IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Setiap Anak Ada Rezekinya.

>> Wednesday, August 04, 2010

Lebih 39 tahun yang lalu, keadaan ekonomi dinegara ini amat tidak menentu. Kehidupan masyarakat dikampung kelahiranku amat susah ketika itu, seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu dan bapaku terpaksa membesarkan empat orang anak dalam keadaan serba kekurangan.

Kemudahan asas masih di peringkat yang amat daif. Setiap hari, ibu terpaksa mengangkut air dari perigi untuk digunakan di rumah. Pada waktu lain ibu meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu atau menganyam tikar mengkuang. Ibu juga membuat atap nipah untuk menampal atap rumah yang bocor.

Kemudahan elektrik, jauh sekali. Ayah pula melakukan kerja-kerja kampung yang boleh dilakukan seperti memungut kayu-kayu api, menanam beberapa jenis sayur-sayuran yang boleh dijual dan mencari madu lebah.

Dalam keadaan serba susah dan payah itulah, suatu hari ibu merasakan dirinya mengandung lagi. Kesusahan yang dialami menyebabkan perasaan ibu tertekan dengan kehadiran janin yang tidak diundang di dalam rahimnya.

Maklumlah, pada ketika itu pengetahuan mengenai merancang keluarga amat terhad. Sebagai orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, kaedah moden untuk merancang keluarga jauh dari fikiran mereka.

Dengan fikiran runsing dan hati yang tidak tenteram, ibu berusaha untuk menggugurkan kandungannya. Pelbagai cara dilakukan seperti memakan nanas muda dan tapai, meminum air akar kayu, dan membuat kerja-kerja berat.


Namun Allah mengehendaki janin itu terus hidup dan lahir ke dunia. 15 Ogos 1964, bergemalah suara tangisan bayi di sebuah rumah usang yang hanya bertemankan api pelita. Namun, bayi tersebut tidak sama seperti bayi-bayi yang lain. Tubuhnya terlalu kecil dan beratnya di bawah paras berat yang normal.

Bayi itulah aku. Tiada sesiapa yang mengharapkan aku lahir ke dunia. Bahkan aku sendiri tidak meminta untuk dilahirkan. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Menghendakinya. Pastilah ada hikmah yang tersirat yang belum tersurat.

Dalam keadaan terpaksa ibu dan ayah membesarkanku. Setelah berusia tujuh tahun, aku dihantar bersekolah. Walaupun tubuh badanku terlalu kecil, seperti kanak-kanak berusia empat tahun, aku melangkah ke sekolah dengan penuh gembira. Aku amat suka belajar. Sememangnya aku cenderung mencintai ilmu pengetahuan.

Pelajaranku amat memuaskan, bahkan akulah yang paling cemerlang antara adik-beradikku yang lain. Ibu dan ayah mulai menaruh harapan tinggi kepadaku. Abang-abang dan kakak-kakakku hanya sempat belajar setakat darjah enam atau paling tinggi sehingga tingkatan lima, tapi Tuhan memudahkan lorong untukku sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke tangga universiti.

Jadilah aku satu-satunya manusia kerdil yang belajar di universiti tersebut ketika itu. Saiz tubuhku lebih kurang sama seperti kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun. Namun Allah memberi kekuatan dan pelbagai kelebihan kepadaku yang mungkin tidak diperolehi oleh golongan yang normal.

Sedikitpun aku tidak berasa malu dengan keadaan diriku. Bahkan aku menganggap diriku normal, sama seperti orang lain. Aku petah berbicara, boleh berhujah dengan baik dan pelajaranku amat cemerlang. Aku dikenali bukan sahaja di kalangan penuntut universiti, tetapi juga menjadi buah mulut para pensyarah.

Aku aktif dengan pelbagai persatuan di universiti, lebih-lebih lagi persatuan bercorak agama. Pendidikan agama yang kukuh membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan keadaan diriku. Akulah anak yang menjadi kebanggaan bukan sahaja ibu bapaku, tetapi juga masyarakat kampung.

Apabila keluar dari universiti, aku membuka syarikat perniagaan sendiri. Adik-adikku yang seramai tiga orang (semuanya lahir normal selepasku) semuanya bekerja denganku. Setiap bulan aku mengirim sejumlah wang kepada ibu bapaku. Aku, anak yang suatu ketika dahulu tidak diingini dan dianggap membebankan, kini menjadi harapan dan tempat bergantung keluarga.

Cerita yang disampaikan oleh ibu saudaraku kepadaku mengenai punca kecacatanku ini, benar-benar menginsafkanku. Inilah hikmah setiap kejadian dan ciptaan Tuhan. Walaupun susah, walaupun payah untuk membesarkan anak-anak, hakikatnya setiap anak mempunyai rezeki masing-masing dan setiap seorang ada kelebihan yang tersendiri.


Aku berharap agar kisah hidupku ini dijadikan iktibar oleh ibu-ibu moden pada hari ini, agar yakin dengan rezeki daripada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam keadaan apa sekalipun.

Wallahua'lam.

5 IkutSukaLu...::

tok ggawo Thursday, August 05, 2010 12:13:00 AM  

salam !

bukan TGNA, TGHH, najib, rosmah, musa hassan, Hussam Musa, Bghehim ali, parpukari Hatta SULTAN dan KERAjaan Melaka yang memberi rezeki kepada setiapyang bernama insan.

Selama mana Insan itu berhayat sejak mula jatuh benih lagi, sehingga lah skaratullamut mencabut nyawa nya, maka terhenti disitu rezeki setiap insan.

Sultan Melaka ingat dia tuhan ke ?.

ISA Thursday, August 05, 2010 1:34:00 AM  

toh ggawo,

Tuhan dunia bro... kah..kah..kah...
Akhirat belum tentu lagi boleh jadi tuhan ke tidak..? Itu kalau menurut Al-Kitab Lord Reid.

Tak sama kan dengan tuhan dunia akhirat...

hj jamaludin,  Thursday, August 05, 2010 2:12:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro Isa
Gua petik N3 lu
"Dengan fikiran runsing dan hati yang tidak tenteram, ibu berusaha untuk menggugurkan kandungannya. Pelbagai cara dilakukan seperti memakan nanas muda dan tapai, meminum air akar kayu, dan membuat kerja-kerja berat"(bab ini mana lu tahu, ibu saudara lu bagi tahu kat lu,bukan dari Mak lu sendiri kah?
Tapi Bro ini semua adalah fitrah dunia je Bro!Gua harap lu tak kesal hidup di dunia ini,Bro!
Moga2 anak lu di lindungi oleh Allah SWT dari syaitan yg direjami. Hari itu bapak lu punya harijadi , lu jolok apa kat orang tua tu???????????Takkan salam kosong je?????????

CodeNameSomaliPirate Thursday, August 05, 2010 10:06:00 PM  

Salam Bro.

Cerita lu menyayat hati wa. Memang hidup dizaman dulu susah, syukurlah tuhan bagi rezeki yang melimpah yang kita ada pada hari ini. Bersyukur juga negara kita masih didalam keadaan aman, tiada rusuhan, perang saudara atau perang perkauman.

Inilah berkat dan rahmat tuhan sejak 53 tahun kita hidup merdeka. Kepada yang menyeleweng, menipu, perasuah biarlah tuhan adilinya di padang mahsyar nanti

salihin,  Wednesday, October 13, 2010 11:17:00 AM  

mcm2 tuhan palsu ada...

ada bertopengkan bangsa
ada juga bertopengkan agama

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP