IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Bebaskan Minda Dari Cengkaman umnoApco.

>> Sunday, September 19, 2010

Rakyat Malaysia sepatutnya mengambil inisiatif bagi mula menyoal isu-isu yang 'tidak boleh disoal' jika mereka mahu merentasi had wacana umum, kata pembikin filem bebas Amir Muhammad.

Katanya, negara ini mempunyai sejarah wacana intelektual yang cuba dilupakan oleh kerajaan persekutuan hari ini dalam usaha mengekang pendapat yang berbeza dan pembentukan idea bebas oleh orang ramai.

Mengambil contoh, filem klasik Melayu yang diterbitkan pada sekitar 1950 dan 1960, Amir berkata perbincangan intelektual berhubung peranan pemimpin negara ketika itu telah pun bermula. Justeru, generasi sekarang perlu meneruskannya daripada apa yang ditinggalkan itu.

Beliau berkata di sebalik gambaran pemimpin ketika itu seperti sultan yang mempunyai perwatakan yang sempurna seperti tertera dalam filem 1940an, revolusi selluloid yang berlaku dua dekad selepas itu yang membenarkan moral watak-watak itu dicabar.

"Apa yang boleh kita lakukan ialah menilai semula kedudukan perkara yang tidak boleh disoal pernah disoal pada masa lalu tanpa sebarang akibat... maka generasi sekarang mempunyai tanggung-jawab untuk mendalami persoalan itu dengan lebih lanjut,” kata Amir semasa sesi soal jawab forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur, malam semalam.

Panel lain termasuk aktivis Hishamuddin Rais, kartunis Zulkiflee Anwar Haque (atau lebih dikenali sebagai Zunar) dan DJ Jamaluddin Ibrahim.

Amir berkata budaya feudal di kalangan orang Melayu masih tebal, sehingga menyukarkan mereka mengaju soalan yang 'sukar' kepada mereka yang dianggap pemimpin itu.

Katanya, sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada sultan sebelum kemerdekaan kini berpindah kepada ahli politik selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Malah selepas Merdeka, adalah malang, amalan itu berterusan. Lihat sahaja kepada retorik BN... mengajar rakyat untuk berterima kasih,” katanya.

Amir bagaimanapun optimistik bahawa rakyat kini mula membabitkan diri dengan analisis kritikal seperti yang ditunjukkan pada pergerakan reformasi 1998 sehingga tsunami politik 2008 yang menyaksikan kerajaan BN hilang majoriti dua pertiganya di Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP