaha cari melaun dan sound dia la.betul ke melaun tu ahli pas? mungkin dia penyokong je kot sebab kalau ahli pas yg betul dan melalui proses tarbiah, tak buat gitu, wa yakin melaun tu bukan ahli pas.

budakbalun Thursday, September 23, 2010 1:12:00 AM  

ahli PAS ni ada 2 jenis bro..

Satu.. golongan yang rajin ikut usrah,tamrin,ijtima dan sebagainya..
selalunya puak2 ni InsyaAllah.. terjaga akhlaknya..

Dua.. sebaliknya dan berkemungkinan leh jadi masalah yang kamu cerita ni..

tapi apa2hal pun.. ikut manusia tu jugak..
kalau yang jenis baran.. baran gak!!!

dewi malam,  Saturday, February 05, 2011 10:46:00 PM  

kes perangai macm ni yg buat kuat wa menjauhi pas berpulh tahun.wa sendiri da kena. few years back,kerana dahagakan ilmu dan nak mendekati islam wa pi ceramah pas pd bln ramadan kat markas pas dekat rumah wa.lgpun wa memang minat dngar ceramah agama tokoh pas ini.Mungkin kerana tak dikenali dan datang seorang,wa telah disindir dan diandaikan org umno,bermacm2 sindirin yang menyakit hati dilemparkan oleh pengerusi majlis,walaupun wa bknle ahli mana2 partipn sampai skrg.Sy betul2 kecewa dan menyampah,itula x terakhir sy hadiri ceramah pas.Tp org mcm ni ada kat mana2.peristiwa kedua kat stu masjid diJB.Sy masuk saf lewat,ntah apa yang silap sy buat,wallahualam.kerana khusuk solat sy tak perasaan $ apa yg ditegurnya,tiba 2 direntapnya telekung shingga terlucut sikit dan sy hampir jatuh.terperanjat pun ada meradangpun ada.KALAU BETUL SALaHPUN SEMBAHYANG SY,TAK BOLEH KA ,TEGUR CR SOPAN ATAU TUNGGU HABIS SOLAT? kalau salahpun cara kan sy bolah solat semula.Rasanya tak perlulah begitu biadap walaupun dia orang tua.sejak itu sy malas nak solat kat masjid walaupun dah masuk waktu.lebih selesa solat kat stesen petronas je.

heatonxp Saturday, May 07, 2011 9:43:00 AM  

Pengajaran Dari Kisah ini...

Dulu penah jadi kat saya,
saya selalu jawab kalau info yg disampaikan itu betul...

Jawapan Saya:
Alamak, terima kasih...nasib baik saya x tahu(sbb kalau x tahu x pa) dan terima kasih sebab ajarkan kepada saya ilmu ini dgn percuma, kalau NAK masuk kelas kena bayar & nak dgr ceramah selalu sibuk. Inilah nasib org macam saya nih, dulu mak suruh skolah malas, ni dah berumur baru nak sedar...Allahuakbar,subhanallah
(87% org itu jadi sahabat anda esok)

pendapat saya:
biar kita merendah diri kalau kita salah...jadi apa yg pakcik dari kisah diatas buat & sebab apa dia leh accept kata2 org itu ada sebab yg terbaik bagi mereka ber2. Allah maha mengetahui.

Kalau x tahan kena skolah,
HIJRAH ADALAH 1 PENGORBANAN TERBAIK.

ComOt Thursday, June 09, 2011 11:25:00 AM  

rasa macam tak patut orang tua disindir sebegitu. tapi kalau teringat apa pak cik tu pernah buat/keluarkan kata2 keras kat puak pas di sana, rasanya itu masih dikira tak sebat dia dulu. biasala tu. dugaan bila kita bertaubat. kita kena terima sbb salah kita jugak dulu kan kan kan

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP