IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pengalaman Bagaimana Gua Mati.

>> Thursday, August 19, 2010

Masa gua kecik-kecik dulu, gua selalu jugak dengar orang-orang tua kampung bercerita kononnya dalam bulan puasa nih.. semua syaitan di rantai, yang ada pun syaitan-syaitan jenis berupa manusia. Dan roh-roh orang yang dah mati di benarkan balik ke dunia untuk melawat anak cucu sanak saudara... kah..kah..kah..., gua pun tak tau betul ke tidak cerita orang-orang tua dulu-dulu tu...

Jadi dengan kesempatan roh-roh yang di benarkan pulang ke dunia ni... gua nak kongsi sikit pengalaman kematian gua dengan lu orang semua...

Lu orang nak tau macam mana gua mati..??? Meh.. sini gua story kat lu orang semua, mana tau kot-kot lu orang semua nak tiru style gua mati... dramatik beb... tak macam style toyota caldina... apa barang mati macam tu... takda feel beb... ceritanya macam ni....

Mula-mula gua tulis satu nota, dan gua selitkan kat beg kecik gua, yang gua sudah set kan kalau orang nak jumpa nota bunuh diri gua, mesti ambik masa 2 ke 3 bulan, tak pun makan tahun jugak ler....

Lepas tu... gua panjat bangunan tinggi, gua cari port betul-betul kat tepi tingkap, gua dah siap buat dia punya ukuran baik punyeearr.. dan tempat landing yang tak memudaratkan mayat gua nanti..

Selepas semuanya dah setting baik punyeaaarrrr...., gua pun mulakan dengan langkah pertama iaitu mencekik leher gua sendiri... gua betul-betul fokus dan berusaha mencekik leher gua sepenuh perasaan dengan niat nak bunuh diri, nekad gilerrrr bhai.... gua cekik sampai gua mati...

Setelah gua kompom nyawa gua dah keluar dari jasad, dan kompom gua dah betul2 mati... gua cuba bangun dan mengesot perlahan-lahan kat birai tingkap tu.. dan membongkokkan belakang badan gua keluar tingkap, aahhhh... seluar gua pulak tersangkut bhai... potong stim betul la....

Gua dah mati ni... nak minta tolong sapa pulak ni... tiba-tiba gua nampak roh gua tengah syok ketawa guling-guling kelakar menengokkan gua yang dah mati ni... terkial-kial nak melepaskan seluar yang tersangkut tu...

Gua jerit kat Roh gua... "weiii... binawe.. tolong aarrr... lepaskan seluar ni..." roh gua yang tengah berserabut ketawa tak henti-henti tu pun datang tolong gua, tak sempat nak ucapkan terima kasih... roh gua siap tolak lagi jasadnya (gua la tu...) ke bawah...

pedepek.... perghhhh... sekarang gua yakin gua dah betul-betul mati... padahal sebelum tu masa kat atas bangunan tinggi tu pun gua dah mati gak... yang tadi tu gua mati apa... dah tersadai kat bawah ni... gua mati apa pulak ekkkk... gua pun konpius...

Ahhh... pedulikanlah... janji gua dah mati, yang lain-lain hal tu biarlah pakar forensik, koroner, para peguam semua berbahas pasal kematian gua yang penuh misteri ni...

Gua bersyukur sebab ada juga orang yang jumpa nota kematian gua, tapi betul ke itu tulisan gua... gua ingat-ingat lupa nih.. betul ke.. gua ada buat nota atau tidak sebelum gua mati hari tu... ishhh gua dah mula konpius nih...

shhyyyy.... gua dah mati tau... hahahahahahahaaaaaa.....

9 IkutSukaLu...::

Unknown Thursday, August 19, 2010 6:45:00 AM  

Salam, bro, ini memang pengalaman mati yang biul. Tapi inilah yang ingin diberitahu oleh spErm kpd semua orang dan mahukan semua orang percayakannya. Tak pulak lu ceritakan lu cekik leher sebelum lu kompom mati. Jgn sorok bro.!
Ok wa chow dulu.

ISA Thursday, August 19, 2010 7:10:00 AM  

cucu kwantung,

Lu tak baca betul2 ni bro... hehehe.. nanti gua cekik leher lu baru tau...

Kakcik Seroja Thursday, August 19, 2010 7:14:00 AM  

Isa..

lenkali kalau nak tinggal nota, guna tulisan tangan tau.. jangan guna mesin taip atau komputer.. tak best la tengok tulisan bercetak.. tulisan tangan baru boleh tahu perasaan ketika menulis tu macam mana....(^_*)

Unknown Thursday, August 19, 2010 8:34:00 AM  

Sorila bro,jgn cekik wa belum byr fitrah lagi.

Abang Chot,  Thursday, August 19, 2010 11:57:00 AM  

Cam cerita dongeng jaaa...Abu Nawas kalu dengar cerita SPRM ni pun naik biol kepala otak mentejemahkan nya...
nagaaa.....

Lang Thursday, August 19, 2010 4:04:00 PM  

salam bro isa...

selamat posa... lu rockz la bro...

gua pon pelik lu cerita pengalaman lu mati... tp tak kisah bro... wa pa kira pengalaman tu pon... biar makcik titip tu yg bereskan...

hanya gua nak jenamakan mati pertama ngan yang kedua tu bro... kes pertama tu bagi jenama "separuh mati"... yang kedua bagi jenama "sepenuh mati"... tapi kalau ada yang ketiga bagi jenama "pegi matila..."... mati yang kelima namakan kojol dang kalau ada mati yang ke enam... panggil je mampos...

kehkehkeh...

btw... gua suka satira lu...

Keindahan Ugama,  Thursday, August 19, 2010 4:19:00 PM  

Salam Bro ISA
Saya pun konfuis dengan N3 ni, Bro ISA kan awak dah mati tapi masih boleh buat cerita dalam N3 ini. Takkan orang dah mati boleh buat cerita. Oh! Lupa pulak awak pernah kata"Dan roh-roh orang yang dah mati di benarkan balik ke dunia untuk melawat anak cucu sanak saudara" . So Roh awak pun pandai buat cerita kat N3 Bro ISA ya! Tapi nak tanya sikit la? Bro ISA dah , soalan malaikat kat kubor da lulus ke?

Prof. Era Pasca Thursday, August 19, 2010 6:36:00 PM  

bro... lagik senang kite tulis kite jumpe nota ramai2.. kahkahkah

kite tulis kite letak kat beg bik mama... hahaha

pastu kite letak nota kat beg AG... tapi tulis bebanyak2... baru depa banyak berita nak siar kat TV Haram... cakap 1250 nota lagi dijumpai... kahkahkah

battle of the band,  Friday, August 20, 2010 12:38:00 AM  

bro... Razak patut buat demo cekik diri sendiri sampai mati lepas tu terjun bangunan.

ini macam punya demo baru betul-betul kes selesai siap dengan Razak sekali selesai masuk kubur...tak gitu bro?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP