IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mari Belajar - Fungsi Kapal Selam.

>> Thursday, July 15, 2010


Fungsi Kapal Selam.

Bergerak di bawah permukaan air, kenderaan yang dikenali sebagai kapal selam biasanya digunakan untuk tujuan ketenteraan atau kajian yang melibatkan aktiviti sains laut.

Boleh dkatakan banyak negara yang mempunyai angkatan tentera laut pasti akan menggunakan perkhidmatan kapal selam dalam operasi ketenteraan mereka.

Rekaan kapal selam yang berbentuk cerut mengambil idea daripada badan ikan paus. Ia berfungsi mengurangkan geseran air dan badan kapal selam untuk membenarkannya bergerak dengan lebih pantas.

Kapal selam moden yang mempunyai sokongan kuasa reaktor nuklear membolehkannya kekal berada di bawah permukaan air hampir sepenuh masa dan timbul hanya apabila diperlukan.

Menara pada bahagian atas kapal selam dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti periskop dan layar elektronik termasuk radio, radar dan pelbagai sistem sokongan lain.

Kapal selam moden menggunakan teknologi pemanduan terbantu menerusi sokongan alat sistem penentu kedudukan global.

Pengendalian kenderaan tersebut biasanya mengaplikasikan sistem radio secara senyap untuk mengelakkannya daripada dikesan ketika bergerak.

Sudah faham semua?

Sekarang tiba masa menjawab soalan. (Masa di berikan 2 minit suku, di larang meniru)

1- Apakah nama kapal selam yang tidak boleh menyelam?

2- Negara manakah yang memiliki kapal jenis tidak boleh menyelam?

3- Siapakah yang membuat keputusan beli kapal selam itu?

4- Kenapakah dia beli kapal selam itu?

5- Untungkah negara yang memiliki kapal selam itu?

Dua Soalan Cepumas: (Wajib - Masa 30 saat di berikan untuk selesaikan jawapan.)

1- Apakah kaitan bahan letupan C4 dengan pembelian kapal selam itu?

2- Dalam banyak-banyak BIJIK, bijik apakah yang paling sedap?

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, July 15, 2010 3:42:00 PM  

bijik yg paling sedap bijik koci ...kah...kah..kah...

hj jamaludin,  Thursday, July 15, 2010 4:24:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Gua MENGIGIL untuk menjawab bro. Kenapa ekkkk?
Bro soalan cepumas No2 , nanti gua tanya Janda Limah!

lizay_73 Thursday, July 15, 2010 4:27:00 PM  

haaaha.ha.ha.ha bule buat soalan SPM nih
"mencabar" minda sungguh

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP