IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hidup Perkosa..!!! Hidup Ibrahim Ali..!!!

>> Saturday, September 18, 2010

Syok juga melayan kerenah dan mehnah umnoApco/beEnd yang tak sekepala dengan PERKOSA. Sebabnya umnoApco/beEnd sejak kebelakangan ini asyik kena PERKOSA jer… dengan Ibrahim Ali…. ha..ha..ha…

Serangan balas dari umnoApco pula, dengan pelbagai selaran yang dilemparkan kepada PERKOSA dan presidennya Ibrahim Ali, secara tidak langsung ianya memperlihatkan bahawa pertubuhan PERKOSA ini sebagai salah satu NGO yang amat digeruni oleh beEnd dan umnoApco. Itu petandanya umnoApco sudah semakin mereput dan goyah.

Mengapa gua katakan PERKOSA di geruni oleh pemimpin2 umnoApco dan parti komponennya, bermula dengan KJ dan beberapa nama lagi yang gua malas nak ambik pot, sedang asyik seronok menghentam PERKOSA kebelakangan ini. Kononnya untuk menunjukkan garang kejantanan mereka dengan menyelar dan menghentam Ibrahim Ali upside down… kah..kah..kah… mampuih pi kat hangpa… masing2 nak tunjuk hebat konon…

Dengan beberapa cadangan dari kalangan pemimpin beEnd untuk berputus arang dengan PERKOSA sudah pasti sedikit sebanyak akan memberi sumbangan kepada kejatuhan beEnd dan umnoApco khususnya.

Masalahnya pulak jika umnoApco mengambil keputusan menjauhi PERKOSA, mungkin ianya boleh memberikan ‘consequence’ yang ‘negative’ terhadap PERKOSA, namun hakikatnya ada di kalangan orang2 kuat umnoApco sendiri yang memainkan peranan sebagai tangan2 ghaib menaungi PERKOSA secara senyap, baik dari segi moral, modal dan perbelanjaan kepada badan NGO yang berbaur politik itu.

Cuba lu orang bayangkan kos dan perbelanjaan untuk menggerakkan PERKOSA bukannya kecik anak beb…, dari mana si Raja Katak tu nak cekau duit kalau takda sumbernya…., pun begitu untuk menyalahkan parti haramjadah umnoApco membelasah Perkosa juga tidak wajar, ini di sebabkan umnoApco betul2 terjejas dengan permainan NGO tu..., akhirnya umnoApco yang tersepit. Nak tak nak… Perkosa wajib di belasah.

Dalam masa yang sama PERKOSA dengan penampilan sebagai kumpulan ‘ultra melayu’, telah menjadikan Mca iaitu rakan kongsi umnoApco dalam politik dan perniagaan itu merasa terancam. Mca telah menyalahkan umnoApco kerana membiarkan PERKOSA menjadi PERKASA, maka Mca juga memberikan reaksi yang sama ‘chauvinistic’ dengan PERKOSA untuk mendapatkan dokongan dari bangsa Cina.

Seperti umnoApco, Mca juga mempunyai masalah yang besar dengan bangsa yang dipimpinnya. Orang-orang Cina kini lebih cenderung untuk memberikan dokongan kepada DAP. DAP yang selama ini digambarkan dengan imej negatif oleh media massa/pencacai sudah tidak lagi mempunyai masalah untuk diterima rakyat terutamanya bangsa Cina. Malahan DAP juga mendahului dalam pendaftaran pengundi baru.

Tidak keterlaluan jika gua mengatakan bahawa orang Melayu juga sudah mula menerima parti ini sebagai parti yang tidak seburuk seperti di gambarkan oleh pemimpin BN dan media pencacai mereka sejak berdekad lalu. Malahan dalam isu PERKOSA yang mana Mca begitu vokal menyebabkan Mca pula dianggap sebagai parti yang sangat ‘chauvinistic’ melebihi dan melampau dari DAP.

Malahan usaha yang dilakukan oleh DAP untuk meletakkan beberapa calon Melayu diperingkat Parlimen dan Dun diseluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang telah dapat mengambil hati ramai pengundi Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang sedang tidak berpuas hati terhadap Mca, sedikit sebanyak kompromi dari DAP mereka (Melayu) akan memberikan sokongan kepada DAP dengan agak mudah.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada PERKOSA?

Di dalam sesuatu pergaduhan yang menang juga akan merasakan kesakitannya. Bagi PERKOSA ianya akan hanya membantu mengurangkan undi BN dengan pergaduhan secara terbuka ini. PERKOSA sedang melakukan apa yang sepatutnya iaitu untuk bersedia meletakkan calon dalam pilihanraya yang akan datang (ura-ura untuk menubuhkan sebuah parti baru untuk orang melayu), ataupun mereka akan bertanding atas tiket BEBAS.

Ramai di antara pemimpin-pemimpin PERKOSA sedang membuat ‘sampling survey’ untuk menilai samada mereka akan mendapat sokongan orang ramai jika mereka meletakkan calon-calon bebas mereka untuk menentang BN dan PR dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam politik Negara, selalunya calon-calon bebas merupakan calon perosak undi melainkan calon itu ada keistimewaan khusus yang boleh membawa kemenangan kepada mereka.

Contoh Ibrahim Ali jika bertanding atas tiket bebas, gua yakin beliau tidak akan menang, sementelah pula dalam keadaaan sekarang ini di mana rakyat tidak akan memilih mana-mana calon bebas kerana ianya di anggap sebagai pengacau kepada parti-parti yang serius bertanding.

Jadi jika PERKOSA bercita-cita untuk meletakkan calun bebas dalam pilihanraya nanti ianya hanyalah mimpi di siang hari dan angan2 gilerbabi dari sang Presidennya. Bagi gua jika hendak di kekalkan PERKOSA, maka PERKOSA mesti kekal sebagai NGO yang memperjuangkan apa yang sekarang dilalaikan oleh umnoApco.

Kerana PERKOSA mempunyai kekuatan dan berjaya menimbulkan keresahan pemimpin2 umnoApco yang sedang mabuk kuasa. Jika itu pendirian kekal PERKOSA maka NGO itu akan menjadi NGO yang mempunyai ‘consequence’ yang penting untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas ini.

Bagi PERKOSA ianya patut tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan orang Melayu. Pemimpin umnoApco sekarang penuh dengan kepura-puraan, depan orang Melayu cakap mereka berlainan sekali jika mereka bercakap di hadapan bangsa asing. Ini merupakan satu ‘indication’ jelas di mana para pemimpin umnoApco tidak lagi mempunyai ‘buah pelir’ dan sentiasa berada dalam keadaan was-was dalam menentukan arah tuju perjuangan mereka.

Apa yang tidak was-wasnya..??? Jika mereka sendiri (pemimpin umnoApco) mempunyai isu-isu besar masing-masing. Bagaimana hendak menyuruh anak berjalan betul jika mereka sendiri berjalan macam Ali Ketam. Masakan seseorang itu mampu berjalan lurus di atas jalan yang bengkok. Sebaliknya tidak ada sesiapa pun boleh berjalan bengkok di atas jalan yang lurus melainkan orang-orang yang mabuk seperti umnoApco… betul tak..???

Justeru itu, kita tunggu sahaja apa yang akan umnoApco lakukan kepada ahli-ahlinya yang menjadi orang-orang kuat PERKOSA. Mungkin umnoApco kena tunggu arahan dari Mca dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakkannya terhadap PERKOSA.

Khairy pula mungkin terpaksa tunggu arahan Wee Ka Siong dulu dan kepada PERKOSA teruskan perjuangan dengan menghentam umnoApco selumat-lumatnya… I like… I like… I like… kah..kah..kah…

2 IkutSukaLu...::

azman kamarul Saturday, September 18, 2010 1:23:00 PM  

DUA-DUA sama....tipu Melayu kerana nak kayakan diri sendiri....perjuangan kepala hotak depa!!!

ISA Saturday, September 18, 2010 1:52:00 PM  

azman kamarul,

benefitnya kepada siapa..??? hahaha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP