IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sahut Seruan PM 1Malaysia.

>> Thursday, July 01, 2010

Kisah petang semalam, jam 3.20pm, lokasi Jalan Subang Airport.

Waktu yang sama gua tengah pekena teh tarik dengan member sekitar Petaling Jaya. Telefon bernyanyi.. gua jawap...

"Hello boss.... saya kena tahan polis... dia minta minum" driver gua yang bernama Chandran menjerit...

"Lu... bagilah dia minum.." gua berseloroh...

"Berapa mau bagi... boss cakap sama dia.." tak sempat gua nak sambung cakap gua dah dengar suara lain pulak...

"(Sambil ketawa)... hello encik... ni driver encik dah buat kesalahan... tak payah cerita banyak.. belanja saya minum sudah la...."

"Berapa...? Janganlah banyak sangat... driver tu bukannya ada duit pun" dalam hati gua dah mula bengang dengan cara polis tu mintak duit kopi.

"Alaaahhh... setakat duit minum jer..." dan gua dengar sok sek sok sek... seolah sedang komunikasi dengan driver gua dan gua dengar suara driver gua bercakap pulak (rupanya dia passing balik phone pada driver gua)

"Berapa mau bagi boss... 50...? 30...?"

"Lu mula dari 5 dulu..., cakap lu belum gaji...takda wang mau makan" saja jer... gua pancing dan off phone.

6.00pm di ofis: Driver gua pun sampai... katanya RM10 jer.... gua gantikan balik duit driver gua tanpa banyak soal, siapa kencing siapa itu lain cerita... kadang2 memang gua sparekan jugak duit poket untuk bagi belanja minum pihak berkuasa yang kaki rasuah nih... terutama sekali apabila di lebuhraya, ada jer... kesalahan yang di cari...

Kita tak bagi... mereka meminta... kenderaan tip top pun, mereka cari alasan kesalahan nak saman, hinggakan nombor plate senget pun jadi kesalahan. Contoh gertakan selalunya - Kalau di saman kompaun RM300... bagi RM10... masih selamat RM290..., kalau asyik kena saman jer... baik tak payah berniaga...

Persoalannya... adakah itu di kira rasuah...???Atau toleransi Jalanraya..??? Atau menyahut seruan PM 1Malaysia... "You Help Me, I Help You"... kah..kah..kah...

6 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Thursday, July 01, 2010 2:20:00 AM  

i help u, u help me...

me bik mama.. lalalala

noorafzan.blogspot.com Thursday, July 01, 2010 9:02:00 AM  

entahlah..
rasuah tetap rasuah beb.
walau 10 inggitpunnn..

Kerajaan Rakyat Thursday, July 01, 2010 9:21:00 AM  

Salaam bro Isa,

Duit tu buat bayar mengaji Quran anak dia.... Dunia wal selabut

Pak Oncu Thursday, July 01, 2010 9:40:00 AM  

boleh lah 10 hengget tu,,, kira halal lah,,, !!! ado org tu berjumpa wang kopi nya,,, kesihan mat kampau tu !!! biar lah dia rasa senang sikit hahahahahahaha !!!!!

hj jamaludin,  Thursday, July 01, 2010 10:30:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA , Allah SWT pandang pada niat . So lu pikirlah la sendiri? Takut da bagi tapi kat belakang kita masih dok sok seh sok seh!!!!

teratailiar Thursday, July 01, 2010 10:38:00 AM  

wakaka...
you help me, i help you...
wakaka...
tp betul kata Afzan...
rasuah tetap rasuah...
walau hanya 10 ingget...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP