IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

KM Melaka - Bengang Atau Bangang..???.

>> Monday, July 12, 2010

Dilaporkan Umno Cawangan Bukit Pulau mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi bagi membincangkan tentang ceramah Ketua Menteri di Bukit Pulau Sabtu lalu yang tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Ceramah Umno/BN yang dilangsungkan bersebelahan dengan ceramah PAS bagi tujuan mengganggu ceramah PAS tersebut hanya dihadiri oleh kira-kira 100 orang sahaja itupun di’import’ dari luar, sedangkan ceramah PAS dihadiri oleh 300 orang yang sebahagian besarnya penduduk setempat.

Sumber dalaman Umno memberitahu bahawa pimpinan Umno naik berang dengan keadaan itu yang membuktikan bahawa rakyat semakin meluat dan muak dengan Umno dan Ketua Menteri sendiri. Imej seorang yang bergelar Ketua Menteri sudah tentu tercabar kerana orang kampong Bukit Pulau sendiri tidak mahu keluar mendengar ceramah beliau.

Tamparan sudah tentu lebih hebat kerana Penolong Setiausaha Umno Bahagian Bukit Katil, Yunos Hitam juga berasal dari Bukit Pulau. Beliau sendiri nampaknya tidak dapat memujuk penduduk Bukit Pulau untuk keluar mendengar ceramah Ali Rustam.

Beberapa penduduk Kampung Bukit Pulau memberitahu bahawa penduduk kampong sudah muak dengan ucapan Ali Rustam yang jelas tidak mempunyai fakta dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat dalam isu-isu seperti banjir, Eye On Malaysia, Lapangan Terbang Batu Berendam,rasuah dan lain-lain.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Mohamad, jawapan yang diberikan oleh Ali Rustam pada ceramahnya malam itu benar-benar memperbodohkan rakyat umpamanya berkaitan dengan Eye On Malaysia, di mana Ali berkata kerajaan negeri dan rakyat tidak rugi apa-apa kerana ianya adalah projek swasta sedangkan rakyat tahu bahawa kerajaan negeri melalui KMB mempunyai kepentingan dalam syarikat usahasama itu.

“Janganlah cuba tipu rakyat kerana rakyat hari ini sudah cerdik dan mudah mendapat maklumat melalui internet dan media alternative” ujar Abdullah. - sumber

5 IkutSukaLu...::

king,  Monday, July 12, 2010 12:36:00 PM  

Itu ler masalah nye bila seorang yg bertaraf meter reader shj di lantik jadi KM.....kerana pandai bodek sana bodek sini...

Apa yg dia tau sgt .........???

Shalehudin Monday, July 12, 2010 1:36:00 PM  

Bengang atau bangang? Tu namanya Bengong bro...

hj jamaludin,  Monday, July 12, 2010 1:52:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Apa apa lu orang kutuk KM Melaka , KM Melaka tidak akan memberi kesan kepadanya pun . Sebab dia banyak duit . Kalau KM Melaka boleh beli perwakilan dalam persidang UMNOBNAPCO dan tak mustahil KM Melaka boleh beli hati orang orang Melayu Melaka.Orang Melayu kalau tak ada fulus boleh meracau macam orang gila . Tapi bila jolok fulus , lu bro akan dengar teriakkan orang Melayu Melaka "HIdup Ali Rustam , Hidup Ali Rustam Hidup Ketua Menteri Melaka .

CodeNameSomaliPirate Monday, July 12, 2010 2:01:00 PM  

Isa dan Paloi (Paloi - ko bangsa ape hah?)

Itula ko pandai kondem orang je. Kaji sejarah tak habis!. Belanda mana ada takluk Melaka mahupun Tanah Melayu. Belanda hanya takluk 'Kota Melaka' saja bro... agaknya dalam radius 5 kilometer dari Pelabuhan Melaka!. Tak sampai pun ke Ke Pahang ke, ke Perak ke, apatahlagi ke Kelantan.

Nak di kata Tanah Melayu ini (opps sorry, melayu liberal ala PIS tak suka sebut TM) pernah di jajah, memang benar tapi taklah 100%. Siam jajah Kelantan, Kedah, manakala Belanda dan potugis jsjah 'kota melaka', British jajah Perak,Pahang, Selangor, Penang dan Singapork.

Ko sokong Team Spain kerana tak jajah Tanah Melayu? Baca sejarah la bang, Spain telah kafirkan berjuta-juta rakyat Filipina kecuali gagal di kepuluan Midanao. Tiga bangsa i:e British, Belanda dan Spain sesama dia orang telah faraid bumi melayu nih!

Jangan jumud macam Hj Jamaludin!, seluruh asia tenggara adalah Nusantara Selayu beb!

Alamak... wa Somali mana boleh campur ini hal Melayu sebab perangai melayu suka hantam melayu. Tapi takpa , wa tolong jadikan blog lu popular beb...

Berani tulis berani terima kritik la. Thats all folks!

Lang Monday, July 12, 2010 4:14:00 PM  

salam bro...

km melaka ni tak la bangan atau bengang... lagi pon dia baru balik dr beijing tengok amoi2 sana... ingatan masih kat beijing...

org bukit pulau pun bukan marah kat km melaka ni... tp tu la... mereka terkilan km melaka tak bawak diorang ke beijing sekali... teringin jugak diorang ni tgk negeri orang...

sempena nama tempat mereka bukit pulau... mereka gunala perkataan pulau tu untuk kasi signal kat km melaka... tu pon kalau dia paham la.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP