IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Melayu Felda Jangan Jadi Bodoh...!!!

>> Thursday, July 22, 2010

Ramai yang berkata Felda adalah Fixed Deposit kepada umnGokapco/bn. Walau macam mana cara sekalipun melayu2 felda ini di beri kefahaman berkaitan penindasan yang di lakukan terhadap mereka ianya tidak akan berkesan, kerana mereka jenis melayu2 yang mudah di ugut dan di perkotak-katikkan oleh pemimpin2 umno dan wakil2 pencacai mereka.

Melayu Felda ini boleh di anggap seperti  kanak2 yang di beri umpan gula2..., lupa seketika masalah bertahun dek kerana sedapnya gula2 sehari... itulah mentaliti melayu felda kebanggaan umnGokapco ini.

Contoh seperti dibawah, banyak laporan di dedahkan tetapi masih ramai lagi melayu2 Felda yang bongok dan buta hati masih terus memangkah parti penipu itu. Dah lebih 50 tahun beb.... sedar2 lah sikit, janganlah biarkan diri lu orang semua (melayu felda) masih di perbodohkan.

5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN
Utusan Malaysia 23 Jun 2010 - Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA
Sinar Harian 4 Jun 2010 – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.

DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA
Kosmo 15 Mac 2010 - Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.

28 TAHUN WARGA FELDA HADAPI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
Utusan Malaysia 15 Mac 2010 - Itulah 'derita' yang dihadapi oleh lebih 1,200 penduduk di kawasan Felda Palong 7 dan 8 berikutan masalah tekanan air rendah sejak menduduki kawasan itu 28 tahun lalu.

KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL
Sinar Harian 17 Feb 2010 – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan. Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.

MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
Sinar Harian 17 Feb 2010 - Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

PENDUDUK FELDA BERANG TIADA BEKALAN AIR
Sinar Harian 13 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.

ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN
Sinar Harian 19 Jan 2010 - Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.

FELDA PALONG DAIF
Berita Harian 21 Dis 2009 - Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.

GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN
Sinar Harian 2 Dis 09 - Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.

PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI
Sinar Harian 14 Okt 2009 - Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.

PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR
21 Feb 2009 - Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.

BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI
Sinar Harian 24 Dis 08 - Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.

MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI
Sinar Harian 8 Jul 2009 - Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak. “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.

BURUH BANGLA CEROBOH TANAH
Harian Metro 25 Julai 2007 - Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.
So... kepada Melayu2 Felda sekalian fikir2 dan renung2 kan nasib lu orang, keluarlah dari kepompong pembodohan umnGokApco ini, buatlah perubahan demi generasi masa hadapan.

Dalam PRU-13 nanti buatlah perubahan... tumbangkan Barisan Najis ini.

8 IkutSukaLu...::

Edyes Thursday, July 22, 2010 4:03:00 PM  

nice n3... kalaulah boleh printout, then sebarkan ke semua rumah felda...

Lang Thursday, July 22, 2010 4:06:00 PM  

salam bro...

orang melayu ni memang kuat memegang adat kesopanan... biar mati anak jangan mati adat... begitula gamaknya kuat org melayu menyanjung adat...

adat orang memberi... kita merasa...
adat orang berbudi... kita kenang jua..

dek kesuburan pemikiran tentang adat ni dipupuk sehingga tuli telinga, buta mata... mati akal...

berbalik kepada felda... tujuan asal felda ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada orang yang susah dan miskin... dan kebanyakan peneroka ini tiada tanah sendiri dan jika ada pon tidak sebesar tanah yang ditawarkan oleh felda..

maka berasalah keberuntungan oleh setiap peneroka... dari tiada kepada ada... dari sedikit kepada banyak... dari rezeki secupak dapatlah rezeki segantang...

pemikiran orang melayu ialah apa yang diusahakan bukan untuk dirinya... tetapi untuk keturunannya... nanti adalah tanah yang boleh diwariskan kepada anak pinaknya bila dia mati.....

dari tiada kepada ada... dari sedikit kepada banyak... susah bro nak balas budi... (mentaliti orang melayu)... kerajaan bagi mereka ialah dacing.... duit dacing bagi, tanah dacing bagi.. yang bulan, roket dan lain2 tu hanya parti pilihanraya... (mentaliti org melayu)...

jadi... walau pon sekarang ini (sebenarnya dari dulu lagi) banyak lagi masalah peneroka belum diselesaikan, tidaklah berani mereka nak tolak dacing... kerana bagi mereka, nanti mereka akan dituduh tidak mengenang budi, penderhaka, pemecahbelah bangsa...

mujurlah ada sebahagian generasi felda yang baru yang sedar tentang apa yang berlaku... yang tahu rencam politik, yang tahu apa sebeanarnya kerajaan itu, yang celik politik... mereka inilah yang sepatutnya meruntuhkan tembok2 yang mengurung peneroka, yang memecahkan tempurung2 yang menyerkup peneroka.. yang memimpin waris mereka melihat dunia luar dengan mata mereka sendiri... yang menanamkan kefahaman... apa itu kerajaan, fungsinya, dan tanggungjawabnya kepada waris2 mereka difelda...

tugas ini jangan dirampas oleh pencacai2 yang gelembong poketnya... yang kononnya sama menagis tapi ketawa bila balik ke ofis...

gua tak salahkan seratus peratus peneroka2 tu bro...

ISA Thursday, July 22, 2010 6:35:00 PM  

Edyes,

Kalau lu rajin boleh apa... tak mustahil bro...

ISA Thursday, July 22, 2010 6:36:00 PM  

Lang,

Panjang sangat arrr.. karangan lu..

Gua setuju jelah...

mahaza Thursday, July 22, 2010 6:49:00 PM  

kebanyakan perkampungan(?) Felda terletak di kawasan tinggi jadi pressure air slow tu kira takleh dielakkan lah masalah graviti. Macam rumah mak aku kat ampang nun.... bila kes air kena catu dulu, dorang dahkena sebelum announcement lagi sebab pressure air tak cukup - tu kat Ampang tu weh, bukan kat ceruk nun....

ISA Thursday, July 22, 2010 6:54:00 PM  

mahaza,

sebagai sebuah negara maju yang lengkap dengan segala infrastrutur, itu semua bukan alasan.

keraaa...jaan harus menanggani semua perkara itu untuk kepentingan rakyat.

Air/eletrik itu keperluan ASAS bro...

Unknown Thursday, July 22, 2010 9:48:00 PM  

gua tak pasti kat felda ni biasanya dapat dapat bekalan air mcm bandar juga kah? maksud gua bekalan air dr JBA. kalau takde adakah mereka dapat air telaga spt kawasan2 pedalaman? kalau air telaga pun felda tak boleh bagi itu memg melampau le.

Anonymous,  Tuesday, August 03, 2010 1:30:00 PM  

ok2 ada story yg bru gua dpt pasal ank syrikat yg dilantik oleh felda kwsan tanam semula ni..felda technoplant..mmber gua ada keje kt sana skrg ni felda technoplant atau ftp ..dia ade ler story mory kt gua yg klu nak makan duit peneroka yg tua2 ni sllu bole dpt..mmber gua keje gan ftp ni dah 3 tahun lebih sbgai pgawai ldg kt wilyh kuntan..xpi gua tgok dia loded jer semacam..jap2 tukar sport rim...tukar keta lain la..gua tanya dia lu ada side income ker..so dia bgitaw ler kt gua..yg dia sbulan paling krang Rm2000 didapt xsentuh duit gaji..bab gaji bru bape siap tolak pinjam..mmber gua bgitaw setiap bulan diorg ada mintk duit gan pejbt wilyah diorg utk buat kontrak ldg..jadi kt sini ler diorg buat kontrak..mcm2 ler kontrak pasang pagar la korek parit ler buat jln la..mcm2 ler kontrak ldg..xpi kna guna borang Kontrak Spk ataw Sijil penyerahan kontrak..so mmber gua pun buat ler kontrak bkn2..gua tya ketua blok xtaw ker kontrak2 ni..mmber gua ckap ketua blok pun diorg just suruh sain penama kotrak 2..ada komisen ler..member gua pnh dapat sebulan sapai rm5000..per gua ckap gua keje pun blun pnh dpt mcm 2...yg penting org2 yg jaga kontrak kt pjbt wilyh 2 ada masuk cukup..bab 2 ler gua tgok mmber gua loaded smacam jer jap tukar keta..mlm mggu lpk main keta kt banda kuntan 2...gua tumpg jer enjoin.....gua sllu lpk rumah dia tgok mcm2 dia ada dlm rumh 2..mmber gua story kt gua lu tgok jer pgawai2 felda mcm bodo jer..diorg saje buat bodo takut hal ni jer..bab 2 kena buat bodo..mmber gua bgitaw kt sini tak putus duit ada jer kontrak2 support bagi kt pegawai2 ni..bab nnti bole bgi kontrak atas angin xyah buat kontrak sain jer cukup bulan ambik cek kt opis diorg..kbyakan pegawai felda yg kt pejbt2 besar lagi masuk byk..gaji diorg xsentuh ler..keta pun macam2 lu tgok..diorg klu nk pegi mana2 xklur pun duit poket...bab 2 gaji diorg npk kecik xpi disebaliknya lbih besar...gua ada tya mmber gua klu nk join keje gan felda dickp join masuk felda tnm semula..bab bole buat duit...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP