IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Terjumpa Port Geng Tak Puasa.

>> Thursday, August 26, 2010

Dalam jam 11.30am tadi gua ada appointment dengan ejen hartanah, bukannya pasal nak beli hartanah hehehe.. tak mampu lagi beb, tapi nak menyewa gudang. Bertempat di satu kawasan industri di Shah Alam juga... so pot..pet..pot..pet... dengan ajen tu dan tengok gudang memang strategik, harganya pula cecah RM35k sebulan... perghhhh... out of budget... selesai urusan dengan ejen tu... gua pun ronda2 kawasan tu saja-saja nak survey mana tau kot ada yang murah lagi...

Dari lorong ke lorong... gua redah, sampai la... kat satu lorong belakang bangunan tu.. gua tengok banyak kereta bersusun baik punya, dengan sifat ingin tahu... gua redah lorong tu..., fullamakkkk.... banyak kereta rosak kat situ beb... bersepah Iblis dan Syaitan bersidai kat situ ada yang stylo executive... style mat dispatch, mamat drebar, dan pelbagai profesion bhai.... kenapa ustaz gua cakap dulu, bila masuk saja bulan Ramadhan semua Iblis dan Syaitan di rantai.... perghhhh... gua kena kencing dengan ustaz gua nih....

Masing-masing ada yang terbongkok2 menunduk menyuap makanan, ada yang slumber dog jer... makan minum... bersembang sambil hisap rokok hu..ha..hu..ha... ketawa... perghhh... rupa-rupanya port puak2 tak puasa, tapi gua respek diorang ni pasal masih kekal dengan adap ketimuran, siap bagi salam... ada tersengih2 pelawa makan, angkat tangan tanda "peace"... adoiii... macam2 hal... kira ada adab la jugak.... hahaha... memang gua suspek dan tabik spring la.. kat diorang dalam bab sopan santun nih...

Dalam hati gua... kalau gua repot kat JAIS dan blok (sekat) kedua2 hujung lorong tu... mau kena sewa dua tiga buah kereta jenazah nih.., papehal pun gua tak masuk campur urusan diorang, so... gua blah macam tu jer... lantaklah kat diorang..., itu urusan diorang dengan Allah, dosa diorang kepada Allah dan diri diorang sendiri.

Lagipun buat apa gua nak busybody, semua kakitangan kerajaan (Polis, JAIS dan MBSA mana yang terlibatlah...) di bayar gaji maaa... diorang la yang sepatutnya buat rondaan kat tempat2 macam tu. Kalau ikut hukum memang wajib di tegur, tapi dalam situasi macam tu... tak dapek den nak nolong laei..., kalau kena tangkap pun bukannya diorang serik pun... bayar denda lepas tu buat lagi... takda penyelesaiannya apabila berkaitan dengan soal Iman ni...

Alasan lain pula kenapa gua tak mau masuk campur, sebabnya bagi gua biasa la tu... budak2 bapak2 budak yang tengah meningkat umur tumbesaran dan masih nakal lagi..., lagipun diorang makan minum pun di tempat tersorok, bukannya di khalayak ramai, kenakalan lelaki dengan cara lelaki... pompuannya pulak mungkin ada port diorang yang tersendiri... hihihi...

Lagipun semua orang ada zaman jahiliyah masing2... penipu dan pembohong besar laaa.... kalau ada yang mengatakan dirinya tidak pernah berbuat nakal dalam bulan Ramadhan, budak sekolah ugama/pondok pun ada yang tergelincir jugak beb...

Sedangkan Nabi sendiri terima wahyu dalam linkungan umur 40an, so.. gua doakan sampai umur 40 tahun nanti masing2 berubah la... kearah kebaikkan dan selagi pintu taubat masih terbuka peluang tu masih ada, Allah MAHA Pengampun.

Bagi sesiapa dan kepada insan2 yang telah melepasi umur 40an yang seangkatan dengan gua ni, pasti tersenyum nakal apabila mengenangkan zaman jahiliyah masing2, maksud gua zaman kenakalan masing2 tak kiralah samada kenakalannya mengalahkan buragas atau nakal yang gitu-gitu jer..., pun ramai juga yang dah terlajak umur 40an masih kekal dengan perangai jahiliyahnya, semoga Allah memberi hidayah dan membuka hati mereka untuk kebaikkan.

Melihatkan gelagat geng2 tak puasa tadi teringat pepatah... alaaahhhh... "gua dah minum susu ibu terlebih dulu dari lu orang, tak payah nak kencing laaaa.... melainkan lu orang terminum susu lembu... itu terlebih hampehhhh" hahahaha...... pandai2 coverline sudah laaa...

6 IkutSukaLu...::

Unknown Thursday, August 26, 2010 2:29:00 PM  

Salam,
ada benda pelik ni.
cuba ko taib "najib buka puasa" kat google.
pastu tdia akan tanya macam ni'

Did you mean: anjing buka puasa
pelik gak,google pun dah xsuka najib ke keh keh keh

mahaza Thursday, August 26, 2010 3:23:00 PM  

ko pegi maple ke maple warehouse ke? kalau kat situ dah sohih dorang gi beli kat gerai belakang tu...

Edyes Thursday, August 26, 2010 4:28:00 PM  

gua suke dgn entri lu nie...


errr.. bro... kat mana ekk port tu??


wakakakakaka

ISA Friday, August 27, 2010 6:15:00 AM  

Ijoks,

yang tu.. gua dah publish semalam...

ISA Friday, August 27, 2010 6:17:00 AM  

mahaza,

dalam shah alam ni.. sebut jer kawasan mana port-port tu... dah lama gua tau...

Section 23...??? semua gerai makan MBSA kat situ bersubahat.. hahaha...

Glenmarie... usah cerita... banyak beb...

ISA Friday, August 27, 2010 6:18:00 AM  

edyes,

Bro... kena layan lagu Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia"...

hahaha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP