IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Masih Tak Puashati...!!!!

>> Tuesday, August 03, 2010

Sebentar tadi gua calling2 bini gua sebab tak puashati dengan kes saman di Kuala Selangor... gua bertanyakan pasal saman ekor yang dikatakan memandu laju di Kuala Selangor (kereta kelisa bini gua). macam yang gua sebutkan dalam entry sebelum ini, bini gua menafikan sekeras-kerasnya yang dia pernah memandu melebihi had kawasan luar dari Shah Alam - Kuala Lumpur.

Yang gua tahu, kereta kelisa tu.. sejak beli tahun 2003 hingga la ni.. rutinnya hanyalah dari rumah (Shah Alam) ke stesyen komuter (bini gua naik komuter ke KL-kerja), hari Sabtu ke Petaling Jaya balik rumah mak bapak dia report duty, selebihnya banyak parking jer... terutama sekali tahun 2006 bini gua mengandung hingga habis pantang kereta tu langsung tak bergerak dan parking dalam porch. Bayangkan speedometer dari tarikh beli Oktober 2003 sehingga hari ini baru 53000km... macam mana pula boleh sesat ke Kuala Selangor...???

Memang sah polis yang saman ekor kat kuala selangor nak kena sekeh ni....!!! Lawan tetap lawan... ini dah kira kes naya ni..... Keraajaan Malaysia kalau takda duit bagitau terus terang kat rakyat... boleh rakyat buat kutipan derma bantu keraaaajaan... bukannya dengan cara penaya rakyat ooiiii...!!!

Gua bercadang2 nak buat satu kumpulan Mafia/Kongsi Gelap nak belasah Polis nih... tapi terpaksa di batalkan pasal Polis sendiri dah perangai macam Mafia/kongsi gelap... takan Mafia nak lawan Mafia... tak rock aarrr... macam tu.. hehehe...

Yang ini bukan gua yang cakap tapi gua baca kat sini. Gua petik sikit jer... kat bawah tu...

"Polis kena faham sebarang bukti yang mereka katakan itu hanyalah bukti yang belum diuji lagi. Maka kaedah untuk menentukan sama ada bukti itu boleh diterima atau tidak, pihak yang disaman ekor itu mestilah diberi peluang untuk mempertikaikan bukti polis itu dan ini hanya boleh dilakukan di Mahkamah. Meminta orang membayar denda/kompaun dalam keadaan ia belum dibuktikan bersalah adalah satu peras ugut. Peras ugus adalah kerja mafia bukan polis !!!" 

Mari-mari... semua..!!! Gua nak lancarkan tabung kutipan derma kilat bagi membantu Polis dan Keraaajaan Malaysia yang dah sengkek ni..., sebarang sumbangan boleh di salurkan ke dalam akaun CIMB - 1Malaysia atau campakkan kat mana2 Balai Polis Cawangan Trafik yang berdekatan... Rakyat Malaysia Rakyat Prihatin... suka membantu apabila Keraaaajaan dalam kesusahan... secara RELA mahupun Paksaan... kah..kah..kah....

RobinHood lakukan jenayah membantu rakyat yang tertindas dan susah, perangai Polis dengan perangai RobinHood sama ke...??? Macam celakesssssss... jer....

5 IkutSukaLu...::

hanyzan30 Tuesday, August 03, 2010 3:48:00 PM  

Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkatilah tuan punya blog ini,berilah perlindungan di dunia dan akhirat...
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...

ISA Tuesday, August 03, 2010 3:49:00 PM  

hanyzan30,

Bismillah,

Terima kasih, Amiiiiinnnnnn....

hj jamaludin,  Tuesday, August 03, 2010 4:29:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Gua menitis airmata , bila lu tuduh polis tipu saman ekor kereta "KELISA" bini lu!
Pada gua polis tak pernah tipu bila mereka menjalankan tugas , kerana ALLAH dan Muhammad (Badge /lencana)sentiasa melihat apa yang pihak polis buat?
Lu check betul betul Bro!( pi la bayar RM10 je beli gambar tu, takkan lu sengkek sangat)Bukan apa Bro, sekarang ni sudah banyak kes isteri curang . Gua bukan tuduh tapi lu flashback N3 lu pasal isteri /suami curang kat lift, siap ada bukti lu pamerkan . So untuk menyakinkan saman ekor yg kat Kuala Selangor tu ,lu beli la gambar tu habis cerita. Apa pasal RM10 ringgit pun lu nak kecoh ka? Ingat Bro polis tak pernah menipu kerana Allah dan Muhammad lihat apa yg mereka buat. Kereta KELISA ada lu lekat Badge/lecana/sticker Allah dan Muhammad.Mohon lu tarik balik tuduhan lu yang polis menipu bila jalankan tugas Bro!

ISA Tuesday, August 03, 2010 4:55:00 PM  

hj jamaludin,

gua tak termakan hasutan lu.. ha..ha..ha..

RM10 not a big deal bro..., even 12 saman RM120... its nothing for me bro...

Persoalannya..., suruh polis buka kedai photo laaaa... kalau nak buat duit dengan jual gambar kah..kah..kah....

Pak Oncu Wednesday, August 04, 2010 2:37:00 AM  

face them in court bro !!!!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP