IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Masih Tak Habis2 Lagi Dengan Kisah Artis dan Peterporn...!!!!

>> Friday, July 16, 2010

Gua hairan la... akhbar dan internet tak habis2 dok siarkan cerita tentang video manusia binatang peterporn dengan 2 ekor betina dari Indonesia tu....

Apa faedahnya kepada umat manusia yang lain pun gua tak tau, apa yang hebat sangat dengan cerita kemungkaran dosa malaun2 tu pun gua tak tahu. Makin mengalakan orang buat maksiat lagi ada la... memperlihatkan kebebasan seks bebas... patutlah minda melayu2 yang suka sangat pada hiburan semakin sempit, kerana terikut2 dengan perangai artis idola diorang.

Bagi gua... artis2 ni semua tak mendatangkan manfaat kepada masyarakat... bawa bala dan dosa ada la..., dan gua akui tidak semua artis sebegitu... tetapi majoritinya memang hancus..., samada artis jantan mahupun betina terutamanya artis generasi baru sekarang ini... tergedik2  terlebih kebaratan dengan pakaian, rambut warna warni mengalahkan artis barat, benang baju tak pernahnya cukup... kalau boleh nak bogel macam artis barat. Macam sial haramjadah jer perangai sekor2, merosakkan akhlak dan minda anak remaja zaman kini.

Kononnya dengan populariti yang ada, diorang boleh buat apa saja... tak kenal halal haram, sosial mengalahkan mat saleh.

Kalau dalam bab artis kahwin pulak... masa bertunang dan nak bernikah... perghhh punyalah meriah... lepas tu kahwin tak sampai beberapa tahun bercerai berai..., lu orang tolong senaraikan dan bagitau berapa ramai artis yang dah berkahwin... oopppsss... artis berkahwin ni selalu beb... maksud gua yang dah bernikah secara sah yang kekal sampai hari ni....??? Tak ramai beb....

Inikah jenis golongan yang nak dijadikan contoh dan di angkat menjadi idola.... woooiiii jangan jadi manusia bangang la... nak mengagung-agungkan penghuni neraka tu semua... selagi diorang tak bertaubat dan kembali menjadi manusia yang menunjukkan ciri2 orang yang berpegang pada agama.

Kalau bab pergi haji atau umrah... perghhh... baik punya cerita yang di war-warkan... bila balik ke Malaysia... perangai sama jer.... macam sebelum pergi ke tanah suci, malahan ada yang lebih teruk dari sebelumnya. Kalau dah pergi haji atau umrah dengan menutup aurat sepenuhnya... balik pun kekalkan lah sebegitu... ini tidak... boleh pulak berdalih itu ini... rambut masih terjojol, dan sebab itulah ianya menjadi salah satu punca pembentukan akidah Islam menjadi celaru di Malaysia nih.. akibat pembawakan cara Islam songsang para artis2 ini yang menjadi idola dan ikutan oleh peminat mereka dan juga masyarakat.

Dah tu pulak... mak bapak pun ramai yang jenis suka bangat kalau anak2 diorang jadi artis.. tak pun yang bakal menjadi artis dengan menyertai rancangan realiti show..., malahan siap galakkan anak2 sertai rancangan realiti show macam bintang kecil dan pelbagai lagi... itu mak bapak jenis bangang dan bodoh...

Buat akhbar2 di Malaysia dan bloggers atau member2 FB, MySpace dan ntah apa kejadah lagi... sudah2 la... dok bercerita dan siarkan berita makhluk artis jenis penjahanam dan perosak bangsa dan agama tu.... takda faedah pun. Terutama sekali kisah sundal peterporn dengan bini orang dari Indonesia tu... cerita haramjadah macam tu... pun nak di siarkan sampai berminggu2 dan berbulan2... bodoh...!!!!

Islam tidak pernah melarang untuk berhibur tetapi ada had batasan dan sempadannya. Ini tidak... hanya guna nama melayu dan ada juga nama yang mak bapak bagi dah elok sangat dah, nak nama glamour punya pasal ditukarnya nama yang ada iras2 nama mat saleh tapi mengaku beragama islam... bila tengok penampilan dan perangai orang kapiaq pun tabik spring kat diorang... memang sial...

Yang Kera...jaan pulak lagi punya besar kesialannya..., akhbar yang mendedahkan cerita yang kena batang hidung pemimpin macam2 hal di buatnya, kononnya memberi kesan buruk kepada rakyat. Bila majalah dan akhbar hiburan siarkan gambar artis pakai baju tak cukup benang, dedah sana sini... tak nak pulak diorang sekat dan halang.

Sedangkan majalah dan akhbar hiburan tersebutlah menjadi penyumbang besar kepada segala masalah sosial dan keruntuhan akhlak remaja zaman ini. Sehinggakan Sharizat keluarkan kenyataan sanggup mengutip anak2 luar nikah yang di buang merata2. Apa bodoh punya Keraaaaa....jaan yang dalam masa yang sama menghancurkan masa depan anak2 melayu, lepas tu tuding jari kononnya mak bapak yang salah tak tahu mendidik anak2.

So... gua minta maaf jelah.. kepada sesiapa yang terasa..., sebabnya gua dah naik menyampah dengan kisah2 artis zaman sekarang dan paling menyampah dengan penyiaranan kisah artis bangsat dari Indonesia tu... sebab ianya tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat, baik dunia mahupun akhirat.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP