IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa Nak Solat Jenazah Malam Ni...!!!!

>> Friday, July 23, 2010

N3 ini gua petik dari blog Simple Me - Si cek mek molek Nor Afzan, terima kasih kepada beliau kerana mengutarakan isu fardhu kepada kita semua, gua hanya tukang sebarkan saja... hahaha... semoga kita semua mendapat manfaatnya. Aminnnn....

Hari ini sekali lagi Jumaat. Hari Jumaat hari yang mulia. So, saya memang nak share benda-benda baik hari ni.
Semalam tengok TV, malam lepas balik kerja, berkenaan masalah perlaksanaan fardhu kifayah. Ada kisah lakon semula situasi untuk nampak real pasal tuntutan dalam fardhu kifayah yang perlu kita tahu sebagai seorang muslim iaitu cara pengurusan jenazah. Kali ini fokus kepada solat jenazah.


 
Kita kena ambil tahu pasal pengurusan jenazah lagi-lagi perihal solatnya
Dalam lakonan semula itu digambarkan seseorang telah meninggal dunia. Setelah dimandikan dan dibacakan yassin, tibalah masa untuk solat. Oleh kerana hadirin yang hadir ke rumah si mati semuanya tidak mengambil berat pasal perlaksaan solat ini, maka semuanya termasuk orang-orang tua mengharapkan imam, bilal atau ustaz bertauliah untuk datang mengimamkan solat.

Menurut pemahaman mereka, hanya imam atau bilal sahaja yang layak menjadi imam solat jenazah. Tapi sehingga ke malam, imam atau bilal tidak kunjung datang, kerana kasihan pada si mati, barulah hadirin membuka peluang kepada sesiapa yang nak jadi imam. Rupanya anak si mati ada dan dialah yang menawarkan diri untuk mengimamkan solat.

Persoalannya, kenapa tidak dari awal dia ditawarkan jadi imam. Saya faham sebagai orang muda, dia hanya mengikut sahaja kata orang-orang tua yang ada di situ walaupun dia punya pengetahuan itu. Menjadi tanggungjawab kita untuk tahu tentang perlaksanaan solat jenazah.

Memang sepatutnya diberi keutamaan kepada saudara terdekat si mati untuk mengimamkan solat. Jika isteri yang mati, maka suamilah paling layak mengimamkan solat jenazahnya. Jika seorang anak mati, maka si ayahlah yang paling layak. Jika ayah yang mati, maka anak lelakinya paling layak. Jika, tidak ada barulah saudara mara terdekat yang lain paling layak. Jika tidak ada juga, barulah lelaki lain yang sudah baligh serta berpengetahuan boleh jadi imam termasuklah imam, bilal ataupun ustaz.

So, kenalah take note yeaa... para lelaki di luar sana. Jangan mengambil mudah isu ini. Sentiasalah bersedia sebab setiap daripada anda merupakan seorang anak. Dan kebanyakkan daripada anda adalah seorang ayah ataupun bakal ayah. Juga sudah beristeri atau bakal beristeri. Jangan ingat fardhu kifayah sahaja, kita tak perlu tahu sebab ada orang lain yang tahu. Jangan mengharapkan orang lain sahaja untuk tahu perihal ini.

Untuk maklumat terperinci berkenaan pengurusan jenazah ini bolehlah rujuk SINI

p/s: Tapi sekarang ni... semuanya sudah mudah... sediakan RM... semuanya di tanggung beressss..., lama kelamaan urusan mandi, solat dan pengkebumian akan jadi seperti Nirvana Memorial Park... kah..kah..kah... gua bukan ketawa kosong maaa... memang sudah terbukti ada sekarang ini...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP