IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lagi Kes Buang Anak...!!!!

>> Tuesday, August 17, 2010

KOTA DAMANSARA – Misteri beg sandang yang berada di tepi kolam tadahan banjir berhadapan sebuah kolej swasta dekat sini akhirnya terungkai apabila terdapat mayat bayi di dalamnya.

Beg berisi mayat bayi perempuan masih bertali pusat dibalut dengan tuala itu dijumpai seorang penjala ikan , Badrul Abdul Rashid, 24, kira-kira jam 11 pagi semalam.



Badrul ketika ditemui berkata, pada mulanya dia takut hendak membuka beg tersebut.

“Saya cuba usik-usik beg itu menggunakan kayu dahulu, bila buka saya nampak kaki bayi dan terus memaklumkan kepada pengawal keselamatan bangunan berhampiran,” katanya.

Difahamkan kawasan berhampiran sebuah kondominium itu popular dan sering menjadi tumpuan kaki pancing dan remaja melepak berikutan terdapat asrama pelajar di situ.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, bayi itu dipercayai sudah mati sebelum mayat dibungkus dalam beg dan ditinggalkan di situ.

Siasatan awal polis mendapati bayi berkulit gelap tersebut baru beberapa jam dilahirkan berikutan keadaan tali pusatnya yang masih belum dipotong.

Jelasnya, berdasarkan lokasi beg itu ditemui, pihaknya percaya suspek cuba mencampakkan beg berisi bayi itu ke dalam kolam itu namun ia tersangkut di tebing kolam itu.

“Kita turut menemui kain pembedahan berwarna hijau yang digunakan suspek untuk membungkus mayat bayi yang lazimnya digunakan oleh klinik ataupun hospital namun perkara itu kita masih siasat lagi,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat

Kes disiasat dibawah Seksyen 318 dan 302 kanun keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. - Sinar Harian


p/s: Semakin menjadi-jadi pula kes buang anak ni....

2 IkutSukaLu...::

Yong Tuesday, August 17, 2010 7:03:00 AM  

Cadangan Yong. Kalau anak pompuan anda gate (gatal), carilah jantan mana yang buat dia horny. Bior mereka nikah. Kot si jantan tak mahu, buat laporan polis. Dakwa dia merogol.

Bincang dengan biras, anak dan menantu nak duduk kat mana. Ikut Islam anak pompuan kena duduk dengan suami. Jika suami masih duduk dengan orang tuanya, maka anak pompuan kena duduk dengan mentua lah.

Kalau tak sesuai dan nak bercerai, biorle. Lebih baik bercerai dan jadi janda dari tak kahwin dan bunuh bayi sendiri. Mungkin kena hukum gantung kerana membunuh dengan sengaja. Dah ngandung bukan boleh sembunyi.

Tak guna bersikap regression dengan menyalahkan filem, video etc. Ibubapa si jantan pulak tak wajar kata "anak aku lelaki, perut tak buncit." Dosa zina samaje, buncit atau tidak. Jadi ibubapa wajib handle masalah ni.

Lang Tuesday, August 17, 2010 2:06:00 PM  

salam bro...

gua setuju ngan yong... kalau dah tak mampu nak sekat anak2 ni... elok juga ibubapa tu tukar sket minda... janganlah bagi alasan anak masih muda... masih kena dok belajo... masih tak tau masak.... tengok je la zaman dulu tu... muda2 lagi dah dikahwinkan... reti juga masak... gemok juge lakinye lantak masakan bini... lagi pon kalau udah anak dare ngan sibujang cilik tu dah gatai sampai keterlaluan gatainya.. ade ke diorang ni pikir nak belajor?...

bior diorang ni rasa susah ke idak jadi mak bapak bila dah kawin dan kena bela anak... kalau idak diorang asik mikir yang 'tu' aje... lain takde le gamak nak memikirkannya.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP