IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Salahkan Allah Jelah...!!!!

>> Monday, July 26, 2010

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.

“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, malam kelmarin.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anak-anak Kariah Pulau Betong itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk.

Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat.

Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat.

“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu,” katanya.
Nasib baik dalam isu kali ini gua tak sentuh langsung bab tok peti ni... seperti yang lepas2, hehehe.... tapi apa nak di kato... lu sendiri tak serik2 dan membiarkan diri lu di politikkan oleh puak2 umnoApco.

Harap tok peti perak ni... dapat muhasabahkan dirinya mengapa orang mengelarkannya dengan pelbagai perkataan dan kecaman, sendiri mau ingatlah... sendiri cari pasal... sendiri tanggung... takan nak salahkan Allah pula... kerana mentang2 lah dia menyandang jawatan Mufti, apa mulia sangatkah...??? Di sisi siapa...??? Allah atau Manusia...???

Tak semua Alim Ulama yang masuk Syurga dan ramai juga yang menempah tiket ke Neraka...

1 IkutSukaLu...::

jai,  Monday, July 26, 2010 2:32:00 AM  

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.

Alahaiii...

Sodih den mendongarnyo.

Tapi semuo tu salah siapo???

Siapo suruh cari pasal???

Lobih baik pak lobai ni setelkan dulu kes2 murtad dongan kuaso yang ado pada KOROjaan sekarang sebolom nak satukan PAS dengan apco... ehhh... UMNgOk.

Kah kah kah...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP