IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Umno Bunuh UmnoApco.

>> Friday, August 06, 2010

Saya ada terbaca tapi lupa samada dari Al-Quran atau Hadith. Cari-cari tak jumpa. Harap sesiapa dapat berkongsi dengan saya pembetulannya;

Bunyinya seperti ini:
" Kalau Allah hendak turunkan bala bencana kepada suatu kaum, maka Dia akan meletakkan di dalam tabiat mereka sibuk dengan berbahas dan berdebat sehingga mereka kurang beribadat. "

Berita ini ( link ) adalah contoh suatu kaum yang telah tiba saat kehancuran yang lebih dahsyat lagi. Dari dulu sehingga sekarang tempat ini tidak mengenal tenang. Mereka mengaku kononnya Islamic Republic tetapi suka berbunuh-bunuh antara satu sama lain.

Sebagai keperitan tambahan kepada orang miskin, tempat ini sedang mengalami bencana banjir yang sangat hebat yang belum pernah mereka hadapi. 2 tahun dulu, gempa bumi telah membunuh hampir 80,000 orang.

Saya rasa dengan keadaan politik Malaysia yang semakin menjijikkan, kita berisiko untuk sampai ke tahap jahanam sama seperti Islamic Republic tersebut.

Saya memberi satu contoh MIKRO (tetapi KRONIK) baru-baru ini yang berlaku disebuah penempatan di wilayah Kuala Lumpur. Ia membimbangkan saya sehingga teringat ayat atau hadith yang saya sebutkan di atas tadi.

Seorang wanita yang sudah berumur hampir 60 telah menubuhkan PROTEM Persatuan Penduduk. Ini kerana sudah tidak tahan dengan kejadian kecurian, pecah rumah dan maksiat yang semakin menjadi-jadi.

Beliau telah banyak berjasa dalam masa 6 bulan penubuhan PROTEM sehinggalah persatuan diluluskan oleh ROS. Inilah era yang paling manis kerana bertambah erat hubungan sillatrurrahim penduduk. Kecurian turun mendadak. Maksiat berkurangan. Ketenangan dikecapi.

Hampir keseluruhan menyukai apa yang telah beliau lakukan kecuali segelintir yang kurang akal. Biar saya contohkan penduduk yang kurang akal:

1. Membiarkan anak-anak mereka yang liar merayap sehingga subuh
2. Tidak percaya bahawa anak mereka ini mencuri dan menagih dadah
3. Menyimbah air kencing ke dalam lif dan depan rumah orang
4. Mengadu domba dan memfitnah supaya berlaku pergaduhan
5. Memotong tayar kereta dan memecah cermin kereta
6. Kehilangan minyak dan tayar kereta
7. Suka menghantar surat layang
8. Parking kereta ikut suka hati
9. Membolot parking-parking dari orang lain
10. Persatuan haram yang mengutip duit sumbangan tapi tak buat apa

Apabila wanita tua tadi menjemput penduduk untuk AGM pertama, beliau menghadapi pelbagai macam ancaman dan ditakut-takutkan oleh sekumpulan orang UMNO di kawasan itu. Malahan, kepala cawangan UMNO ini mengumpulkan sokongan daripada semua yang kurang akal tadi.

Suasananya seolah-olah macam nak berlaku pilihanraya aje. Riuh rendah, meeting sana meeting sini, tabur fitnah sana dan sini, surat layang bersepah-sepah.

Yang peliknya, wanita itupun orang UMNO jugak, yakni yang ingin membuat kebaikan dan kebajikan. Ancaman dan ugutan berlaku sehingga pada tarikh AGM. Seperti yang diduga, orang-orang UMNO yang bersekongkol dengan penduduk kurang akal bersatu-padu berjaya mengenepikan beliau. Sudah 10 tahun penduduk penempatan itu merana akibat penduduk kurang akal TAPI gerombolan UMNO ini boleh bersekongkol.

Taknak tengok penduduk berasa aman ke? Implikasinya ialah semakin ramai penduduk yang meluat dengan tabiat orang UMNO disitu. Mungkin UMNO akan lenyap terus dan bakal digantikan dengan parti lain. Atau kalau hiduppun, ia berbau busuk yang meloya untuk bertahun-tahun lamanya.

Persoalan saya kepada anda? Perkara seperti ini berlaku di tempat lain ke? Atau memang tempat ini lebih kronik dari yang lain.

Kesimpulan saya sendiri:
1. Memang tiada manfaat bersama-sama dengan sebarang parti politik kerana apa saja akan dipolitikkan.
2. Aktiviti dan matlamat kebaikan akan dihancurkan sekiranya orang yang berkepentingan berasa dirinya tersisih walaupun selama ini kerana kecuaiannya sendiri.
3. Tabiat mereka ini seolah-olah berusaha kuat supaya bala bencana turun secepat mungkin dari langit dan dari bumi.

Dan Allah telah menasihati kita semua bahawa BALA BENCANA ADALAH KERANA PERBUATAN MANUSIA SENDIRI.

Apa penyelesaiannya?
- Jauhkan diri dari mereka yang berhati keras dan busuk supaya tidak dijangkiti tabiat buruk mereka
- Mohon kepada Allah 5 kali sehari untuk diri dan keturunan supaya menjadi orang-orang yang soleh.
- Tunjukkan teladan baik pada anak-anak dan perhatikan pergaulan mereka supaya bila dewasa kelak, menjadi orang yang berjasa.



MannTrex.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP