IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Najib Letak Jawatan PM.

>> Monday, July 26, 2010

Jika sebelum ini di zaman Pak Lah, begitu ramai yang mendesak supaya Pak Lah meletakan jawatannya sebagai PM ketika itu. Jadi bagaimana pula dengan PM yang ada sekarang ini..???

Eloklah juga jika di adakan petisyen untuk mendesak supaya Najib Nazak ini meletakan jawatannya sebagai mana desakan terhadap Pak Lah dahulu. Kerana telah terbukti yang beliau gagal dalam pentadbiran dan melaksanakan tanggung-jawap terhadap negara.


Najib hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri

Oleh Abdul Aziz Mustafa

Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya.
“Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan.

“Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan.

“Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan.

“Bersediakah Najib untuk berundur?

“Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya ‘tidak apa’ Umno yang merosakkan negara,” kata Mahfuz.

Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali.

Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka.

“Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know. Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya.” kata beliau.

Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara.

“Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law,” katanya.

Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing.

“Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility.

“Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan.

“Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri.

“Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budaya accountability dan responsibility,” tegas beliau.

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.
p/s: Yang dia tahu hanyalah mengumumkan perbelanjaan sana juta2 sini billion2..., wang keluar untuk perbelanjaan, sedangkan wang untuk pendapatan negara merosot dan merudum. Inikah prestasi PM kebanggaan 1Malaysia. Pergghhhh... macam hampeh...

Takda ke mana2 organisasi yang nak mulakan petisyen mendesak Najib letak jawatan...??? Seperti yang pernah di buat pada Pak Lah dulu.... come on bebeh.... kasi on... la.... baru boleh buktikan betapa meluatnya rakyat kat dia laki bini.... hampeh...

4 IkutSukaLu...::

keindahan ugama,  Monday, July 26, 2010 8:27:00 PM  

Oh! Tidak Oh! Tidak mungkin. Ini semua Fitnah ....Fitnah....... Fitnah. FDI jatuh merundum sebanyak 81 peratus dan melayakkan PM 1 Malaysia meletak jawatan sebagai Perdana Menteri . Oh! Tidak mungkin.......tolong jangan paksa PM Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia , PM baik hati orang nya ,murah rezeki orangnya dan suka tabur duit kat Bik Mama,orang Melayu Felda, buatkan rumah /istana yang baru untuk Raja Malaysia,bersifat adil kepada orang2 Umno .Hello! tolong rakyat Malaysia tolong, mari kita ramai ramai mempertahankan PM 1 Malaysia ini . PM Najib telah help rakyat Malaysia , so seluruh Rakyat Malaysia mesti Help HIM ( Perdana Malaysia).
Astarfirullah al hazim . Mimpi ngeri pulak saya ni!Apa gila kah saya nak mempertahankan PM UMNOBN APCO ini. Sori! Blogger ISA , saya cuma mimpi sahaja.Maaf Ya! Salah mimpi pulak?

CodeNameSomaliPirate Monday, July 26, 2010 10:04:00 PM  

Bro,

Lu buat wa terkejut dan berpeluh. Wa ingat betul la, rupanya-rupanya lu kutip berita dari Mat Pot!

Kalau najib turun wa ingat Tun M sesuai la...

ISA Tuesday, July 27, 2010 12:04:00 AM  

keindahan ugama,

porong stim betul laaa... mimpi rupanya...

ISA Tuesday, July 27, 2010 12:05:00 AM  

Somali pirate,

Bagi laaa... orang lain pulak..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP