IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

BeEnd/umnoApco Dah Kecut Teloq...!!!!

>> Monday, August 23, 2010

Lu orang semua bayangkan, dari zaman tok nenek Felda sampailah ke cucu cicit tujuh keturunan warga Felda telah dipencilkan dari dunia luar. Dunia mereka hanya di kelilingi oleh pokok pokok bisu, perhubungan kawasan yang jauh terpencil dari dunia masyarakat yang terdedah kepada kepelbagaian informasi, mereka juga disemadikan dengan pemikiran ketuanan BeEnd/umnoApco semata-mata.

Warga Felda ini sengaja di pisahkan dari dunia luar, supaya senang di perbodohkan. Selama ini mereka di sogokkan dengan wang ehsan, bantuan ehsan sebagai imbuhan kepada hasil tulang belulang empat kerat keturunan mereka. Seolah-lah warga felda ini tidak jauh bezanya dengan warga peminta sedekah.

Dan kini..., apabila ruang maklumat dan informasi berjaya menembusi kawasan Felda, dan kebanyakkan warga felda telah membuka mata dan minda di atas kerakusan dilakukan oleh pihak Felda yang tidak bertanggungjawap dan demi kepentingan politik BeEnd/umnoApco selama ini, maka mulalah puak2 ini berasa goyah dan tergugat.

Buktinya seperti yang di perkatakan oleh Yusof Nor di bawah ini, "Cubaan Pakatan Masuk Felda Satu Gangguan" terbukti teloq puak2 ni dah tersentot ke dalam usus perut mereka yang busuk lagi membusukkan

"Cubaan Pakatan Rakyat untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh  warga komuniti itu, kata Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor. Menurut beliau pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.

“Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda,” katanya kepada pemberita di sini semalam selepas menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu dengan setiap seorang menerima sebanyak RM300."

Selanjutnya lu orang boleh baca di MalaysianInsider.
Agaknya gaji Yusof Nor yang mencecah hampir RM2 juta setahun dah mula tergugat gamaknya, fixed deposit BeEnd/umnoApco juga sudah mula tergugat, itu yang membuatkan puak2 ini menjadi tak ketahuan punca dan mula menuduh Pakatan Rakyat cuba menganggu gugat warga felda.

Wallaweiiii....., sudah-sudah la memperbodohkan orang weiiii..... masih belum kenyang lagi ke memerah hasil keringat warga melayu felda selama ini..., keji dan jijik betul la... lu orang punya permainan...

Itu tandanya BeEnd/umnoApco bakal mampus dan berkubur menjadi bahan sejarah buat generasi akan datang.... kah..kah..kah....

Nak tau betapa teruknya nasib sesetengah kawasan Felda..??? Lu orang klik kat sini. Dan bagaimana pula Warga Felda di buli dan di perbodohkan, klik di sini. 

Justeru itu kepada Warga Felda sekalian, khususnya kepada anak2 peneroka Felda di perantauan yang bakal balik berhari raya ke kampung halaman masing2, bukalah mata dan minda kalian semua dan terangkanlah kepada ibubapa dan sanak saudara lu orang akan kezaliman dan penindasan yang mereka alami selama ini.

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, August 23, 2010 5:36:00 AM  

Salam Bro
Warga Felda bukan takut tak dapat makan atau duit.Warga Felda cuma pikir kalau esok esok mereka mati ada tanah untuk di Tanam, itu sahaja. Jadi mereka takut nanti kalau Felda/Feicra/Risda dibubarkan , mereka mati nanti tak ada tanah untuk di tanam warga Felda.

joecharlie Monday, August 23, 2010 9:32:00 AM  

KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR dan BANYAK DIjual diFELDA DAN WARONG TOMYAM SATU MALAYA.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

Salam Ukhwah..~

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP