IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lu memang berani bro...

>> Sunday, July 11, 2010

Lu memang berani bro.... dedahkan dan heret kesemua bangsat2 perosak negara nih... ke muka pengadilan dan dedahkan segala kerja kotor diorang selama ini...

Raja Petra Kamarudin

Bukan senang untuk mengekstradisi seseorang dari UK, sekalipun orang itu ialah seorang pengganas dan merbahaya kepada masyarakat dan menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara. Dan saya hanya seorang Blogger cute yang tidak bersalah dan tidak membahayakan sesiapa yang melindungi pemimpin-pemimpin yang rosak dan ahli-ahli politik yang menguasai koridor-koridor kuasa yang menyalahgunakan kuasa dan hak mereka.

Jadi, adakah anda fikir anda boleh mengekstradisi saya dari UK? Baiklah, kenapa tidak cuba?

Masalahnya ialah, puak-puak Umno ini fikir bahawa mereka di atas undang-undang dan mereka boleh menunaikan kehendak mereka kepada sesiapa yang mereka hajati tanpa menghiraukan undang-undang. Ketika saya katakan dalam ucapan saya bulan lepas: datang dan dapatkan saya di sini di UK. Di UK kami mempunyai perlawanan yang seimbang. Anda tidak boleh mengalihkan tiang gol ketika dalam permainan seperti anda lakukan di Malaysia.

Sekarang mereka tidak boleh dapatkan saya mereka cuba untuk mengugut dan menakutkan rakan-rakan saya. Mereka harap dengan menakutkan mereka yang masih berhubung dengan saya mereka boleh mengasingkan saya. Dan dalam keadaan saya bergantung kepada bantuan kewangan daripada mereka maka saya kini boleh diramas.

Mereka juga mencuba untuk mengugut peguam. Mereka mahu Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat peguam-peguam untuk melihat dari mana wang mereka datang dan sama ada mereka telah mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai. Mungkin mereka fikir kerana itu satu-satunya cara kerajaan AS menangkap Al Capone iaitu melalui pengelakkan cukai dan kemudiannya mereka mencuba kaedah ini pada peguam-peguam dan lihat apa yang akan terjadi.

Hei, tidak perlu siasat peguam. Peguam-peguam ini tidak membayar segala perbelanjaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London. Saya, bersama dengan Deepak Jaikishan yang telah memberi Bala RM750,000 sehingga kini.

Malah, saya membayar perbelanjaan Bala secara tunai bukan sahaja di depan semua peguam tetapi juga beberapa saksi lain. Saya hanya mahu ia dicatatkan yang Raja Petra Kamarudin membayar untuk perjalanan Bala ke London dan Paris -- jadi tidak perlu untuk mengacau orang lain.

Bagaimanapun, jika ada orang lain membiayai Bala dan / atau saya, so what? Itu bukan satu jenayah. Sekalipun mereka bertemu saya (dan / atau Bala) berada di London ini, ia juga bukan satu jenayah. Apa yang saya dengar? Saya Blogger fugitif?

Hello, bila saya pernah dituduh atas sebarang jenayah? Tidak ada apa-apa pun dakwaan ke atas saya. Saya telah dibebaskan bukannya diberi pelepasan lah, brader!

Polis turut berkata mahkamah telah mengeluarkan dua waran tangkap terhadap saya. Untuk jenayah apa? Apa tuduhan-tuduhannya? Mereka juga berkata mereka pernah meminta Interpol mencari saya. Satu usaha memburu telah dilancarkan, kata mereka. Yakah?

Jadi, saya telah bercakap dengan Interpol dan mereka mengatakan: itu tidak betul. Dan jika anda memerlukan pengesahan anda boleh pergi di sini:http://www.interpol.int/Public/Wanted/Search/Form.asp.

Satu semakan dengan Scotland Yard turut mendidedahkan perkara sama. Jadi usaha memburu apa? Waran tangkap apa? Blogger fugitif apa yang mereka cakap? Jadi mengapa ia menjadi kesalahan, untuk sesiapa untuk menemui saya di UK ini? Dan apa kesalahannya sekalipun mereka memberi saya wang?

Sekarang, Bukit Aman telah menggodam e-mel saya dan memuat turun semua surat-menyurat saya dan sedang menggunakan itu untuk menangkap saya. Adakah itu bukan satu jenayah? Dokumen-dokumen yang dikatakan oleh MP Zahrain Hashim telah serahkan kepada pihak berkuasa, ialah sebenarnya butiran e-mel saya yanh telah mereka ceroboh masuk. Mereka kemudian mengubah e-mel tersebut untuk membuktikan sesetengah orang telah memberi saya wang.

Pertama, menggodam e-mel saya ialah satu jenayah. Kedua, memalsukan e-mel saya untuk membuat bukti terhadap saya satu jenayah. Jadi siapa penjenayah di sini? Saya, atau Zahrain dan pembantu-pembantunya di Bukit Aman?

Dan apa sebenarnya Zahrain lakukan dengan berpakat dengan Bukit Aman? Mereka memberinya kandungan e-mel saya yang telah dipalsukan. Kemudian dia memberikan kembali dokumen-dokumen itu kepada polis dengan cara seolah-olah dia terjumpa secara kebetulan dan menyerahkannya kepada polis sebagai bukti.

Main wayang. Kerja budak sekolah.

Pastinya, cetak e-mel saya. Gunakan itu sebagai bukti terhadap saya. Kemudian jelaskan bagaimana anda berjaya menggodam e-mel saya untuk mendapatkan ini apa yang dipanggil bukti. Ingat apa yang telah terjadi kepada Presiden Nixon dan pasukan pecah-masuk Watergate? Pancarkan kandungan e-mel saya dan biar kita melihat Googlegate meletup. Saya akan memfailkan satu aduan rasmi kepada Google yang kerajaan Malaysia menggodam e-mel saya dan telah secara terbuka mengakui melakukannya.

Mari Zahrain. Ceriakan hari saya. Dedahkan semua dokumen-dokumen yang anda miliki -- kandungan e-mel saya yang diubahsuai. Saya juga menunggu untuk memalukan anda dengan beberapa perkara peribadi anda di UK ini. Oh, dan ya, saya juga memantau pergerakan-pergerakan anda semasa berada di sini. Dan saya mempunyai sedikit kejutan menanti anda.

Orang yang hidup dalam glasshouses tidak harus melemparkan batu, kawab. Ingat Kevin Morais, pendakwa SPRM yang berusaha untuk mengenakan peguam Rosli Dahlan? Dan ingat kami jejakinya hinggalah ke rumah kekasih gaynya di sini di UK? Untuk makluman, Kevin ialah 'wanita' dalam perhubungan ini.

Jadi tiada siapa yang selamat, kawan. Anda terlalu mempunyai banyak najis. Dan kami juga telah menjejak najis anda, sehinggalah kepada anak lelaki anda yang sedang mengambil kelas-kelas penerbangan di sini di UK.

Jadi anda melihat, jangan cuba korek rahsia tentang mana orang lain dapat duit. Bila kami korek di mana anda mendapatkan wang anda, dan bagaimana anda mampu untuk menjalani gaya hidup anda yang sangat mahal, kemudian anda pulak susah nanti.

Khairy Jamaluddin hendak memulakan perang terhadap saya juga? Baik, bring it on, brader. Anda mahu mendedahkan jenayah -- biarkan kami dedahkan satu jenayah. Adakah anda hendak tahu apakah dia jenayah yang sebenar? Jenayah yang sebenar adalah menjual komponen nuklear untuk negara-negara penyangak seperti Libya.

Satu lagi perkataan keluar dari mulut Khairy dan najis ini akan terbongkar. Saya akan terbitkan ia di sini dalam Malaysia Today bukti-bukti ahli keluarganya terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengganas. Ini akan menjadi dokumen-dokumen Kementerian Dalam Negeri yang bertanda RAHSIA. Kemudian kita lihat siapa yang akan diekstradisi. Amerika Syarikat mungkin akan jadi memfailkan kertas kerja mengekstradisi terhadap keluarga Abdullah Ahmad Badawi daripada Malaysia memfailkan kertas kerja mengekstradisi terhadap RPK.

Nak lawan, mari kita lawan. Lawan tetap lawan. Lawan sampai tumbang. Berani tak? Baruah!

Terjemahan artikel : Sekarang faham, tak?

19 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Sunday, July 11, 2010 9:33:00 PM  

hebat hebat,,,,,, koyak rabak bai !!!

CodeNameSomaliPirate Sunday, July 11, 2010 9:58:00 PM  

Salam Bro

Raja Petra kata : "Jenayah yang sebenar adalah menjual komponen nuklear untuk negara-negara penyangak seperti Libya."

kenapa RPK sebut libya saja, kenapa tak sebut negara lain seperti Iran, Jordan, Somalia, Hisbullah Labenor, Hamas Palestin. (itukan semua negara Islam @ penyangak ikut pandangan RPK)

Hishamudin cakap berlapik kerana Interpol tak beri kerjasama. Itu alasan selapis, tapi alasan berlapisnya ialah RPK mungkin di lindungi oleh CIA dan barangkali Mossad juga (Tahuke mossad tu ape?) MI6 atau spesis yang sama dengannya. RPK akan puas hati kalau semua ini berlaku kerana $$$$ adalah tuhan baginya!

RPK tentu rasa puas hati apabila berjaya meletakkan Malaysia under sanction dengan alasan menyokong keganasan. Bila Malaysia di bawah sanction atau lebih teruk lagi diserang oleh Amerika dan puak-puaknya yang susah bukan setakat orang UMNO saja tetapi semua rakyat termasuklah PAS ke PKR ke.

Ibrarat tsunami melanda Aceh, yang jadi mangsa bukannya orang jahil saja.. ulama pun lemas juga. Itu dipanggil collateral damage!

Jangan kita harap orang Cina dan keling akan mempertahankan tanah air kita ini. Mereka senang-senang boleh migrate pergi australia ke kanada ke, NZ ke. Kita orang Melayulah yang akan mempertahankan tanah air ini, bukan orang PAS bukan orang UMNO tetapi orang MELAYU!

Wa ada banyak maklumat lagi kalau bro mahu bincang secara waras. Jangan ikut sangat pendapat haji jamaludin yang setengah masak tu..

ISA Sunday, July 11, 2010 10:01:00 PM  

Pak Oncu,

Memang hebat... kita tengok jelah sejauh mana kehebatannya... ha..ha..ha...

ISA Sunday, July 11, 2010 10:06:00 PM  

Somali Pirate,

Gua tau kisah Scomi dulu, bukannya perkara biasa. Panggilan Obama/Najib pun bukan perkara biasa.

Apa yang RPK perkatakan pun bukannya perkara biasa.

Semuanya satu game yang besar. Cuba ambil contoh soalan cabaran RPK kepada Kerajaan M'sia.

"Buktikan apa jenayah yang beliau lakukan..???"

p/s: lu boleh email gua di zergdukes@gmail.com

CodeNameSomaliPirate Sunday, July 11, 2010 10:15:00 PM  

Bro ISA

Pemimpin (Umara') tak perlu menceritakan apa kesalahan individu tertentu kalau alasannya untuk melindungi kepentingan atau maslahah umum @ rakyat.

Pernahkan tuan dengan kisah Khalifah Umar membuang negeri/ daerah kepada seorang pemuda kacak yang tidak berdosa setelah khalifah membotakkannya?

Mungkin haji jamaluddin tahu ceritanya atau boleh saya ceritakan kemudian

Boleh emailkan ke saya juga : codenamesomalipirate@gmail.com

CodeNameSomaliPirate Sunday, July 11, 2010 10:16:00 PM  

Tentang hal scomi tu wa pun meluat juga dengan depa tu

Anonymous,  Sunday, July 11, 2010 10:32:00 PM  

CodeNameSomaliPirate,
lu kalo brani lu pegi emel RPK laa..amacam?jgn ckp je lebey,xpyh nk petik2 hadis ke pe ke...kalo brani pegi emel RPK,ko copy,then letak kat sini...amacam,skarang faham?hahahaha

torresisme@yahoo.com

Abang Chot,  Sunday, July 11, 2010 10:58:00 PM  

Anak jantan....

ISA Sunday, July 11, 2010 11:05:00 PM  

Wow... link yang RPK bagi tu... dah tak boleh akses...

pantasnya....

hj jamaludin,  Sunday, July 11, 2010 11:35:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Yang gua manyak hairan ha ! Bayar sama itu Yahudi APCO sebanyak RM700+ juta. Dia orang tak boleh tolong sama tu PM 1 Malaysia tangkap etu RPK kat London ka?.
Malu la kalau RPK cabar dengan orang Melayu Perkasa, dan orang Melayu Perkasa( Najib/PDRM/Mahkamah/KJ/Zahrain/Bik Mama/SPRM) hanya berani berkokok kat Malaysia sahaja.
Serupa etu Lanun somali hanya berani berkokok kat blogger orang. Hello Bro Lanun , lu kan lanun somali takkan lu hanya berani kat blogger Bro ISA je . lu pergi la godam atau ceroboh blogger Malaysia Today? Lu kan Lanun? Atau Lu hanya Lanun Copyright sahaja ka?

Unknown Sunday, July 11, 2010 11:41:00 PM  

piratesomali,

wa pun dengar apa cerita lu ada. bulih lu email sama gua kat paloi_1@yahoo.com. tapi wa mau kasi ingat awal2 jgn lu cuba brainwash wa macam si parpu kari huahuahua. ada ka dia cuba sakap mahathir buat cerita tun salleh abbas kena pecat sbb agong yg baru2 ni sudah almarhum tu marah sbb tun salleh complaint rumah(istana?) agong bising masa buat renovation huhuhuhu.

bila wa tak nak pecaya si parpu maki2 gua. gua nak bagi tau gua follow kes tun salleh masa gua form 4 tahun 1988. dan kalau bulih jgn la bagi cerita yahudi-illuminati-anwar. gua suda baca dlm blog pencacai amno pasal benda tu. kalau bulih gua mau dengar cerita baru yg blog2 pro pakatan takdak cerita lagi.

Unknown Sunday, July 11, 2010 11:48:00 PM  

somalipirate,

gua nak komen sikit pasal kata2 lu...jgn harap org2 cina dan india akan mempertahankan negara. hehehehe lu belajar sejarah sampai form berapa? kalau kat sekolah tak abis belajar lu boleh beli buku2 di kedai. gua mau rekomen satu buku yg ditulis oleh bekas ketua polis perak pada hujung tahun 70an. gua lupa nama dia. nak refer pun buku tu pakcik gua dah pinjam belum pulang.

gua cadangkan kan kat lu baca buku tu. then lu fikir kenapa sekarang ramai org cina dan india tak minat join polis sama army. juga perah kepala otak lu sbb apa mereka ini tak minat join civil service. kalau lu ada rajin sikit cuba tenung2kan kenapa mereka ini juga semakin kurang menyertai sukan2 yg mengharumkan nama negara seperti tahun2 60-80an?

kalau lu sudah ada jawapan lu email kat gua... paloi_1@yahoo.com

merbok,  Monday, July 12, 2010 12:00:00 AM  

HA HA HA terbukti sudah SPRM, POLIS, MENTERI, KDN SEMUA BACUL!!! SEMUA JAGUH KAMPUNG!!

CodeNameSomaliPirate Monday, July 12, 2010 12:26:00 AM  

Kepada paloibinmulau dan para pengkritik lain,

Di hikayatkan dalam kisah seribu satu malam kisah seorang gembala kambing yang setiap hari tidak lain kerjanya mencaci dan mencerca raja di dalam negerinya

Dikatakan raja yang memerintah ini penipu, perasuah, kejam serta penindas rakyat. Tiap kali apabila ke kedai kopi atau warung tidak ada lain kecuali mencerca raja.

Sehinggalah pada suatu hari cercaan itu di dengar oleh raja sendiri yang kebetulan menyamar dan pergi kepasar - pasar untuk meninjau masalah rakyat.

Apabila pulang ke istana maka di titah oleh baginda untuk menangkap si gembala tersebut dan di bawa keistana. pesan raja, proses penangkapan gembala tersebut hendaklah di luar kesedarannya yaitu dengan membuatkan gembala itu tidak sedarkan diri.

Selepas gembala ditangkap dan di bawa keistana dalam keadaan tidak sedarkan diri gembala telah diletakkan diatas singgahsana dihadapan para menteri dan rakyat jelata.

apabila sigembala tersedar maka sangatlah terperanjat olehnya apabila para menteri dan rakyat melaungkan perkataan 'daulat tuanku' kepadanya. Puas dia menjelaskan dia bukanlah raja tetapi gembala tetapi rakyat tetap menyembahnya.

setelah puas menafikan akhirnya timbul di benak si gembala inilah peluang untuknya merasa seronok menjadi raja. Tambahan pula ada wanita cantik yang mengaku sebagai permaisurinya!.

Setelah agak lama berlalu, maka 'raja gembala' ini di hadapkan dengan sekian macam masalah pentadbiran negara. Setiap kali ada masalah berkaitan negara akan dielakkan dan diserahkan kepada para menteri untuk menyelesaikannya.

Tugas hariannya hanyalah untuk berseronok dengan permaisuri dan dayang-dayang, makan dan minum sekenyang-kenyangnya. Mengarahkan menteri mencari wanita-wanita cantik untuknya. menaikkan cukai dan menindas rakyat lebih teruk daripada raja yang sebenar.

Tiba masa untuk kebenaran. Raja sigembala ini telah di pengsankan dan kali ini di bawa semula ke desanya lalu dicampakkan didalam semak tempat kambing-kambingnya meragut rumput.

Apabila tersadar dia menjerit dan mendakwa dia adalah raja kepada kambing-kambing. apabila kambing tidak menjawap dia terus kepasar dan kedai makan tempat selalu pergi dan berkata kepada orang kampung dan pasar bahawa dia adalah raja di negeri ini. Tetapi orang -orang kampung telah mentertawakannya kerana dia adalah seorang gembala kambing sebenanrnya.

Sigembala berterusan mengatakan dia adalah raja dinegeri itu dan akhirnya berkelakuan seperti orang gila tanpa dipedulikan orang lagi sehinggalah ke akhir hayatnya.

Mesej kepada cerita ini? faham-fahamlah sendiri.

Cau... final world cup dah nak start!

Lang Monday, July 12, 2010 2:09:00 AM  

salam bro...

gua tak nak komen banyak..
kalau nak tau perasaan takut bila kena cekup... pi tanya kat tahanan reman...
pi tanya kat pendatang tanpa izin...
pi tanya kat pasangan bermadu kasih...

lepas tanya perasaan... tanya kalau ada peluang selamat diri... diorang selamatkan diri tak...
kalau kita tak pernah ditahan... apatah lagi tak pernah duduk dalam kurungan rumah batu tanpa tingkap, tanpa kipas, segala2nya tanpa apa2... jangan cakap banyak la...
ramai orang yg tak bersalah tetapi kena hukum... lebih2 lagi yg tak mampu bayar peguam...

ada orang bersangka2 mampu bertindak rasional... walhal bila terkena pada dirinya dia jadi sebaliknya... hanya dia dan tuhan saja yang tahu.

ISA Monday, July 12, 2010 2:13:00 AM  

Lang,

Gua ada pengalaman tu kena tangkap masa zaman brutal dulu2, tapi tak merengkok la...ha..ha..ha...

Cukup untuk membayangkan senario tersebut.. buat lu nak terberak, nangis semuanya cukup...

Tak rasa tak tau bro...

ISA Monday, July 12, 2010 2:21:00 AM  

Somali Pirate,

Cerita hikayat lu... dah basi... ini zaman fitnah cara moden, dulu sembang kedai kopi, setakat sembang tanpa bukti.

Sekarang sembang cyber dan berserta bukti..., kalau boleh nafikan berserta dengan bukti, buatlah... dan yakinkan rakyat... dengan cara yang telus. Bukannya pergunakan segala agensi/jabatan kera...jaan nak tutup berita yang di anggap fitnah itu.

Kisah budak gembala, gua akui sesiapa saja yang berada di tampok pemerintahan akan lupa daratan. Tetapi jangan sampai melampaui batas dan norma2 kemanusian.

Mengapa ramai pemimpin2 Islam zaman Rasulullah dan para sahabat boleh buat... dan menjadi contoh. Kenapa yang ada sekarang ini cakap tak serupa bikin... katanya pemimpin negara Islam kan...???

Lang Monday, July 12, 2010 2:30:00 AM  

bro...

kalau dah tau tak pe...
wa pon udah rase...
bagi yg belom rasa... dengor cerite org je la..

Unknown Monday, July 12, 2010 9:02:00 AM  

somalipirate,

huahuahua lu bawak cerita lu yg best sgt tu. kalau ada cerita bagus email gua paloi_1@yahoo.com. tak payah nak bawak cerita budak2. gua bukan budak sekolah lagi bro. kalau setakat akal mcm parpu tak payah nak tunjuk pandai. bawak2 le membaca. bukan setakat baca cerita2 hikayat. beli2 buku biografi kalau nak belajar sejarah.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP