IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kalau Isteri Mati Dulu Macam Mana...????

>> Thursday, July 22, 2010

Hari ini lastday gua kat Penang, gua dah checkout dari Park Royal Hotel tengahari tadi, sekarang ni gua di rumah Pak Menakan gua di Kulim, kena singgah beb.... sebab diorang dah tau gua ada di sini.., kalau tidak nanti akan jadi isu pulak.

Paham2 jelah... melayu.. adat, adab, budaya... ahhh.. macam2 lah songehnya. Dalam Islam pun di tuntut jugakkan yang muda melawat yang tua... terutama sekali saudara mara... takan nak tunggu Hari Raya baru nak melawat diorang kan...??? Jadi... gua ambik langkah yang terbaik sajalah....

Sambil melepak kosong kat Kulim ni... teringin jugak gua nak pi cari rumah Zulbabwe... teringin jugak gua nak pi langgar mamat tu.. tak pun sekeh kepala botak dia tu... pergghhh... dah alang2 sampai kat kawasan dia kan..., tapi tak boleh pulak... sebab gua pun tak tau rumah dia kat mana... Pak Menakan gua pulak belum balik kerja lagi..., so... terpaksa laaa... layan blog dan tengok email. Maka terjumpalah kisah ini...

Dan gua pun terkenangkan perbualan gua dengan pramugari gua tiga empat hari yang lepas... soal "MATI". Apa buang tabiat ke.. pramugari gua yang sorang nih... nanti gua cari pramugari lain baru dia tau...

Dia tanya pada gua, adakah gua takut mati..?

Gua katakan gua tak takut MATI sebab Mati itu adalah PASTI, dalam jarak sesaat saja boleh MATI. Apa yang gua takut ialah tak cukup amalan, bekalan dan menunaikan amanah yang sudah termeteri di alam Jabarut dahulu tidak tertunai sebelum MATI, mampus gua kena ganyang nanti... gua nak jumpa bidadari maaa... lu jangan jealous pulak nanti....

Lepas tu dia tanya lagi, kalau dia mati dulu macam mana... adakah gua akan kahwin lain (huhhh... soalan tricky orang pompuan...)

Gua ulang padanya, bahawa mati itu PASTI, dah jika Allah takdirkan dia MATI dulu, gua kena terima dengan redha... soal gua nak kahwin lain atau tidak tak menjadi isu maaa.... lu sudah mati... kalau gua nak kahwin lain pun apa lu boleh buat... takan lu nak jadi hantu datang balas dendam sebab jealous gua kahwin lain... bullshit... punya story lah.... kita harus bersandar kepada perkara yang nyata... samalah jugak kalau gua mati dulu... takan gua nak bangun jadi hantu pergi cekik laki baru lu.... gua dah jadi bangkai maaaa....

Bila gua sebut pasal bangkai... terus dia kata gua ni... tak ada adab sebab menyamakan mayat sebagai bangkai... terpaksalah gua explainkan pulak kat pramugari gua yang tersayang nih..., maka apabila roh keluar dari jasad dengan itu jasad sudah tidak bermakna lagi... hanyalah seperti robot yang tak boleh bergerak apabila di cabut baterinya.

Jasad itu hanyalah sarung kepada Roh sahaja, perghhh... complicated jugak gua nak huraikan di sini, nanti ada yang tuduh gua sesat ke laut pulak... wahabi.. janabi... gila babi... macam2 lah... Jadi apabila jasad sudah tidak bernyawa maka ianya akan seperti bangkai yang di makan ulat... di hurung lalat dan pelbagai lagi...

Jadinya... kalau kita dah mati jadi macam gambar kat bawah ni la....


(Sorry.. arrr... gua tak dapat huraikan kat sini significant bangkai dan jasad, sebab Islam Malaysia ni.. Islam cacamarba... kes sensitif..., nanti Pak Yazid marah gua... kah..kah..kah....)

Ahh... pandai2 lu orang lah... nak tafsirkan macam mana.... gua tengah boring gilerrr.. ni rindukan anak2 dan pramugari gua di KL tu... kena pulak malam ni... malam apa ekkkk.... hj jamaludin boleh la... sebab di dah terbiasa membujang... gua....????

Nanti gua nak tanya Najib, kalau Roswah mati dulu... macam mana???, Lu orang macam mana pulak...???

4 IkutSukaLu...::

mahaza Thursday, July 22, 2010 6:45:00 PM  

Explain aje maksud 'mayat (mait) dari segi bahasa asalnya bahasa arab

ISA Thursday, July 22, 2010 6:48:00 PM  

mahaza,

kena duduk beradap, bawa ayam golek sekor, kambing golek sekor... baru boleh explain..

ha..ha..ha..

Lang Friday, July 23, 2010 4:05:00 PM  

salam bro...

mayat, bangkai tu benda yg sama... tp sbb melayu nikan beradab tu yg kena sebut mayat bg yg islam... nak cantek sebut jenazah....

serupa jugak kalu mati, mampos... sama juga.. nak cantek meninggal dunia...

tp gua ingat lu pon tak kisah sama perkataan tu.. lu kan rock bro.. apa pedulik ngan perkataan.. janji maksud sampai kan.. hehehe...

soal roh dan jasad ni gua pon lama dah cari... kalau tak cari apa itu roh dan jasad.. baik jangan hidup.. sia2 bro... sendiri punya kena carik la.. kalau rahsia mesti kena cari apa rahsia tu...

harap satu hari gua kenal benda2 ni semua..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP