IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa Nak Jadi Jutawan.. Ibu Mengandung..??? Last Offer...

>> Wednesday, August 04, 2010

Kepada sesiapa yang nak jadi Jutawan Segera boleh daftarkan nama lu orang pada gua secepat mungkin. Gua hanya nak cari 11 orang sahaja yang benar2 layak untuk mewakili setiap negeri. Peluang terhad dan gua mengunakan asas siapa dulu dia dapat.

Daftarlah segera dengan menghantarkan butiran diri lu orang ke ruangan komen blog ini. Segala maklumat di rahsiakan.

Perincian maklumat perniagaan lu orang boleh klik di sini.

Amacam..??? Lu orang sudah dapat bayangkan bagaimanakah bentuk perniagaannya..., kepada yang sengal dan slow pick-up, gua boleh terangkan secara ringkas di bawah ini.

Apa yang perlu lu orang lakukan ialah;

1) Buatkan pamplet atau risalah yang lu orang boleh reka atau design sendiri ikut sukahati lu orang.

2) Jangan lupa letakkan ayat penting "Kepada sesiapa yang mengandung anak luar nikah boleh mendaftar dengan kami". Lepas tu li orang letaklah alamat dan nombor telefon lu orang untuk tujuan perhubungan.

3) Edarkan pamplet/risalah tersebut dalam negeri lu orang, dari kawasan bandar, kampung, felda2 hingga ke hulu banat selagi ada penduduk termasuk kongsi2 indonesia atau pendatang haram.

4) Caj servis perkhidmatan, lu orang cipta la sendiri berapa harganya ikut suka lu orang sendiri. Lagi mahal lagi bagus... lagi cepat jadi Jutawan.. (contoh: Gua hanya ambil RM500 satu orang sebulan darap berapa bulan mengandung hingga selesai melahirkan anak luar nikah tu..).

5) Lu orang cuma perlu sediakan sebuah rumah untuk 'penempatan sementara' dan seminggu sekali lu orang sewa bas atau lori kargo untuk di hantar semua pelanggan lu orang tu ke Jasin, Melaka.

6) Setelah selesai melahirkan, si ibu boleh balik ke negeri masing2 bersama atau tanpa anaknya.

7) Jika tanpa anaknya, anak itu lu orang boleh jual kepada keluarga angkat dengan harga RM10,000 sorang...

8) Lu orang pikirlah sendiri apa jenis lubang2 bisnes yang lu orang boleh selitkan lagi...

Pasti lu orang tertanya2 kenapa 11 negeri jer... so jawapannya ialah Selangor dan Kuala Lumpur gua dah rembat dulu, manakala Melaka pula Ali Rostam punya... bakinya hanya 11 negeri lagi.. lu orang rebutlah... siapa dulu dia dapat. Melayu Singapura kalau nak joint pun boleh juga... tapi kena langkah mayat Hj. Jamaludin dulu.

Lu orang bayangkan RM500 seorang, jika diorang daftar diri pada usia kandungan 3 bulan maknanya RM500 x 6 bulan 10 hari (jangka beranak : 10 hari round-up kepada 1 bulan = 7 bulan) = RM3500 seorang (mak bapak diorang nih mesti bayar punyalah... pasal nak bersihkan arang yang terconteng kat muka tu..), dah tu pulak... anak/baby yang baru lahir tu.. kalau diorang tak nak bela... kita kasi jual pulak kepada sesiapa yang perlukan anak angkat. Kalau mengikut pasaran Glokal harganya RM10,000 sorang dan pasaran Global pula boleh mencecah RM50,000 bebbbb....


Terima kasih kepada Ali Rostam - Ketua Menteri Melaka kerana hasil cadangan dari kepala otak dia yang Bernas dan Bergeliga itu... secara tak langsung dapat melahirkan ramai usahawan dan jutawan bumiputra di Malaysia.

Pakcik... kayoooo... pakcik... kayoooo... siapa nak kayo copek... meh daftar kek sini.... siapo copek dio dapekkkk... eden dah sign "Mou" dongan Ali Rostam... ekau semuo jangan jealousss.....

p/s: Gua bukannya apa... sekadar merebut kesempatan dan peluang perniagaan yang terbuka luas depan mata. Kalau gua tak rebut/rembat dulu.. pasti selepas ini banyak syarikat2 swasta yang menjadi agen kepada kerajaan negeri melaka nih... dan sudah pasti ada harganya... ha..ha..ha... masyukkkk...

Malaysia beb.. kepala otak kena pusing2 sikit baru boleh hidup.... kah..kah..kah....

4 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Wednesday, August 04, 2010 5:14:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir rahim
Bro Isa
Lu dalam bisness pun da nampak tidak ada keadilan.Jenis Kawan Makan Kawan. Lu promote bisnes siap ada komisyen lu dan ada downline lagi.
Bila sampai kat Gua lu suruh diorang langkah mayat Gua ( Gua tak mahu mati kat highway macam itu Bekas Adun Permatang tapi kalau gua mati dalam dakapan Janda Limah gua tak kisah).
Jangan tamak bro! Nanti ada Fitnah Video Lucah (DVD HD)pasal lu pulak? Mana nak letak muka anak2 lu dan bini Lu?So Dalam bisnes lu tolong gua, Gua tolong lu ! Ini Macam mesti ada Ong! Ong! Ong macam bunyi katak pulak?

ISA Wednesday, August 04, 2010 5:35:00 PM  

hj jamaludin,

Kenapa lu ni jenis dengki dan buruk sangka dengan gua...

Gua offer business dengan hati tulus ikhlas nak tolong sesama bumiputra. Semua permohonan mesti melalui gua sebab gua dah sign Mou dengan KM Melaka.

Semua bisnes lu orang handle dan makan sendiri la.., gua tak ambik komisyen/downline. Gua cuma tolong saja.

Ishh..ishh.. gua suruh orang langkah mayat lu.. itu tandanya gua dah reserve bisnes tu untuk lu... tanpa apa2 caj/deposit. Selalunya kena rasuah dulu baru dapat, gua buat kerja halal bro...

Mana kroni2 gua.. pasti gua selitkan dulu bro.. kalau lu orang ingat nak hantar hamper ke.., bank in duit dalam akaun gua atau beras sekampit dua ke rumah, itu atas inisiatif lu orang, gua tak minta bro..

Fitnah2 gua dah tak heran bro.., lama2 nanti diorang malu sendiri jer... kah..kah..kah....

Unknown Wednesday, August 04, 2010 10:03:00 PM  

wahhhh tahniah tahniah tahniah...bro isa lu memang melayu glokal hahahaha. lu memang melayu yg ada visi misi utk maju. visi lu memang jauh ke depan. melayu mcm ni la yg nazak dok cari2. mungkin dlm 2-3 hari bik mama akan kontek lu melalui facebook huahuahu

gua tak minat nak ambik oper lu hahaha sbb gua tak minat bisnis2 ni...lagi pun gua memang bengap dlm urusan bisnis hahahaha selamat berjaya bro

warta 365,  Wednesday, August 04, 2010 10:28:00 PM  

salam bro,waaaa, glokal punyo idea lu bro,betul-betul glokal.agak-agak berapa billion la nanti duit rakyat akan diperabih untuk buat projek ni di 1malaysia.
parti yahudi memang dah tadak modal nak cari modal pru 13

wuihhhhh,, pakcik kayo kalu bisnes Jual Beli Orang Camnih.


kat kelate, gua amik semuo kontrek yer.wkahakhakaha..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP