IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tiket Judi & RM Besar Punya Pasal... Otak Pun Beku...!!!

>> Wednesday, July 21, 2010


Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.

“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya.

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.

“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.

Sinar Hairan.

Nak kata apa lagi kan... dah kepala pemimpinnya yang menghalalkan judi, sekarang juak bawahan terkena lah pulak. Padan muka lu... sokonglah lagi...

Persoalannya...??? Yang dia pergi layan mat indon tu buat apa...??? Awal teguran pun sudah berkisar cerita/bab judi... so pedulikan lah.. jangan di layan..., dah tu pulak nak coverline baik punya bila sudah terkena... bagi alasan "seperti kena pukau".... cehhh.... alamakkkk bhai..... alasan kuno orang melayu bhai....

Chittt... poooraaaahhhh... kalau dah jenis kelabu mata dengan RM.. RM..RM..., duit judi pun boleh di katakan halal atas alasan nak menolong...

Itulah pasalnya... ada akal letak kat tumit kaki... kan sudah serupa lembu...

6 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Wednesday, July 21, 2010 1:53:00 PM  

Ayat ni yg syok baca " Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri saya ...."
ha haaa

ISA Wednesday, July 21, 2010 2:00:00 PM  

Abang Chot,

Lebihan RM86,000 ribu... kira sedekah tu...

pasai tu jadi bengong, duit judi boleh pakai hukum buat sedekah..

Lang Wednesday, July 21, 2010 5:04:00 PM  

salam bro...

komen gua...

kah.. kah.. kah..
bukan ketawa sebab die ditipu... ttp gua ketawa sbb hati pompan tu dah bercelaru... sedih ke gembira...

sedih sebab mat indon tu pandai karang cerita dari seberang... bila tengok tiket dan keratan akhbar tu sedih udah tukar jadi peluang... tamak haloba jangan dikira.... dah macam2 tergambar dlm pale otak dia... nak beli itu ini... bukan sikit bro...

jadinya manalah otak tu nak fikr waras... kalau ruang otak boleh digambarkan macam kotak2 kertas... pasti setiap kotak tu bila dibuka nampak duit... bila dah buit sana..... duit sini.... halal haram dah tak muncul dibenak dia...

noorafzan.blogspot.com Wednesday, July 21, 2010 11:02:00 PM  

ramai dah kena tipu macam ni.
tak ambil ikhtibar la tu.
haiihhh~

ISA Wednesday, July 21, 2010 11:16:00 PM  

Lang,

Gua sedih.. sebab nafsu tamak haloba nak kaya cepat dah mengelabui mata pompuan tu...

Itu sudah menjadi lumrah bro... bagi mereka yang nipis iman dan mengejar dunia...

ISA Wednesday, July 21, 2010 11:17:00 PM  

Afzan,

Manusia/Melayu jenis mudah lupa...

nak buat camna...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP