IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Melayu Sanggup Mati Kerana Hiburan

>> Saturday, July 10, 2010

JALAN SENANG - MEMANG BANGSA MELAYU KITA SUKA AMBIL JALAN SENANG - SUKA AMBIL JALAN MUDAH, SUKA KEPADA YANG MUDAH SAHAJA. SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKAN DAPAT JALAN MUDAH. MEMANG TEPAT SEKALI PENDEDAHAN YANG MEMBERI GAMBARAN YANG REAL OLEH EKSKLUSIF DI TV1

Itulah pendedahan yang cukup berani memberi gambaran betapa rendahnya martabat kedudukan masyarakat Melayu kita. Dan itulah reality ...... ITU JUGALAH HAKIKATNYA.

Itulah realiti kehidupan masyarakat Melayu kita sejak dari dulu2 lagi. Sama ada songsang atau pincang ...... sama2lah kita fikir2kan. Pendek kata dalam kehidupan masyarakat Melayu dari dulu2 lagi sampai ke la... ni.. banyak yang songsang pincang bermacam2 cacat cela keji tak keji semua ada... semua cukup macam2 ada dalam kancah kehidupan masyarakat Melayu ni... jangan berselindung lagi (no cover-up please).

Tengoklah apa yang sentiasa berlaku di sempadan Siam (Thailand) baik di Golok mahupun di Padang Besar, atau juga di HatYai begitu juga di Danok atau juga di sempadan di bahagian2 Selatan Siam betapa punya kuat tarikan yang dapat menarik begitu punya ramai Melayu2 Malaysia yang kebanyakannya Islam lagi.

Itu semua berpunca dari faktor ' hiburan' dan itulah tarikan 'the magnetic pull' yang boleh menarik betapa punya ramai rakyat Malaysia yang Melayu lagi Islam ini menuju menerpa keluar sempadan semata2 inginkan 'hiburan' supaya dapat berhibur untuk memuaskan hawa nafsu masing2.

Kalau dalam bentuk lain pun seperti ubat-ubatan, bomoh dan pawang pun pihak dari Siam juga dapat menarik perhatian kaum2 kita di Malaysia terutama dari kalangan orang2 Melayu dalam selok belok jampi serakah, ilmu hitam, sihir untuk mengena orang (membalas dendam dan sebagainya) dan bermacam2 jenis amalan perubatan tradisional yang membawa kepada fahaman syirik di sisi Islam. Pun Melayu2 kita tetap akan berkiblatkan kearah sana dalam apa bidang sekalipun semuanya boleh dapat di Thailand (macam 'one-stop-centre') disana pun 'MACAM2 ADAAA'.

Sememangnya bangsa Melayu kita cukup mudah terpengaruh dalam apa saja.

Melayu pantang ada sesuatu yang memberi kesenangan mudah dan cepat seperti juga pelaburan 'skim cepat kaya' yang begitu mudah dan cepat. Imbas kembali tengok betapa punya ramai Melayu2 yang terbodoh yang dah jadi mangsa pelaburan 'skim cepat kaya' seperti 'skim labu peram' dan yang paling hangat (hot sekali) ialah pelaburan 'skim cepat kaya' 'PakMan Telo' itu semua orang tahu.

Apa yang membuat masyarakat Melayu kita sehingga jadi begitu?

Tarikannya adalah faktor 'HIBURAN', iaitu masyarakat Melayu kita memang tertarik dan gemarkan unsur2 'hiburan' tak kira apa jenis rupa bentuk hiburan. Tambah2 lagi bila 'hiburan percuma'.

Sebut sahaja ada hiburan kita boleh tengok betapa berduyun2 berpusu2nya puak2 yang dikatakan Melayu ni akan menerpa hujan atau panas - ribut atau taufan (rain or shine, come what may) namun manusia Melayu tetap akan meredah apa saja semata2 untuk memuaskan nafsu mereka untuk berhibur.

Memang manusia Melayu ni mudah terpedaya, mudah diperdaya dengan umpan yang berupa ada unsur2 'hiburan' tak kiralah sama ada dikenakan bayaran (yang selalunya murah yang lebih menarik.. apa pulak lagi jika ianya secara percuma.

Contoh yang paling ketara dapat kita lihat bila ada program2 yang di anjurkan oleh pihak2 stesen tv kita seperti 'Jom Heboh' ..... 'Sua Rasa' dan bermacam2 lagi yang sejenis seperti itu. Dan sudah tentu kita dapat lihat betapa punya meriahnya sambutan yang diberi oleh kaum2 Melayu kita, yang muda2 sudah semestinya lah. Yang tua2 bangka pun turut sama berpusu2 termasuklah yang bertaraf 'makcik'2 yang bertudung dengan menunjukkan keghairahan mereka didepan kamera ..... apa lagi apabila dipanggil untuk tampil kedepan oleh sesetengah pengacara tv atau pun artis2 selebriti yang menjadi idaman penonton.

Dari kalangan makcik2 Melayu yang sepatutnya janganlah begitu 'over-excited' yang terlampau2 hingga memberi gambaran yang masyarakat Melayu kita rupanya begitukah keadaannya. Nampak sangat gambaran sebegitu menunjukkan yang kaum2 Melayu kita kebanyakkannya lebih suka untuk menunjuk2, ghairah menonjol2kan diri masing2 untuk mendapat perhatian dari kalangan masyarakat sejagat.

Begitu jugalah apa yang terdapat dari kalangan mereka2 (masyarakat Melayu) yang bertujuan untuk menjadi artis penyanyi, pelakun, selebriti, pengacara tv, baik apa saja berkaitan dengan menayangkan muka menonjolkan diri melalui peti tv.

Kalau muka masing2 seperti makcik2 tua kampung tu pun tidaklah secantik mana pun macam artis2 muda tak juga semolek artis2 muda apa pula lagi bagi mereka2 yang dari kalangan artis2 muda yang mengejar 'glamor' dan popularity maka bertambah lagilah melonjak2nya niat dan tujuan mereka untuk berlagak lebih dari makcik2 kampung yang hanya sekadar penonton di celah2 program yang membawa mereka kedepan kamera.

Dimana disitulah peluang keemasan mereka untuk menayang dan menonjolkan diri untuk dipertontonkan oleh kalangan kaum keluarga dan sahabat handai, rakan dan jiran sekampung mereka dan itulah mentaliti Melayu2 kita dalam apa saja semuanya ingin dan ghairah untuk menunjuk2 akan penampilan diri mereka macam juga tingkahlaku artis2 Melayu kita semuanya sama saja.

Bayangkan juga mentaliti makcik2 kampung yang berkampung di himpunan seperti 'Jom Heboh' dan 'Sua Rasa' dan sebagainya masing2 semuanya ingin dipertontonkan kalau muka masing2 manis cun melecun kira okey sangatlah tapi bayangkan muka2 makcik2 kampung yang dah senja tu dengan berkelakuan seperti makcik2 yang kaki melatah dikampung terhegeh2 didepan kamera tv untuk siaran bagi sekalian masyarakat penonton tv menontonnya.

Alangkah gelihati dengan perasaan geli-geleman lagi bila ter'happen to watch that kind of scene'. Kadang2 pihak stesen tv sendiri (termasuk kakitangan pengacara dan hos nya) juga sengaja memperbodoh2kan dan mempertonjolkan kelemahan penonton2 yang datang dari puak2 yang rendah 'kedudukan tahap pemikiran' dan mentaliti.

Ini memang memalukan kaum kita sendiri, hanya kerana semata2 untuk memberi hiburan kepada semua kalangan penonton sanggup memperbodoh2kan orang lain. Macam tu jugalah jika keadaan dikampung2, dimana selalu terdapat puak2 yang suka mengambil kesempatan untuk mengusik makcik kampung yang 'kaki melatah' yang berlarutan dengan 'carut mencarut' maki memaki hamun sehingga kadang2 boleh membuat diri makcik2 kampung yang 'kaki melatah' ni hingga melondehkan kain mereka sehingga bertelanjang bulat untuk ditertawakan sesiapa yang melihat dan memerhati akan tingkah laku makcik2 kampung yang berpenyakit 'latah-melatah' ini.

Kita tahu dimana tahap mentaliti makcik2 kampung seperti itu. Ini juga dianggap sebagai 'hiburan' buat mereka2 yang suka mencetuskan usik mengusik agar dapat menggamatkan suasana untuk berseronok suka dengan mentertawakan orang. Begitu jugalah keadaannya di pihak mereka2 yang mengendalikan rancangan2 siaran langsung di tv dalam siaran2 seperti yang tersebut tu.

Nampak sangat Melayu2 seperti itu mudah diperbodohkan begitu sahaja. Kononnya bagi pihak pengacara selebriti tv kononnya 'be sporting la'... 'be gentlement' la... padahal itu adalah sengaja 'memperbodohkan' kaum sendiri. Memang amat memalukan bangsa.

DENGAN CARA SEBEGITU SECARA TAK LANGSUNG (INDIRECTLY) IANYA SEOLAH2 MENJATUHKAN AYAQ MUKA ORANG2 KITA (MELAYU) SENDIRI. MENJATUHKAN MARUAH DAN MERTABAT BANGSA MELAYU KITA SENDIRI... 'DROP OUR OWN PEOPLE'S WATER-FACE'. MEMALUKAN BANGSA SENDIRI.

TENGOK DENGAN BIJI MATA SENDIRILAH BETAPA MUDAHNYA MELAYU SANGGUP DIPERMAIN2KAN, DIPERBODOH2KAN SEMATA KERANA INGINKAN MUKA2 MEREKA TERPAMPANG DIKATA TV UNTUK BAGI SEMUA ORANG TENGOK. MEREKA BERASA MEGAH DAN BANGGA BILA MUKA2 MEREKA KELUAR MELALUI SKRIN TV. MEREKA DAH RASA (PERASAN LEBIH) SEOLAH2 MEREKA2 TU DAH JADI MACAM ARTIS2 POPULAR TANAHAIR. APA PUN MEREKA SANGGUP BUAT APA SAJA. ITULAH SIKAP MELAYU2 KITA.

Melayu mudah di umpan. Melayu mudah digula-gulakan, serupa macam semut, mati semut kerana gula, tapi ini... Melayu sanggup mati kerana hiburan.

2 IkutSukaLu...::

Lang Saturday, July 10, 2010 2:17:00 PM  

bro...

kalau nak komen ni pon panjang lebar jugak... nnt dah mcm artikel blog le pulak... waduh! lawan toke nanti... biar bener....

tapi gua nak cuit sikit minda kita ni dengan soalan cepumas..

wa tertarik isu melatah tu.. kenapa tabiat melatah ni ada pada orang melayu je... pernah tak dengar bangsa lain mcm omputih ke, india ke, cine ke, orang jepun ke melatah?

yusaini_yn Saturday, July 10, 2010 2:42:00 PM  

wa rasa yang terlebih melatah bro isa sendiri kot...hahaha

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP