IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Menangani Stress.

>> Monday, July 26, 2010

Kalau gua pergi medical check-up, inilah part yang buat gua stress...... adoiiiii....
 
Salah satu cara menangani stress adalah dengan melalui (get trough) perkara yang membuat kita stress.

Contohnya, jika kita stress sebab kita banyak kerja, cara untuk menangani stress adalah dengan buat saja kerja tu. Usah tidak berbuat apa-apa simply sebab kita stress, itu akan membinasakan kita.

Kunci untuk menangani stress adalah dengan "get trough it". Lalu dan buat. Usah melawan stress, tapi fokuslah pada melaluinya dengan emosi yang ditenangkan.

Damaikan jiwa, tenangkan hati, teruskan bekerja. Lama-kelamaan stress berkurang dengan sendirinya sebab fikiran kita tidak lagi terfokus pada stress.

Jika kita stress sebab tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah cinta, fokuslah pada penyelesaian, bukan pada perkara-perkara yang membuat kita stress.

Makin kita fokus fikiran pada perkara yang men'stress`kan kita, makin tertekan kita jadinya. Jangan lawan satu perkara dengan perkara yang sama, akibatnya kita akan kalah jua.

Apabila kita selalu memikir stress, kesannya kita akan dapat lebih banyak stress. Sebaiknya, lawan satu perkara dengan perkara lain.

Jika stress, lawan stress dengan memfokuskan pada ketenangan. Ibarat melawan api dengan menyimbah air. Apabila merasa tertekan, bawak bertenang, latih diri supaya berada di dalam zon ketenangan.

Kesannya, kita akan menemui ketenangan lantas membuat stress menghilang sedikit demi sedikit.

p/s: Sekadar berkongsi maklumat, semoga berjaya.

2 IkutSukaLu...::

keindahan ugama,  Monday, July 26, 2010 10:17:00 AM  

Khas untuk blogger ISA
Saya rasa simpati dengan blogger ISA .Tapi kenapa baru sekarang terasa stress?
Yang hairannya kebiasaanya blogger ISA tiada tertekan dengan kerenah komentar seperti Tuan Hj Jamaludin,pembela islam@Melayu sejati,codenamesomaliPirate,DLL tetapi apabila blogger ISA menerima komentar dari Panglima 7 , dah mula terasa stress bagaikan mimpi ngeri macam cerita "NIGHTMARE IN ELM STREET" .
Bagi saya nak hilangkan stress buat projek untuk tambah anak. Atau bagi hadiah kat isteri ,konfom dapat pelukkan manja Atau bagi duit kat anak2 yang ini pun konfom dapat perlukan manja.
Ya Allah Kau Redakanlah STRESS yang dihadapi oleh blogger ISA ini dan Ya Allah , mohon kau jauhi tekanan MENTAL STRESS blogger ISA dari komentar yang tak berektika dalam membuat komen.Insyakallah. Amin

ISA Monday, July 26, 2010 11:35:00 AM  

Keindahan Ugama,

Apa barang beb mau stress sama itu Panglima 7.

Gua tetap gua... N3 ini takda kena mengena dengan provokasi sengal tu... bro...

Lu kalau nak menyakat gua pun agak2 laaaa.... ha..ha..ha..

p/s: Tapi gua tetap stress sebab esok gua ada medical check-up bro... erghhh... part kena injection ambil darah tu... yang mengerikan gua.... warggghhhh... stress... beb... stresss...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP