IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pompuan Ini... Sudah Lebihhhhh...!!!!

>> Thursday, July 22, 2010

Pompuan ini....!!! Yesssss.... Pompuan ini yang gua maksudkan.... bila gua terbaca di sini.

Lu nak jemput yang ini... gua takda hal....

Yang ini pun... gua takda hal....

Ini...??? Lagi takda hal....

Ini pula... ikut suka nafsu lu....

Ha..ha..ha... ikut lu punya suka... kalau lu masih mampu nak undang dia ni....

Tapi harus di ingat....!!! Perkataan "De Niro lawat Malaysia atas undangan Rosmah" 

Telah membuatkan jiwa gua menjadi kacau..., sebabnya bukan kerana jealous dengan pompuan ini... apa barang gua nak jealous2 dengan dia..., takda maknanya.... ha..ha..ha....

Di sebabkan perkataan "Undangan" tersebut, gua jadi kacau bilau dan berangin kerana jikalau dengan maksud "undangan" maknanya seseorang harus "sponsor/menaja" perbelanjaan selebriti tersebut untuk datang ke Malaysia siap dengan tambang kapalterbang pergi balik, penginapan beberapa hari dengan hotel yang bertaraf berbintang2 dan pelbagai lagi....

Persoalannya...???? Adakah Undangan tersebut bersifat peribadi atau ada kepentingan kepada negara...??? Jika Undangan tersebut di penuhi... kewangannya daripada mana...???

1) Adakah mengunakan duit poket pompuan ini...???
2) Duit sesiapa saja yang sanggup menjadi Pak Sanggup untuk menaja kos undangan selebriti tersebut secara rela demi membodek mahupun secara paksaan untuk menjadi sponsor..??? Kalau tidak nanti cukong2, Tan Sri2, Dato2.... tak dapat projek beb...!!!
3) Atau menggunakan duit Kerajaan 1Malaysia...??? Atas alasan2 yang bakal tercipta demi menghalalkan "Undangan" tersebut.

Kes pembongkaran duit RM600 ribu yang di salurkan ke Dubai 2 tahun lepas pun masih belum terjawap...??? Dan Bank Negara pun senyappppppp jer....

Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat..!!! Gua meminta supaya memantau "Nawaitu Undangan" pompuan ini dan persoalkannya dalam Parlimen nanti jika ianya melibatkan "Kewangan Negara" demi memuaskan hobi dan cita2nya. Jika selain daripada itu... pi mampoih laaaa.... itu hobi dan hak dia...

Jika hobi dia suka kepada bertemu Artis2 dan orang2 ternama..., itu hak dia. Gua tak campur..., tetapi jika dia menyalah-gunakan kedudukan yang ada demi hobi dia... itu sudah lebihhhhhh.....

Jangan sampai jadi begini..... gua dah semakin menyampah lah pulak... sebab bini PM yang lain2 tak terrr... overrrr... macam dia ni....

update @ 2.30am: Ada sesuatu yang buat gua pecah kepala otak... memikirkan kenyataan pompuan ini, lu orang baca dan tolong tempeleng kepala gua kalau gua tersalah baca atau tersalah tafsir..., betul kah apa yang gua baca nih...

"Saya kata tidak, anda tidak akan didakwa menurut undang-undang syariah. Hanya orang Islam yang akan diadili mengikut undang-undang syariah. Tetapi anda tertakluk kepada undang-undang sivil,” jelasnya.

Ada ke... undang2 Syariah di Malaysia..??? kah..kah...kah.... adussss... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat laki PM nih.... dan Selamat Berlakon.....

3 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Thursday, July 22, 2010 8:35:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA.
Tolong la Bro! kali ini je! Gua mintak kat lu atau lain lain blogger. "TOLONG JANGAN HALANG NIAWATU SUAMI NAJIB TU" Sebab gua peminta wahid pelakon ROBERT DE NIRO. Tak kira la , nak pakai duit siapa pun gua tak kisah. Nak pakai duit Rakyat Ke?Duit Petronas Ke? Duit J Low ke? Atau pakai saja duit Tabung FELDA sebab orang orang peneroka FELDA bukan reti atau Faham kalau duit Tabung Felda da nak habis> So Bro! Please jangan halang niat ROSMAH tu. Bukan apa Gua masih ingat dia berlakon dalam filem " DEER HUNTER" menunduk otak gua. Lu kan MY FRIEND

Lang Thursday, July 22, 2010 3:36:00 PM  

salam bro....

ala... lu apa bimbang bro... lu apa susah hati bro... dia gasak duit sapa pon bukan duit lu luak... suka tak suka cukup haul, lu kena bayar cukai jugak kan... mahu tak mahu, lu beli barang cukai lu udah bayar kan?...

duit tu banyak2 kat dalam simpanan kerejaan se mesia pon buat ape... duit tu memang sepatutnya dihabiskan... kalau tak tahu mcm mane nak habiskan... bazirkan... tu la pon keje suami... bazirkan duit yg diamanahkan pada isteri... lanyak bro...

kalau dok simpan sampai cukup matang... kononnya nak bekal masa mendatang, kalau boleh menang!!! takpe la boleh enjoy lagi... kalau kalah mcm mane?... senangla nanti orang baru pulak lanyak... payah la nanti nak reka cerita buruk...

lu tak tengok ke kat selangor... bila orang baru masuk.. mana ada duit lagi bro... terkangkang sianak toyo ketawa tengokkan khalid lembu menggelabah pasai kantong kering...

lu tak boleh hot bro... lu kena sokong bab undang mengundang ni... atleast kalau terlungkup nanti.. ada la jugak bahan berita dari mahkamah bila orang baru ambil alih... orang baru yg gua maksud tu... yang seberang satu lagi... bukan orang baru dr spesis yang sama...

setuju tak bro?....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP