IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Walau Terlambat..., Baik Ada Makna Tuuu....

>> Wednesday, July 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpandangan sepatutnya semua pegawai kerajaan dibenarkan aktif berpolitik tanpa kawalan yang ketat.

Justeru, ketua penerangannya, Fadhil Osman berpendapat kebenaran kerajaan terhadap pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk terlibat politik adalah permulaan yang baik namun ia belum memadai.

Katanya, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan membenarkan pegawai siswazah untuk aktif dalam politik sebenarnya adalah tindakan yang agak lambat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau pegawai kerajaan telah lama diberi kebenaran untuk aktif berpolitik dan memegang mana-mana jawatan politik sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.

“Hak mengundi dan memilih parti politik mana yang mereka sukai adalah hak individu sejak mereka berusia 21 tahun. Ini adalah hak rakyat Malaysia yang kerajaan tidak boleh nafikan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, berpolitik bukanlah suatu jenayah dan ia tidak menyekat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
Gua pun pelik kenapa selama ini di nafikan hak golongan pendidik/pegawai kerajaan ini dari berpolitik..???

Cuma di ingatkan kepada kakitangan kera....jaan ini supaya berhati-hati sajalah, supaya ianya bukan satu tindakan bersifat serampang dua mata.

Di mana lu orang di benarkan berpolitik hanya dengan menyokong dan membodek Parti Kera..Jaan. Jika sebaliknya ada di antara lu orang akan di hantar ke pendalaman atau di sekat kenaikkan pangkat dan segalanya.

Suatu ugutan secara halus.... daripada Parti umnoApco/BeEnd yang sedang terdesak maut sekarang ini untuk menambah sokongan. Gua bukannya cuba bersikap prejudis... terhadap kenyataan KSN dan keputusan kera...jaan, tetapi sudah masak benar dengan permainan sepak terajang umnoApco hasil belajar dari pengalaman serta pergaulan di unikakilima... hehehe...

Hati-hati....sebab kera...jaan BAIK noooo...... BAIK ada MAKNA tuuuuu...... ha..ha..ha....

5 IkutSukaLu...::

keindahan ugama,  Wednesday, July 28, 2010 4:15:00 PM  

Khas untuk Blogger ISA
Saya esok akan daftar diri masuk Institut Perguruan Di Johor (5 tahun). So saya tak dapat pahala perang (Nuklear War dah tak Ada) , jadi saya nak cari pahala mengajar (jadi Pendidik).InsyakAllah kalau ada rezeki, saya mungkin jadi guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah anak You.Saya akan jadi Musang berbulu ayam untuk berbakti kepada PAS.Adiusssss. C U N U will B in Heart Always. Keep UP BRO!!!!!!!!

nursha410 Wednesday, July 28, 2010 4:53:00 PM  

Salam...

sha dh lame ushar blog nie...selalu baca je...arinie rasa terpanggil plak nk komen...berkenaan dengan n3 nie...sha de tgk berita...golongan pendidik nie di beri kebenaran untuk berpolitik...tbe2 dlm hati cakap...ade udang balik mee la tu...

cm ISA ckp...bukan nk bersikap prejudis...tp dah sedia maklum...nk ckp lebey2 takut x betul plak...mklum la...umo sha y muda belia nie..baru nk kenal dunia politik y ada kat malaysia...

kalo ade salah silap...tegur la agar boleh diperbaiki..

wslm..

ISA Wednesday, July 28, 2010 6:19:00 PM  

Salam keindahan ugama.

Khas intu lu.

Tugas seorang pendidik adalah tugas yang paling mulia.

Gua ucap dan doakan semoga lu berjaya menjadi seorang pendidik yang amanah dan jujur untuk generasi dan agama.

Good luck bro...!!!

ISA Wednesday, July 28, 2010 6:27:00 PM  

W'Salam nursha410,

Oooo... pelayar senyap yeaaa... terima kasih gua ucapkan. Tapi maaflah... bahasa dan caranya radikal sikit. Ramai yang benci wooooo... hahaha...

"Bukan nak prejudis" adalah ayat berlapik. Hakikatnya itulah sebenarnya.

Pendapat peribadi saya, dengan memberikan ruang ini, maka pihak kerajaan dapat membuat analisisa perbezaan dikalangan penjawat awam yang menyokong/pembangkang.

Sesiapa yang meng-expose-kan diri mereka bakal terperangkap. Maklumlah sekarang ini kera..jaan (umnoApco/BeEnd) sedang mengalami krisis sokongan daripada ahli dan rakyat.

Dan banyak lagi perkara yang dapat di pergunakan dengan tindakan kelulusan ini.

nursha410 Thursday, July 29, 2010 8:43:00 AM  

lebih kurang cm tu la..pelayar senyap...huhuhuh...belum rasa terpanggil untuk meng 'expose' kan diri...tp untuk n3 y nie...dah ter expose plak...hehehehe...

berkenaan bhsa dan cara y radikal tu...bg sha x jd masalah...sha lg suke...sape y x leh tma...bole agkat kaki awal2 dr blog nie...bro ISA pn dah mklumkan awal2...

owang sekarang nie..kalo ckp berlapik...x phm...kene bg direct jer...baru nk terasa la..kecik hati la dan sebagainya...dan ps tu baru leh tma hakikat...huhuh..

anyway...thnx sbb bg penjelasan y sgt jelas...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP