IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Makan Kenduri Dan Cawan Dunia - Andalusia Menang...

>> Sunday, July 11, 2010

Hari ni... gua memang lembik habis... (badan gua haaa.... bukan yang lain noooo...) nasib baik posting petang tadi dah schedule auto publish dan yang malam punya pula copypaste jer.... padahal banyak yang gua nak belasah... terutamanya pasal perkasa katak, india dan cina... apa pun gua nak menyelit juga kat sini.... "Biarkan diorang berantakan dan cepat sikit jahanam Barisan Nasional" pi mampuih cepat sikit.... ha..ha..ha..... Aman Sejahtera Malaysia. Amiiiinnnnnnn.........

Hari ini memenuhi 3 jemputan kenduri, majlis kenduri tahlil dan sempena sambut kedatangan Ramadhan oleh sahabat maya gua iaitu Blogger Pak Oncu dan 2 kenduri walimatulurus..., satu di Ampang dan satu lagi di kawasan kejiranan gua.

Aturan perjalanan: 9.30 pagi dari rumah terus henjut ke Rembau dengan pemanduan penuh berhati2 sebab tak nak bagi duit free pada Kera...jaan, menuju tepat ke sasaran iaitu rumah Pak Oncu bersama dengan isteri gua.

Gua sukakan suasana perkampungannya... sejuk dan berdekatan dengan bukit... perghhh aman dan damai. Jemputan boleh tahan juga ramainya, biasa la... nama pun kenduri kan... so part yang gua paling best... ialah part makan... ha..ha..ha... lauk pauk masakan kampung dengan masakan popular N9, tak perlu gua jelaskan hehehe ... meleleh air liur gua cakap lu...

Masak lomak cili api..... apatah lagi di masak dengan rebung... pergghhh.... kena pulak petai goreng ikan bilis dengan keli goreng bercili (bukan ikan keli pasar, tapi ikan keli bela oleh Pak Oncu) ... masyalllah wa cakap lu.... menyesal gua tak tambah sebab menjaga kemaluan dan adab tetamu... kih..kih..kih.... (secara ikhlas.. sebabnya orang ramai... kalau antara gua dengan Pak Oncu dengan sorang dua ahli keluarga dia jer... memang gua sebat... peduli apa gua... Pingat PJK gua letak tepi dulu...).

Walau apa pun gua ucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Oncu dan seluruh ahli keluarganya kerana sudi melayan gua dan isteri di majlis kenduri hari ini. Semoga di murahkan rezeki dan sejahtera sekeluarga.

Pukul 1.30 tengahari gua dan isteri mohon diri dan terus menuju ke Ampang dan seterusnya balik bagi memenuhi jemputan di kejiranan gua pula... hampir pukul 4.00 petang sampai ke rumah kenduri yang terakhir ini. Lepas tu balik rumah la... tak reti2 lagi... hehehe....

Selepas Asar... tidur sekejap charge bateri (simpanan) stok tahan mengantuk nak layan final Cawan Dunia - Belanda lawan Sepanyol (2 - 1)

Gua sokong Andalusia... pasti menang (2-1).... VinSetan bagitau gua pukul 9.00pm tadi.... dia kata Belanda tu penjajah tanah melayu dulu... siapa sokong Belanda adalah pengkhianat negara... kerana tidak menghormati perjuangan tok nenek moyang dahulu kala... ha..ha..ha....

4 IkutSukaLu...::

Lang Monday, July 12, 2010 2:21:00 AM  

salam bro...

apa la lu.. cerita makanan kegemaran gua... semua lauk pauk tu pilihan utama gua... kalau gua jumpe... sudah pasti mentua lalu pon wa tak perasan.. meleleh air lior awal2 pagi ni... mane nak dicari jam 2:15 pagi nih.. aduih....

gua tak sokong dua2 pasukan tu... sbb dua2 tu bekas penakluk dunia... hahahaha... emo sgt tuh... wa sokong refree sebab kesian kat dia... satu2nya orang yg berlari kesana kesini tapi takde orang nak pasing bola kat die.. hahahaha..

walau bagaiman pon vinsetan kena belanja paul ngan mani (sotong dan burung) sebab paul pilih espana, mani pilih dutchland, apa lagi betting football naik mencanak... senyum jek vinsetan...

apa idaknye... kalau yang halal tak dpat lesen.. yg haram jalan jugak... masyuuk jugak... sekali dah jadi tokeh judi... sampai bila2 cari jalan nak kasi jadi judi tu...

go refree go...

hj jamaludin,  Monday, July 12, 2010 2:31:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Pasukan gua da dapat tempat ketiga , so gua da boleh rilek habis.
Tempat pertama:- gua pilih Janda Limah
Tempat kedua :- Gua pilih Raja Petra Kamaruddin
Tempat 7 kaki dalam :- Gua pilih Lanun Somali .

ISA Monday, July 12, 2010 3:24:00 AM  

Lang,

Salam kembali bro.., he..he..he... lu pergi cari di R&R Seremban hala selatan... tengah malam pun ada jual bro...

Gua ulang bro.. masak lomak cili padi keli salai bro...

biar bertambah meleleh air liur lu...

ISA Monday, July 12, 2010 3:25:00 AM  

hj jamaludin,

gua suka tempat 7 kaki dalam tu... sampai hati lu... lu tak kesian ke.. kat pirate tu...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP