IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ingatkan dah ???? Hidup Lagi Rupanya...

>> Saturday, August 21, 2010

N3 ini gua rembat dari Blog Mountdweller, di mana beliau juga merembatnya dari Blog ALHusseyn, walaupun sebuah n3 lama dari Blogger ALHusseyn namun ianya masih relevan lagi sehingga 14 September 2010, ha..ha..ha...

Sebab apa tau, sebab malaun ni sepatutnya bersara pada 14 September 2010, kalau masih nak kekal jugak... memang haramjadahlah jawapnya... cis... tukang angkut tilam boleh jadi KPN... bikin malu kat mat pet belakang lorong jer...., hahhh... lu orang layan jelah kat bawah ni...

Musa HassanMusa Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 14 Sept 2006 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Omar. Beliau sepatutnya telah bersara lama sejak dulu pada 14 September 2007.

Walaupun hebuh bergegar dan berdentum kerana adanya satu aduan rasuah yang dibuat oleh Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu terhadap Musa tetapi kedudukan Musa tetap kebal dan tidak bergoyang.

Malah Pak Lah telah melanjutkan khidmatnya selama 2 tahun lagi secara kontrak bertujuan untuk membolehkan usaha Ketua Polis Negara bagi membanteras jenayah dan rasuah, diteruskan.

Orang ramai semakin mempertikaikan kredibiltinya diatas kegagalannya melaksanakan Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Diraja Polis dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Diraja Polis Dzaidin.

Juga semakin meningkatnya kadar jenayah yang gagal dibendung ditambah pula kemunculan dakwaan bahawa wujud penglibatan Mafia Cina tempatan dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis , dan penglibatan Musa dengan sindiket pelacuran , namun, kontrak Musa , walaupun dibantah oleh ramai, dilanjutkan setahun lagi sehingga 14 Sept 2010.

Kontrak Musa Hassan sepatutnya tamat pada 14 Sept 2010.Kini baru bulan Mac. Maknanya masih ada 6 bulan lebih bagi beliau untuk meneruskan khidmat sebagai KPN. Tetapi kenapa tiba-tiba Musa Hassan diberitakan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dalam masa yang terdekat ini?

Adakah ini ada kaitan dengan kes dakwaan keatas Ramli yang dibebaskan dari dakwaan korupsi minggu lalu ?

Semua orang kampung tahu, bahawa KPN Musa Hassan ingin menyingkirkan Ramli Yusuff supaya dia dapat kekal sebagai KPN meskipun dia sepatutnya bersara pada Sept 2007.

Sebab kedua adalah kerana Ramli telah berjaya membongkar hubungan KPN dengan sindiket pelacuran, perjudian haram, ah long dan dadah yang membabitkan kongsi gelap Cina. Sebelum ini, Malaysia Today sudah pun memaparkan lebih daripada dua belas Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh anggota kongsi gelap dan juga pegawai polis, termasuklah ADC-nya sendiri.

Harus di ingat bahawa KPN Musa Hassan adalah saksi utama SPRM yang telah memberikan keterangan semasa perbicaraan Ramli berkaitan dakwaan penyalahgunaan kapalterbang Cessna milik PDRM bagi kepentingan peribadi.

Keterangan Musa penuh dengan putar belit hingga kan Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalau menggelar Musa sebagai penipu dan segala keterangannya telah diketepikan. Ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Musa sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Hakim boleh sebut kepada seorang berjawatan penting seperti itu sebagai penipu ? Tidakkah ini satu kemaluan yang amat besar bagi sebuah negara yang sedang membangun ini?

Sangat mengaibkan.Tetapi entah tebal macam manalah kulit muka Musa ini.Tentu mengalahkan kulit baaaa ….

Apabila Datuk Ramli Yusuff dibebaskan daripada dakwaan tidak mendedahkan aset minggu lalu, kini tidak ada jalan pilihan bagi Musa selain bersara dari jawatan tersebut. Sumber - ALHUSSEYN.

p/s: Bila nak bersara daaaaa.... takan nak pegang jawatan sampai mam.... gila betullah, rumah dia ni takda cermin ke...??? Orang dah menyampah dengan lu... berambuslah cepat... lepas Hari Raya nanti pastikan lu blah dari kerusi KPN.... buat menyemak jer....

update: Boleh lanjut baca di sini juga berkaitan Ramli Yusuff.

2 IkutSukaLu...::

Lang Saturday, August 21, 2010 7:00:00 AM  

sori bro...

perjuangan belum selesai... masih banyak tugas perlu dilunaskan... banyak bayi tanpa mak bapak dibuang... sapa yang pandai selesaikan kes tu?... laporan polis dari juak beEnd masih bertimbun atas meja... tu tak masuk kes2 yang belum lapur, kes bakal lapur, kes tunggu nak lapur... perghhh banyak giler keje nak disiapkan... makin hampir bersara makin banyak tugasan... nampak gaya kena lanjut tempoh bro... lu jangan jelezzzz..

Oyon,  Saturday, August 21, 2010 7:46:00 AM  

Iman tak dapat dijual beli, bukan juga diturunkan bapa kepada anak, memang benar lirik lagu Kumpulan Nasyid Raihan ini. Benarlah kata guru aku, jika orang terlalu kuat rasuah dan khianat kepada insan lain, maka Allah akan padamkan sinar cahaya dimuka orang tersebut. Yang tinggal hanyalah kebencian orang apabila melihat wajah beliau. Lihat lah sendiri...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP