IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa Yang Rugi... !!! Siapa Yang Bangang..???

>> Thursday, July 29, 2010

Gambar di cilok dari blog M3M... kerana mengingatkan gua kepada cerita Mak Lampir suatu masa dahulu. Ada sekutu Mak Lampir yang mukanya iras2 seperti dalam gambar tu... namanya gua tak ingat... hahaha...

Sebelum tu... gua nak bagi Amaran dulu pada lu orang semua, posting ini bertajuk 2 dalam 1, harap maklum. Ok... teruskan membaca...

Cerita banyak pun tak guna, sebab malaun ni memang bangang dan membangangkan,  klik link M3M ni.. gua tak mau cerita banyak kat sini..., sebab M3M dah sumbat tempe secukup rasa pada malaun tu....


Buat rakyat 1Selangor khususnya, dan rakyat 1Malaysia amnya..., lu orang nilaikan sendiri apa maknanya semua ini, yang ni pun cerita banyak pun tak guna juga... kerana ianya memang di akui benar sebenar-benarnya di petik dari Malaysiakini. 

Lu orang boleh dapat jawapannya tanpa memerah kepala otak siapakah sebenarnya Penyangak Pasir atau nama glemernya Pencuri Pasir jika ianya manusia, dan siapakah Toyol Pasir sekiranya ia adalah entiti asing.

Itupun ada hati lagi minta campur tangan Sultan Selangor dalam menyelesaikan masalah curi pasir di Selangor, kah..kah..kah... memang patut pun puak2 parti lahanat tu di gelarkan Parti Sarkis... pasal puak2 ni pandai berlakon dan berlawak.



Perghhhh... yang siarkan berita ni pulak ialah TV3 suku... so maklumatnya sudah tentu suku jelah...

Bila melihatkan kepada songkok2 tinggi tu... paham2 jelah macamana permainan puak2 nih, jika melihatkan angka2 dalam RM (juta-juta) dari tahun 2005 hingga March 2008 kenapa ahli2 konsortium pasir tu tak melalak sebelum ini atau ada entiti asing yang menyuruh mereka supaya buat salakan marathon.

Seperti ayat soalan terakhir dalam video klip tersebut... "Siapa Yang Rugi"... lu orang fikirlah sendiri... lu orang nilaikanlah sendiri... sebab kita semua di anugerahkan akal untuk berfikir...

Yang pastinya kalau gua jadi doktor gigi seumur hidup gua pun belum tentu dapat bina rumah dengan harga RM23 juta.... melainkan gua bela toyol dan arahkan toyol gua pergi curi duit dari rumah tauke2 pasir tersebut. Tak percaya..??? pergilah tanya doktor gigi lu orang semua... kah..kah..kah...

Warghhhhh... makin lama makin gilababi dengan game umnoApco nih.... betul2 cilakessss wa cakap luuuu... itu pun masih ada lagi yang percaya dengan parti haramjadah tu.... bingaiiiiiii.....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP