IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Budaya Buang Bayi : Macamana Nak Selesaikan...???

>> Thursday, August 26, 2010

Bayi-bayi yang di jumpai dalam 1Malaysia kebelakangan ini adalah hasil dari projek sempena malam merdeka tahun lepas, hari2 perayaan tahun lepas iaitu tahun 2009. Untuk projek sambutan tahun baru 2010 di jangkakan bayi2 ini akan di jumpai dalam bulan September atau Oktober tahun ini, tak lama dahhh.... bulan depan jer... tunggggggguuuuuuuu.....

Cara penyelesaian masalah ini pada mulanya disarankan oleh kak ijat, katanya kalau tak mau... jangan buang.. bagi saja pada kami (JKM) diorang boleh bela... tak selesai jugak.

Timbul pulak ide dari otak Ketam, katanya tubuhkan sekolah untuk ibu termengandung di Jasin, ide cantik... atau makin mengalakkan lagi maksiat. Apa ada hal... pancut dalam jelah baru ada feel.... kalau melekat... daftar jelah kat sekolah tu... selesai masalah kan... lastly Jasin pun kena ribut taupan... ambik ko...

Lepas ribut taupan kat Jasin, ada pulak usul supaya di nikah gantung jer budak2 tu... bagi mengelakkan zina dan termengandung... ide cantik jugak cuma keberkesanannya belum tau lagi.

Nikah Gantung, dalam masalah mengelakkan dosa zina dan termengandung anak luar nikah mungkin selesai, yang di risaukan masalah sebaliknya bakal mengundang pula masalah perceraian yang berlambak-lambak di pasaran. Dan statistik kadar perceraian di setiap negeri akan meningkat pula.

Maklumlah yang di nikah gantung tu semuanya dalam linkungan remaja yang berkemungkinan berumur 15 hingga 25 tahun, dalam peringkat umur sebegini terutama sekali belasan tahun dan awal 20an..., ekonomi mereka belum kukuh, bukan setakat ekonomi belum kukuh..., nak beli susu dan lampin anak pun minta duit kat mak bapak, nak bergantung pada mak bapak... berapa lamalah agak2nya mak bapak boleh bertahan, satu hari mau kena halau keluar dari rumah... tak pun makan penerajang freeeee.... baru ada akai...

Itupun jika mak bapak jenis yang tak memilih bakal menantu, jika kena jenis yang tak berkenan di hati macamana pula... pasti ada yang makan hati ulam jantung beb..., contohnya jikalau si anak dara kena tutuh dengan mat rempit, dengan mat pet dengan spesis muka pecah pintu... setuju ke.. mak bapak tu bermenantukan puak2 tu... haraaaammmmmm.... (cuba selidik tengok golongan remaja yang terlibat dari golongan keluarga yang macamana...????)

Kalau yeaaa... pun setuju mungkin hanya sekadar nak menghalalkan perhubungan buat sementara waktu sahaja untuk meletakkan bin atau binti pada bakal cucu2 mereka... hahahaha... lepas tu salah sorang mesti bye..bye..punya..., sudah pasti ada perasaan kurang senang, menyampah, meluat, benci kepada mereka yang terlibat iaitu mak, bapak, anak dan menantu.

Itu tak termasuk cemuhan dari adik beradik lain, sanak saudara dan jiran sekampung. Berpunca dari perkara2 negatif ini... akan berpunca pula tekanan perasaan dan tekanan mental kepada yang terlibat dan membawa kesan buruk yang lain pula...  perghhh.. banyak lagi kesan buruknya beb...

Masalah perangai budak2 tu macamana pula...??? Dalam peringkat umur muda belia itu.. lu love gua... gua love lu... kebanyakkannya sekadar love monyet2 jer... setakat love suka2... ringan2... terlanjur... love nafsu jer..., nampak yang lebih cun dan hensem mulalah love beralih arah... hidup diorang ni lebih kepada keseronokkan dan hiburan jer.... kalau di nikah gantung sekalipun berapa lama boleh bertahan beb... pengaruh kawan2 dan keadaan sekeliling mungkin bakal ada yang kena gantung tak bertali pulak..., siapa pula yang teraniaya sekali ini...??? lu fikir lah sendiri...

Kalau nak cerita pasal masalah kahwin/nikah gantung kepada budak umur belasan tahun ni... sampai habis waktu bersahur esok pagi pun tak selesai beb..., banyak masalahnya... Jadi apakah jalan penyelesaian yang terbaik...????

Kembali kepada hukum Allah mengikut Al-Quran dan Sunnah, sudah pasti dan wajib. Tapi dalam negara yang mengamalkan undang2 sekular tak boleh... tak boleh... tak boleh di laksanakan lagi sebab kena langkah mayat kapal sink dulu, puak2 umnoApco dan banyak rintangannya... so Hukum Allah kena letak tepi dulu kerana puak2 tu.. samada yang cina, india, benggali... tak bersetuju, terutama sekali melayu yang dalam surat beranak mereka tulis beragama Islam... lagi tak bersetuju.

Mesti cari penyelesaian menurut undang2 sekular jugak...??? Ehhmmmm....nanti gua fikirkan dulu... atau gua pun boleh buat macam PM Najib... dengan mengalu-alukan sekalian rakyat 1Malaysia memberi pandangan untuk belanjawan akan datang... kerana negara ini mengamalkan Demokrasi... hahahaaaa

So.. gua pun mengamalkan Demokrasi juga dengan mengalu-alukan lu orang semua memberikan pandangan untuk menyelesaikan masalah pembuangan bayi dan keruntuhan akhlak remaja kini menurut sistem sekular yang di amalkan di Malaysia, amacam..??? ha..ha..ha....

Adakah... jalan penyelesaian dengan cara sekular nih....??? 

5 IkutSukaLu...::

iNCeK aKiM Thursday, August 26, 2010 11:31:00 PM  

bos, mintak share eh. nnt aku letak link ko. tq~

ISA Friday, August 27, 2010 1:54:00 AM  

Salam Incek Akim;

Incek Akim ada blog yeaaa...

Ada link ISA juga, jadi ISA link kembali buat Incek Akim.

Lain kali kalau berminat rembat jer.., takda akta terpelihara di sini. Cuma credit tu penting.

Terima kasih bro...

Lang Friday, August 27, 2010 3:44:00 AM  

salam bro,

lu nak cara sekular ke?... wa cadang mcm ni je lah... grounded system... atau perintah berkurung dari 8 mlm hingga 5 pagi bagi mereka dibawah 18 tahun... kalau tertangkap hantar kem PATI... tak boleh tuntut atau bebas selagi belum 21 tahun... yang nak tangkap tu polis... polis tu bagi elaun setiap tangkapan 500 hinggit... jadi kalau nak rasuah pon bebudak tu tak mampu...

yang kena tangkap berdua2an berumur 18 tahun keatas kahwinkan tanpa gagal... mak bapak suka ke tak suka, kawinkan saja, bukan mak bapak pon yg nak kawin... kumpulkan semua pasangan sebulan sekali buat majlis persandingan beramai2 di pwtc... kawin free pon tak apa...

ISA Friday, August 27, 2010 6:20:00 AM  

Lang,

Cantekkk... jugak ide sekular lu... nanti gua pertimbangkan publish dalam blog...

boleh ke...???

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP