IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Minta Tolong Jawap...!!!!

>> Friday, August 06, 2010

Assalamualaikum.... sahabat serta pelayar blog ini... (bukan salam 1Malaysia.. ok..), N3 kali ini kita off politics sekejap, pasal gua dah naik menyampah dengan hal politik nih... PKR tak habis2 dengan masalah keluar parti... dari mamat yang bernama Chong ntah apa ke benda tu... hinggalah ke Ketua AMK Ampangan N9.... lotih.... bhai... lotihhhhh..... sebab semua alasan yang keluar PKR tu... kerana kepincangan Pimpinan... ahhhh.. pedulikan... malas mau layan...

Lebih baik jom kita layan persoalan di bawah nih... at least ada juga tambahan ilmu pengetahuan. N3 ini sebenarnya gua kutip dari kotak email gua... bagi gua bagus juga isu ini, buat mengetuk minda insan/malayu yang bergelar Syed dan Syarifah dan juga masyarakat.

Saya ada banyak follow forum dan juga perbincangan berkaitan keturunan ini yang selalu dikaitkan dengan Ahlul Bait (keturunan Rasulullah saw).

Saya sekadar nak bertanya kepada sesiapa yang boleh beri penjelasan. Apabila kita bercakap pasal keturunan Syed dan Syarifah, mereka/ramai akan berkata nasab itu datang dari bapa. Saya kira it is understood by all.

Tetapi kalau ikutkan apa yang saya faham, katanya Ahlul Bait yang disebut Rasulullah saw adalah isi rumahnya dan cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussein. Dan mengikut forum2 ini, katanya Hassan dan Hussein adalah anak kepada Saidina Ali, iaitu menantu Rasulullah saw, bukannya anak Baginda.

Adakah tuan/puan nampak apa yang memusykilkan saya? Jika di ikutkan bukankah nasab cucu-cucu Baginda itu dari Saidina Ali kerana dialah bapa kepada Hassan dan Hussein iaitu cucu-cucu Baginda?

Memanglah cucu-cucu Baginda tetap dikira keturunan Baginda Rasulullah SAW, walaupun di sebelah ibu sahaja tetapi jika di perhatikan dari penjelasan dan bual bicara masyarakat berkaitan Syed/Syarifah ini banyak ditekankan NASAB itu dari BAPA, bukan dari ibunya.

Dari kisah Ahlul Bait ini tiada sesiapa pun yang mempertikaikan nasab dari Saidina Ali dan unsur-unsur bertentangan pendapat seperti yang saya nampak ini tidak pernah dibincangkan secara ilmiah.
Maaf kepada yang sensitif, saya tiada niat apa-apa, hanya cuma ingin berkongsi kemusykilan. Dan kepada sesiapa di luar sana yang arif dan bijaksana berkaitan hal ini, di harapkan dapat berkongsi pandangan.

p/s: Dalam isu ini... gua angkat tangan surrender kerana gua sendiri tak khatam lagi... ha..ha..ha..., guru gua mati sebelum sempat mengajar bab nih.... ngeeeee.....

Tapi...., gua mengalu-alukan lu orang untuk memberi pandangan untuk isu ini dan juga pendapatan (masuk akaun gua)  untuk pencerahan minda kepada semua.

11 IkutSukaLu...::

Yong Friday, August 06, 2010 6:29:00 AM  

Yob,
Sheikh tu pulak ape? Kat Pulau Pinang dan Kedah ade ramei sheikh. kebanyakannya kulit gelap dan hidung masing2 terpacak atau terchengkok. Perangei pulak??? Ade gak yang lembik masuk sepital kononnya dipukul angin geng pakatan rakyat.

Yong pun ade kawan anak sheikh dari selatan. Dia ade siti depan nama dia. Hidung pun terpacak gak. Tapi kulitnya cerah. Katanya bapa dia impot (migrate) dari Yaman. Tengok gambar keluarga, langsung tak rupa Melayu.

Yong pun keliru gak sebab demer ni ngaku Melayu, ikut Perlembagaan Persekutuan. Yang ade Sheikh dan Syed jangan marah ye. Yong tanye je.

Yong ade Siti kat depan name, sebab anak Radin. Tapi atok tak letak Radin bagi anak lelakinya. Katanya title tak perlu nak tayang. Tapi anak pompuan kena letak sebab nak bagi ingat siapa keturunannya je. Tapi Yong tak tahu pulak samade Siti Norhaliza tu anak Radin atau anak sheikh.

Pak Oncu Friday, August 06, 2010 8:43:00 AM  

Isa,,,, gua rasa mereka memang lah keturunan Nabi.. tetapi dari sebelah abu jahal dan abu lahab....kecuali lah mereka itu bernar benar ikut ajaran Nabi SAW... hahhahahaha .. lu org jgn lah terasa,, ini pandangan MElayu gua sejak dari tahun 77 laie hahhahahahahah !!!!!!!!

hj jamaludin,  Friday, August 06, 2010 9:06:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro
Alhamdulilah, Guru sempat bagi Gua pelajaran dan kitab " Pasport Kenabian" pernerbitan oleh Ustaz Hj Mohamad khushairi ISBN 978-983-44544-1-8 Seremban.
Anak Anak Nabi Muhammad SAW;
i)Zainab r.a. )anak no.1, SAW dari isteri Khadijah binti Khuwalid r.a
ii)Al-Qosim anak no.2 SAW dari isteri Khadijah binti Khuwalid r.a
iii)RuQaiyah anak no.3 SAW dari isteri Khadijah binti Khuwalid r.a
iv)Ummu Kalthum anak no.4 SAW dari isteri Khadijah binti Khuwalid r.a
v) Fatimah (Az-Zahra')r.a. anak no.5 SAW dari isteri Khadijah binti khuwalid r.a.
vi) Abdullah anak no 6 SAW dari isteri Khadijah binti Khuwalid r.a.
vii)Ibrahim anak no 7 SAW dari isteri Mariah binti Syam'un r.a.

Nama nama Cucu Cucu SAW
i) Al Hasan r.a cucu no 1 SAW dari anak perempuan Fatimah binti Muhammad ( anak no 5) SAW
ii)Al-Husain r.a. cucu no 2 SAW dari anak perempuan Fatimah binti Muhammad ( anak no 5) SAW.
iii)Muhsin r.a cucu no 3 SAW dari anak perempuan Fatimah binti Muhammad ( anak no 5) SAW
iv)Ummu Kalthum r.a cucu no 4 SAW dari anak perempuan Fatimah binti Muhammad ( anak no 5) SAW
v)Zainab r.a. cucu no 5 SAW dari anak perempuan Fatimah binti Muhammad ( anak no 5) SAW

So bro lu punya impian leh ke? Pasal tu gua sebenar risau kalaulah Pakatan Rakyat nak ambil alih Putrajaya ( pucuk pemimpin pentakbiran malaysia). Baru 4 Negeri Pakatan Rakyat pegang tapi macam lu cakap lah "dah naik menyampah dengan hal politik nih... PKR tak habis2 dengan masalah keluar parti... dari mamat yang bernama Chong ntah apa ke benda tu... hinggalah ke Ketua AMK Ampangan N9.... lotih.... bhai... lotihhhhh..... sebab semua alasan yang keluar PKR tu... kerana kepincangan Pimpinan... ahhhh.. pedulikan... malas " Betul2 ....WTF
So bro lepas solat jumaat ni gua blah gi Temasik pasal esok ada AGM PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA
Tarikh: 7hb Ogos 2010
Jam: 3 petang
Tempat: Tingkat 6 Bilik Mesyuarat Landmark 2
Landmark Village Hotel,
390 Victoria Street
Singapore 188061

Agenda:-
i. Mengesahkan Mesyuarat Perwakilan 13hb Mac 2010
ii. Laporan Lembaga Pengamanah PKMS
ii. Laporan Pentadbiran PKMS
iii. Isu Rusuhan & Pecah Amanah
iv. Lain lain perkara.

CodeNameSomaliPirate Friday, August 06, 2010 9:19:00 AM  

Salam Bro,

Wa terpaksa komen walaupun hati pernah berdarah dengan keluarga pak syed nih.

Saidina Ai Karamullah adalah sepupu Rasullah SAW nasab dari Datuknya Abdul Mutalib.

So!, Syaidina Ali juga sekaligus menatu Nabi SAW. Bermakna dari itulah keturunan Syed...

p/s slogan 1 malaysia wa pun menyampah dengar. Tengok logonya pun wa geli!

CodeNameSomaliPirate Friday, August 06, 2010 9:20:00 AM  

Haji J !

Boleh buat meeting ke kat u punya negeri?

omaq,  Friday, August 06, 2010 9:30:00 AM  

salam yong....

yang setau gua kalau di penang yang boh gelaran 'sheikh' dan 'syed' tu golongan mamak yang lahirnya pada malam jumaat..

saudara sebelah mak gua asal dari penang so gua tau la sikit sebanyak pasal mamak-mamak penang ni...wallahua'lam...

opisboi Friday, August 06, 2010 10:51:00 AM  

tapi kat mesia banyak sait baju

hj jamaludin,  Friday, August 06, 2010 11:28:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Lanun Somali
Lu ada passpot ke? lupa pulak puak lanun mana pakai passpot kan. lagi sori la lanun Somali,orang Temasik je di jemput . So lu lanun somali no entry kot.?

drafunt Friday, August 06, 2010 11:32:00 AM  

Tak pentinglah tu keturunan siapa pun. Yang penting keimanan. Kalau jahil mcm Abu Lahab tak guna jugak. Ugama Islam tak pentingkan keturunan serta kedudukan.

Rahwana Friday, August 06, 2010 6:33:00 PM  

Syed dan syarifah?gue cuma mahu bagi cadangan pada yang panatik dengan ke syed an serta ke syarifah an,biar tahu mana yang asli turunan nabi saw dan yang bukan buat je ujian DNA.ada brani ka?sory intermezo dan lari dari tajuk

Prof. Era Pasca Friday, August 06, 2010 9:39:00 PM  

as i know la kan bro Isa..

ada 12 imam yang berketurunan nabi muhammad

dan semua nya sudah meninggal dunia di racun oleh musuh (musuh ini termasuk orang islam sendiri)

yang tinggal hanya Imam Mahdi sahaja iaitu akan bawak manusia sesat kejalan allah semula...

sooooooo.... selain 12 imam nih malas layan sejarah dia... tak kire lah shekh ke? merican ke? Mader ke? hahaha

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP