IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Melayu Mana Pulak Yang Bangkit...???

>> Tuesday, July 06, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mempertahankan artikel kontroversi bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA” terbitan edisi sulung Suara Perkasa, yang muncul di pasaran Khamis lalu, dengan mendakwa mereka tegas kerana “orang Melayu sudah pun bangkit” sekarang.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, kata-kata menggesa kerajaan menahan pemimpin-pemimpin Melayu sudah lama dikeluarkan oleh bukan Melayu sejak selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Kami ada merakamkan banyak kenyataan, rencana, dan ucapan oleh pembangkang, bukan Melayu, blogger dan yang lain. Kini orang Melayu sudah pun bangkit (menuntut hak mereka),” kata Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung artikel bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA”.

Pertemuan hampir sejam tersebut bermula pukul 5 petang dan dihadiri Editor Suara Perkasa Amirudin Mohamad, Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran Datuk Zaitun Abd Samad.

Suara Perkasa akan dipanggil sekali lagi pada Isnin ini.

Dalam komennya semalam Ibrahim berkata, beliau sanggup untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — buat kali ketiga — jika didapati menjadi mudarat kepada keselamatan negara.

Sehubungan itu dalam kenyataan hari ini Ibrahim menegaskan, Perkasa bertindak tegas dalam isu semasa berdasarkan pengalaman-pengalaman pihaknya sepanjang dua tahun lalu.

“Seorang perwakilan MCA dari Perak pernah meminta kerajaan agar menahan (Ketua Pemuda Umno sekarang) Khairy Jamaluddin di bawah ISA, pada Oktober 2008.

“Seorang pemimpin Wanita Gerakan juga pernah menggesa agar (bekas Ketua Umno Bukit Bendera ketika itu), Datuk Ahmad Ismail juga ditahan di bawah ISA. Ada aduan polis dibuat di Bagan Serai minta Datuk Nasir Safar (bekas pegawai khas Perdana Menteri) ditahan di bawah ISA.

“Banyak kenyataan dibuat menyinggung orang Melayu sebelum ini... malah, (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr) Wee Ka Siong sendiri pernah mengecam Kongres Ekonomi Bumiputera dianjurkan oleh MPM (baru-baru ini),” katanya lagi.

Ibrahim menyenaraikan kes-kes lain termasuk serangan terhadap ucapan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang memetik ucapan sejarah beberapa hari sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor manakala Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikritik kerana sekadar mencium keris dan tidak “menikam sesiapa pun.”

Ibrahim dilihat lantang bersuara dengan ada yang mengelarkannya sebagai “ultra Melayu” dan bertindak sedemikian sejak menubuhkan Perkasa akhir 2008.

Perkasa mengeluarkan akhbar Suara Perkasa, yang dijual RM2 senakhah bermula kelmarin.
Nota: weiii... Najib cepatlah sikit adakan PRU-13... semakin menyampah pulak gua tengok si raja katak nih... masih lagi tak habis2 dengan semangat perkauman dia..., bodek dan menjilat... apa bangang dan bebal sangat mangkuk ayun nih...

Woiii... katak Melayu mana yang dah bangkit weiiii.... daripada tahan lu masuk ISA.. lebih baik hantar lu tinggal di Zoo Negara.

1 IkutSukaLu...::

Lang Wednesday, July 07, 2010 3:05:00 PM  

ni mmg salah satu cara mainan politik... kalau yang menyalak tu orang dalam parti... nnt komponen mula rasa tak selamat.. kalau upah desperado, dia sanggup buat apa saja hatta makai taik pon boleh...

komponen tak marah, tak tersinggung.. ISA memang digunakan utk buktikan pd rakyat akta tu berkesan.. tp antara ahli2nya mereka sendiri tau... takkan nak tahan ahli sendiri... akta ni gurauan utk mereka.. untuk yg menentang (benar2 menetang), akta ni utk 'membisu' kan mereka tanpa perbicaraan..

'tools' bermanfaat bila tahu bila dan bagaimana nak digunakan..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP