IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mampus umno, Pulih la imej PRDM.

>> Sunday, July 04, 2010

Pagi tadi gua hadir ke majlis pengkebumian emak seorang kawan, takziah kepada beliau dan keluarganya.

Dalam ramai2 kawan tu... adalah sorang kawan ni... seorang anggota polis beb.., so bertanya khabarlah sesama kami dan kawan2 yang lain..., selesai urusan di perkuburan maka kami berpakat nak minum2 kat mana2 gerai/restoran terdekat kerana masih ada yang belum bersarapan dan maklumlah sekali-sekala dapat berkumpul ramai macam tu... (ini semua member2 rapat beb...jenis kepala tak betul punya...)

So.. berceritalah hal masing sambil gelak ketawa, termasuklah member polis nih..., yang menceritakan kisahnya yang dah lima tahun berkhidmat di selatan tanahair, mohon pertukaran ke Selangor/Kuala Lumpur kerana anak bini semuanya di sini, permohonan beliau selalu kena reject kerana kabel tak kuat... sedangkan yang baru berkhidmat 3 tahun dengan kabel besar boleh pulak...

Ada member... yang cadangkan supaya minta jer... tukar ke Pasukan Polis Hutan, member polis ni kata lagilah boring melepak kat Polis Hutan... diorang semua bukannya ada kerja pun... sekarang ni bukannya zaman komunis... askar pun dah berlambak jaga dalam hutan tu... bukannya nak berperang pun. Sekarang ni kerja anggota polis hutan kat dalam hutan tu cuma makan tidor kena ganja melepak buang masa... tak mencabar lansung... ha..ha..ha.. (itu cerita dia lah... betul tak betul... ada gua kisah...)

Cuma persoalannya ialah..., masalah birokrasi dalam perpindahan anggota, banyaknya anggota polis hutan hingga sampai boring melepak dalam hutan (apakah tugas tentera pula dalam menjaga keselamatan negara?), Kes jenayah makin meningkat tetapi di katakan polis masih kekurangan anggota untuk membenteras jenayah dan macam2 lagilah....

Dan lagi kalau nak baca pasal Polis nih... klik kat sini. Lagi macam hampeh gua cakap lu.... pada gua PRDM ni macam lubuk buat duit pulak... ha..ha..ha... Mampus umno, Pulih la... imej PRDM.

2 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Sunday, July 04, 2010 4:21:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Dato' Soh Chin Aun & Santotk Singh berkata mereka hanya main bolasepak untuk mengharumi nama Negara di mata Dunia. Semangat jitu mereka menjadi lagenda dan idola tanahair. Mereka berdua membuktikan yg mereka bukan pandang Duit atau Fulus ,tapi menaikkan nama Malaysia di mata Dunia. Tapi Bro ISA , Puak PDRM ni lain macam sikit semangat kerja mereka. Puak PDRM kerja untuk UMNOBNAPCO ooooop sori silap taip, PDRM kerja untuk kerajaan 1 Malaysia .Jadi mereka hanya bekerja dan akur janji taat setia dengan majikan mereka iaitu Kerajaan Malaysia Pemimpin Barisan Nasional .So dah tiba masanya Puak PDRM tukar lambang kemegahan mereka dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Polis Barisan Nasional Malaysia (PBNM).Sepatutnya PDRM tidak terikat akur setia dgn majikan mereka dan tidak amal pilih kasih dalam sesuatu hal baik dari PM sehinggalah rakyat biasa . Salah tetap salah tak kira pangkat mahupun darjat atau pun kedudukan dalam kerajaan 1 Malaysia . Patut dah tiba masanya PDRM diletak dibawah kuasaan Parlimen bukan Kerajaan Malaysia Pepimpinan Barisan Nasional.Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada pasukan PDRM mahupun keluarga PDRM.InsyakAllah.

ISA Sunday, July 04, 2010 4:49:00 PM  

hj jamaludin,

Parlimen siapa punya...?

Speaker Dewan Parlimen... siapa punya gang...?

Jawapan paling tepat hapuskan umno/bnapco terlebih dulu... baru aman Malaysia.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP