IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Malas Mau Bayar...

>> Tuesday, August 03, 2010


Tadi gua pergi Balai Polis PJ State, singgah nak check saman... sekali dia printout ada 12 saman daaa.... semuanya ada ekor sejak tahun 1995... ha..ha..ha...

BMW Hitam ada 6 ekor saman, Honda City ada 5 ekor saman dan Kelisa ada 1 ekor saman.

Yang peliknya Kelisa bini gua kena 1 ekor saman di Kuala Selangor, bila masa pulak bini gua merayau sampai Kuala Selangor, sedangkan Shah Alam - KL - Petaling Jaya pun terhegeh-hegeh nak cam jalan.... biar betul saman ekor nih...

Polis kata ada bukti bergambar kalau mau kena bayar... perghhh... lu dah saman orang, bila minta bukti bergambar kena bayar pulak..???

Polis pun dah pandai berniaga ke..???

"Malas mau bayar..."

9 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Tuesday, August 03, 2010 10:07:00 AM  

Siapa yang kena??? Kitaaaa jugaaaaa.... tak bayo, tak boleh nak baharui cukai jalan.. cukai, cukai, cukaiiiiii.... aduhhhh...

Anonymous,  Tuesday, August 03, 2010 10:27:00 AM  

bisnes beb..duit kopi pun nak gak.bisnes pun bisnes gak..hahahahahahha..anjing2

nursha410 Tuesday, August 03, 2010 10:35:00 AM  

salam...

bab saman nie....sha check kete makcik sha...de 3 saman...y dua tu betul la...di sg besi...n 1 lg...kat kedah kalo x silap sha la...

y 1 lg tu...kt sg jelok...kol 9pg...time kje...ofis hour....

kalo nk kata sha bawak kete lalu kot jalan tu...x munasabah...sbb sha mg x lalu c 2...makcik pon x lalu c 2...

lg 1...kol 9 pagi...nk wat ape kat sg jelok..sha ng makcik dah ade dlm ofis..hurmmmm.....

hj jamaludin,  Tuesday, August 03, 2010 12:38:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Kita jangan degil Bro! Gua da rasa kena gari masuk jip pasal tak bayar saman ekor.Tapi up 2 u la kalau nak rasa gari dan naik jip free!

ISA Tuesday, August 03, 2010 2:51:00 PM  

kakcik,

Pusing kanan, pusing kiri, rakyat juga yang kena sembelih...

ISA Tuesday, August 03, 2010 2:57:00 PM  

nursha410,

Ini sama kes dengan gua, gua pun tak pernah pandu kelisa tu ke kuala selangor..

Dalam kes lu pulak, gua rasa ada hantu yang pandu kereta tu agaknya... sebab lu dan makcik lu kat ofis.

ha..ha..ha... kadang2 lawak gila diorang2 tu semua...

ISA Tuesday, August 03, 2010 2:58:00 PM  

hj jamaludin,

Itu dah kira melampau haji..., kes sama ekoq sampai kena gari.. dah gila ke apa polis Malaysia ni...

Unknown Tuesday, August 03, 2010 2:59:00 PM  

Dalam isu ini gua sokong sepenuhnya tindakan PRDM nih... bukan nak membodek.. hehe.. tapi kenyataan. Jika menurut apa yang dilaporkan oleh Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof memang benarlah tindakan yang di ambil, apa yang nak disangkalkan.

Tak puashati dengan saman ekor...? Ada gambar sebagai bukti... tak puashati pasal tak dapat notis saman...? Kenapa tak update alamat terkini...? Lagi mau salahkan sama Polis ke...? Marah sebab kena saman..? Siapa suruh buat kesalahan pandu laju.. langgar lampu merah..., sendiri mau ingat maaaa....

Perkara yang betul kita kena akui betul, walau kita tahu sekarang ni Kera..jaan tengah sengkek dan sedang cari cara nak korek mana2 sumber kewangan, salah satunya buat operasi kutip duit saman la... 2.5 juta kesalahan sejak September 2009 beb... banyak duit tu... tak termasuk tahun yang sebelum2nya...

Lu orang bayangkan kalau Polis garu kepala sebab semua pemandu patuh pada undang2 jalanraya... mana diorang nak cekau duit. Dengan kesalahan yang kita buat... secara tak langsung kita membantu pendapatan Kera..jaan 1Malaysia.

Justeru itu Kerajaan Pakatan Rakyat kena buat kempen kesedaran kepada semua pemandu supaya patuh pada undang2 jalanraya, minimakan saman kesalahan jalanraya dan di masa yang sama dapat mendidik rakyat menjadi pemandu yang berhemah dan banyak kebaikkannya daripada kempen ini buat rakyat. Dari segi keburukkannya sudah tentu Polis dan Kera...jaan pening kepala... sebab tak boleh nak pow duit rakyat... ha..ha..ha...

Jadi... bermula hari ini gua akan sentiasa pasang tali pinggang keledar dan memandu mengikut had laju jalanraya, gua tak nak bagi duit percuma pada Kera..jaan Najib nih... slogan gua... Boleh Blah 1Malaysia..!!!

ISA Tuesday, August 03, 2010 3:07:00 PM  

alexander,

Ada gua kata gua tak setuju dengan tindakan polis...??? Baca sampai habis bro...

Komen lu itu adalah N3 gua yang bersetuju dengan tindakan tersebut.

Sekarang ni gua hanya katakan malas mau bayar dan tak puashati pasal kes saman di kuala selangor. Serta tindakan menjual gambar bukti kesalahan kepada pemandu.

Rajin jugak lu korek n3 gua yeaaa.... hehehe...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP