IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pesanan Rasulullah Melalui Mimpi Ku...

>> Tuesday, September 21, 2010

Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (faridh63@yahoo.com, telemerit@gmail.com)

Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja.

Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawab ini, sekurang-kurangnya.

Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya.

Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.

Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya.

Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka.

Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan,

"Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain"

Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur.

Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.

Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya.

Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu.

Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu.

Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian dia memeluk saya, dan berkata,

"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".

Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain.

Bacalah...
1) Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta
2) Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad)
keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan.

InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.

Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917

P/s: Untuk sebaran sesama muslim.

2 IkutSukaLu...::

Putra IJ80 Wednesday, September 22, 2010 11:47:00 AM  

Subhanallah,Saya juga pernah bermimpi lebih kurang begitu .Satu malam selepas sembahyang tahajud sya tertidur ,di tepi katil,ketika itu sya.merasakan bumi kiamat dgn angin bergulung bagaikan bukit runtuh,maka teringat dlm hati sya kiamat sudah sampai masa nya,dan taubat kita terhenti setakat iitu,ketika sya.nazak datang sekumpulan lelaki berjubah menunjukan kepada sya.satu kumpulan orang berebut rebut menemui Nabi ,dan mengatakan kepada sya. minta lah shafaat dari baginda. sya melihat dlm kumpulan itu ada orang yg.bercahaya jelas tapi sya.tidak dapat melihat wajah nya kerana ia berada di sebalik cahaya itu.8ila tersedar sya.merasa air mata mengalir .**sya.pernah bertanya pada ustaz Yazid Jaafar ketika dia mengajar kitab di surau tempat sya. kata nya umur sya panjang dia X dpt mengulas lanjut kerana waktu itu ada pula soalan dari muslimah. wallahuaklam.

Putra IJ80 Wednesday, September 22, 2010 12:11:00 PM  

subhanallah..sya terlupa menyebut ayt.yg di berikan kepada sya.ketika mimpi itu..berbunyi:- Allah hu wah dah,Lasari kalah, Muhamadun 'abdah,Muhamadun 'abdah,Muhamadan 'abdah, warasulluh. warasulluh,warsulluh.di ulang ulang ole kumpulan itu,sambil menangis nangis dan mennjadi amalan doa selps tiap kali sembahyang saya.insyallah.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP