IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tak Nak Saman, Jangan Buat Salah...!!!

>> Saturday, July 10, 2010

"Bukankah sudah diberitahu, orang ramai yang sudah berpindah perlu beritahu pada kita atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai alamat baru itu dalam masa seminggu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari Jumaat.

Abdul Aziz mengulas mengenai rungutan pelaksanaan saman ekor menyusahkan orang ramai kerana tidak menerima notis saman.

Beliau berkata tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan itu bukan untuk menghukum tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada mereka untuk lebih bertanggungjawab.

Kebanyakan saman dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat dan polis mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan sebelum mengeluarkan saman berkenaan. - Bernama.

Dalam isu ini gua sokong sepenuhnya tindakan PRDM nih... bukan nak membodek.. hehe.. tapi kenyataan. Jika menurut apa yang dilaporkan oleh Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof memang benarlah tindakan yang di ambil, apa yang nak disangkalkan.

Tak puashati dengan saman ekor...? Ada gambar sebagai bukti... tak puashati pasal tak dapat notis saman...? Kenapa tak update alamat terkini...? Lagi mau salahkan sama Polis ke...? Marah sebab kena saman..? Siapa suruh buat kesalahan pandu laju.. langgar lampu merah..., sendiri mau ingat maaaa....

Perkara yang betul kita kena akui betul, walau kita tahu sekarang ni Kera..jaan tengah sengkek dan sedang cari cara nak korek mana2 sumber kewangan, salah satunya buat operasi kutip duit saman la... 2.5 juta kesalahan sejak September 2009 beb... banyak duit tu... tak termasuk tahun yang sebelum2nya...

Lu orang bayangkan kalau Polis garu kepala sebab semua pemandu patuh pada undang2 jalanraya... mana diorang nak cekau duit. Dengan kesalahan yang kita buat... secara tak langsung kita membantu pendapatan Kera..jaan 1Malaysia.

Justeru itu Kerajaan Pakatan Rakyat kena buat kempen kesedaran kepada semua pemandu supaya patuh pada undang2 jalanraya, minimakan saman kesalahan jalanraya dan di masa yang sama dapat mendidik rakyat menjadi pemandu yang berhemah dan banyak kebaikkannya daripada kempen ini buat rakyat. Dari segi keburukkannya sudah tentu Polis dan Kera...jaan pening kepala... sebab tak boleh nak pow duit rakyat... ha..ha..ha...

Jadi... bermula hari ini gua akan sentiasa pasang tali pinggang keledar dan memandu mengikut had laju jalanraya, gua tak nak bagi duit percuma pada Kera..jaan Najib nih... slogan gua... Boleh Blah 1Malaysia..!!!

8 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Saturday, July 10, 2010 6:36:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA , kadang2kan lu ni cakap terlalu mudah sahaja! Gua ingat lu da kena mandrem dgn lanun somali la. Bro ,gua isi minyak kat station pam Shell dan diorang ha , ada promote itu minyak jenis POWER punya (Ron97). Lepas itu jalan kat PLUS Highway tiba tiba kereta kancil dok potong lu dan pandang muka lu dgn jelingan berselamba je! hati lu tak sakit ke? Hello Bro gua Isi minyak POWER tau takkan gua nak biarkan sahaja kancil potong Mez BraBus gua. Sori la bro gua belum gila lagi bab ini gua terpaksa ikut semangat President Melayu Perkasa . Pantang Melayu di cabar Bro!!!!!!!!!!!!

Abu Muhammad Haikal Saturday, July 10, 2010 9:45:00 PM  

salam,

Waa setuju sama haji.

semangat punya, woo,woo...

ISA Sunday, July 11, 2010 12:46:00 AM  

hj jamaludin

maknanya sifat mazmumah masih tebal dalam diri lu...

ISA Sunday, July 11, 2010 12:47:00 AM  

Abu Muhammad Haikal,

Semangat melayu tak membawa kita kemana-mana pun bro...

ISA Sunday, July 11, 2010 12:48:00 AM  

Somali Pirate,

Haji hanya gelaran saja...

Allah hanya menilai keikhlasan hati orang yang mengerjakan ibadah Haji.

Lang Sunday, July 11, 2010 1:09:00 AM  

kalau dah kete merc... bmw... bently.. la ni byk la porche, lambo, perahri... bukan tak boleh lari 110 km tp tu la.. kete dah power.. isi shell power... picit sikit zooommm.. power...

mane la nak perasan speedo meter dah putar lebeh separuh... kalau sentimental pulak (110km kelajuan sentimental kete2 td) sure mata dah sayup2.. bukak separuh je..

haji boleh tahan ke?...

saya naik motor kayohla... jenama terkini keluara honda..

muara Sunday, July 11, 2010 9:34:00 AM  

Mungkin ramai yang tak perasan.. jalan raya malaysia memang cantik! Selekoh banyak jalan lebar.., jika kita perhati sebatang jalan yang lurus, kereta iswara pun boleh bawa 100km/jam, tetapi diletaknya kelajuan pada laluan tersebut hanya 70km/jam sahaja! Tujuannya kenapa? Sebab kera jaan nak cari pendapatan melalui jalannyang dibina...

.... buka matalah rakyat 1 malaysia!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP