IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jangan Suka Menipu.

>> Friday, August 13, 2010

Korang tau..gula2 tarik, orang terengganu panggil "sekelat tarik" alaa.. yang nisang warna putih inti kacang tanah lumat kat dalam tu, benda ni macam getah la.. lebih kurang, pakcik yang jual tu akan tarik gula2 ni dalam 3-4 inci pastu potong dengan gunting..'keletappp' dah putus balut hujung dia dengan kertas warna kecik, bayar seposen dapat la.. makan benda ni untuk setengah jam, dulu takde lollipop.. famous gak la benda ni kat kampung aku.

Al-kisahnya.. masa tu aku darjah 3, balik dari sekolah tengah lepak2 pakcik yang jual gula2 tarik ni masuk kampung macam biasa, ting.. ting.. tingggg bunyi loceng basikal dia, aku pun dah macam regular customer terus jer... gi beli gula2 tarik ni, memang laku gila pakcik ni jual.. balik rumah tengah2 syok isap manis, kunyah kacang tu tiba2 rasa macam ada benda tajam tongkat lelangit terus ke lidah aku, erk.. sakit tak tau nak cakap arr..., aku keluarkan benda tu dari mulut.. rupanya batang lidi panjang dalam 2 inci, tajam lak tu.. katakan aku tertelan lidi ni pastu lekat kat kerongkong, apa jadi....???

Tak puas hati.. aku gi tanya pakcik tu, apsal ada lidi dalam gula2 tarik aku ni, bahaya arr... pakcik, nasib baik aku tak telan.korang tau pakcik tu jawab apa? "hah, kalau ada lidi boleh menang hadiah kereta kecik yang besi tu (macam mainan hot wheel), aku orang pertama untuk hari ni dapat lidi tau.. "wahhh... dalam hati aku bangga gila, kira macam bertuah la seposen aku tu, pakcik tu janji esok akan bawak hadiah keta aku tu, senyum jer... aku hari tu.

Esoknya.. baju sekolah semua tak buka lagi, aku dah tunggu pakcik tu atas tangga rumah, bila pakcik tu masuk berniaga macam biasa, aku pun tanya arr... mana hadiah keta yang dia janji hasil dari 'cabutan bertuah batang lidi dalam mulut aku', pakcik tu jawab dah bawak tadi, tapi dah bagi dulu pada budak2 kampung sebelum aku pasal diorang pun ada dapat lidi gak (kononnya laa..) pastu dia janji esok dia bawak yang lain kat aku, siap dia goda cakap keta aku cantik.. keta sport. Wahhh.. tambah bangga aku.

Hari ke2.. bila aku tanya, alih2 dia jawab stok keta dah habis pulak, besok2 kalu ada dia bawak laa, hari ke3.. dia tak masuk berniaga, hari ke 4 pun sama.. takde masuk, hari ke5.. ke6.. ke7.. takda masuk gak pakcik ni, adeh.. kena tipu agaknya aku ni (macam baru sedar kot), minggu depan tu ntah hari ke berapa bunyi loceng basikal pakcik tu masuk berniaga, aku pun tahan nafsu.. pastu tanya pakcik tu mana hadiah keta mainan aku, pakcik tu tak jawab apa2.. dia diam jer... siot betuuuul..

Buat macam tak nampak jer... aku kat situ, pastu dia tanya aku nak beli ke tak, aku jawab nak laa.. dia pun amik duit seposen aku pastu kasi aku dua gula2 tarik (free satu..), kira macam rasuah suruh aku tutup mulut berhenti tanya pasal hadiah keta mainan tu, automatik.. aku jadi hepi lak bila dapat 2 batang gula2 tarik ni, terlupa jap.. hadiah keta tu.

Aku makan belakang rumah.. pasal takut adik aku mintak yang lagi satu, aku sembunyi yang tu kat belakang aku, tengah syok2 makan ntah dari mana datang ayam patuk yang free aku pegang kat belakang tu, bawak lari ntah mana ar.. akibat terkejut patukkan ayam tu gula2 tarik yang satu lagi kat mulut aku jatuh terpijak lak dengan kaki aku, alamak..dua2 aku hilang, memang sedih gila masa tu.. dan sedih tu aku bawak sampai masa ni.. ni semua pakcik tu yang salah, bukan ayam atau kaki aku.

Moral cerita ni (kalau ada moral untuk kebaikan laa..) pesan aku.. korang jangan suka tipu dan janjikan yang bukan2 pada anak2 korang atau budak2 kecik kalau korang sendiri takleh nak tunaikan, katakan diorang boleh ingat janji tu dan rasa sedih pasal kena tipu macam aku ni yang dari darjah 3 sampai la ke masa ni dah dewasa tua, apa korang tak rasa bersalah ke..? ingat tau.. dosa laa, kesian kat diorang tau. .. kesian gak kat aku pasal lambat detect yang pakcik tu dah tipu aku dari awal.

Wassalam..

*** Aku dah maafkan pakcik tu, dah lama dah.. tak kira la.. mana dia berada, hidup atau mati.. maaf dari aku pasti sampai pada pakcik tu.. insya'Allah.***

Petikan dari email, untuk iktibar kepada semua.

3 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Friday, August 13, 2010 12:52:00 AM  

Dap gok bace cerite munggg tuuu...le ning pong ada lagi orang jual gula tarik tu kat Sekolah , tapi rasa nya bukang orang Ganu...rasee orang belah barat nungg yang mari jaullnye... rase nye adok lagi la kot lidi dalang cekelat tarik tuu..kalu ada mapoh Pok cik tu kena samang ekorr hik hikk...

Anonymous,  Friday, August 13, 2010 1:45:00 AM  

salam
hang lupa pengajaran ke dua,
lain kali jgn kedek hahaha

Anonymous,  Friday, August 13, 2010 1:48:00 AM  

salam moral ke2 jgn kedek

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP