IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jijiknya.... Duit Blogger Pun Diorang Sebat Jugak...!!!!

>> Tuesday, July 13, 2010

Beberapa hari lepas, seorang lagi blogger yang selama ini begitu komited dengan nukilan maya beliau telah menutup/menamat/mematikan blog beliau.  Blogger yang saya maksudkan ialah Pusaka Ayahnda.  Aku benar-benar terkezut, malah kalau hendak di katakan sehingga tahap terkezut beruk, aku kena mengiyakan.  Tapi tidaklah sampai ke tahap BERUK HITAM yang semakin hitam luar dan dalamnya.

Apa sebabnya?  Aku kurang pasti.  Tetapi jika blogger seperti beliau yang selama ini begitu komited sehingga sanggup membahagikan kehidupan beliau kepada dua blok, satu untuk keluarga dan satu untuk blogging, maka tentu ada yang tak kena di sini.  Tugas terakhir beliau bersama Barisan Nasional adalah di Sibu.
 
Aku berani berkata mutu tulisan beliau jauh mengatasi tun pesal, pisau.net pun tak setajam Pusaka Ayahnda, mungkin lebih baik dari papagomo dan tak salah kalau aku katakan ia lebih sikit hebat dari rbf  kalaupun tak mengatasi kehebatan ABItW ataupun BigDog.
 
Cuma publisiti yang di terima tidaklah sehebat  Parpu kari, AIDC, Unspinner, X-pkr dan beberapa nama yang lain yang sentiasa menyokong UMNO walaupun tidak 'favour' dengan pemimpin UMNO lain yang kebanyakan nya tahu mereka ini ada kurap, ada panau, ada kudis, ada pekong, ada busong, ada kanser dan pelbagai penyakit politik yang membebankan UMNO.
 
Sayangnya mereka ini bukannya mahu berubat, tetapi merebakkan pulak penyakit mereka ini kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang daya tahan penyakit politik mereka sememangnya lemah.

Kena bersin komisen sikit dah demam, kena geletek jawatan sikit dah melompat. 

Berbalik kepada blogger pro UMNO yang aku lihat semakin muak dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO tertentu yang samada menjadi lintah menghisap darah blogger, mahupun cuba menjadi hero kepada blogger tetapi tak kemanapun tujuannya, bagi aku sudah sepatutnya membuka mata pihak tertinggi parti UMNO terutamanya DS najib dan TS Muhyiddin.

Bukan sekali dua prk-prk yang berlalu di gunakan sebagai medium mengaut untung atas angin menggunakan nama blogger, malah cara dan tindakan mereka amatlah memualkan. Tatkala UMNO cuba bangun mencari kekuatan, tika UMNO berdiri mencari hala baru, tika UMNO melangkah menuju perubahan, tika UMNO berlari mencari sokongan rakyat,  parasit-parasit UMNO masih lagi bergaya cara lama.  Gaya menggoda dana dengan pelbagai rona hebat tetapi cukup musibat!!!

Walaupun aku ini blogger kecil menumpang premis kawan di Kedah Kita, tetapi aku ada maklumat tentang perilaku pemimpin-pemimpin tertentu yang tak habis-habis menggunakan blogger sebagai mesin mencetak wang peruntukan prk.
 
Bukti?  He he he...memang susah di buktikan bila tunai adalah 'mataair'nya, tetapi ia juga adalah rahsia umum di kalangan petugas parti di Command Centre(CC) yang cukup 'koman' tahap 'koman spanar'.

Tidak keterlaluan jika aku katakan tak perlupun CC di ujudkan untuk prk-prk mahupun GE pada masa hadapan. Halakan sahaja peruntukan untuk CC kepada perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat. Nak ciluk untung pun biarlah berpada, kita hidup bukan hendak tongkat langit, sempadan dosa dan pahala bukannya tebal... hanya senipis kulit bawang.

Dan yang akhir sekali ingin aku luahkan ialah kekesalan aku dengan maklumat yang aku terima ini. Jika salah sangkallah ia, tetapi jika benar sesal lah dahulu agar kemudiannya menjadi berguna....

BENARKAH BAHAWA SEBENARNYA ADA PERUNTUKAN TERTENTU YANG UMNO SEDIAKAN (BACA DS NAJIB SEBAGAI PRESIDEN) BERIKAN KEPADA BLOGGER-BLOGGER PRO UMNO.
 
TETAPI TIDAK PERNAH SEORANG BLOGGER PRO UMNO PUN TERIMA WALAUPUN JUMLAHNYA DI KATAKAN CUKUP UNTUK KEBAJIKAN LEBIH DARI 100 DAN HAMPIR KEPADA 200 ORANG BLOGGER PRO UMNO SEKIRANYA IA DI AGIHKAN SECARA TELUS SEPERTI YANG DI HARAPKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI UMNO.

Aku harap ada jawapan yang ikhlas untuk soalan yang ikhlas ini. Ingatlah bahawa pihak pembangkang sanggup "membela (upah) dan membela (undeng2)" blogger2 mereka walaupun terpaksa membayar dengan nilai yang tinggi, mengapa pula UMNO/BN tidak boleh?  Tak mampu?
 

1 IkutSukaLu...::

Lang Tuesday, July 13, 2010 4:19:00 PM  

salam bro...

memupuk budaya adalh lebih mudah dari merubah budaya... dulu gua aktif jugak dgn parti sahsiah kerajaan tp jaman tu jaman tok husien lagi.. dan jaman tu dah berlalu kerana gua yg masih buta politik dipermainkan oleh senior politik gua... sekali gua kena gua tobat nasuha.. gua takkan celup diri gua dgn parti sahsiah tu lagi..

gua lebih suke dok memerhati gelagat mereka dr jauh sambil gua mencongak2 apa bakal berlaku... gua pon udah masuk itu btn.. sbb tu gua tau... budaya parti sahsiah tu berubah menjadi budaya mata wang apabila konsep ada wang semua boleh jadi... tiada lagi sifat berkorban dan tidak mengerti pon perjuangan melainkan bersandarkan mata wang.

disebabkan mata wang semakin mudah di jual beli hatta kekayaan melimpah atas sumbangan glc2 kepada parti, maka lubang2 besar dicipta utk mempermainkan org2 yg buta politik tp masih ingin menjadi alat politik.. gua tak heran sbb benda dah berlaku jaman gua dulu2..

berbanding dengan parti sahsiah yg satu lagi... semua dibuat secara free sbb nereka miskin dan papa... disana perjuangan adalah tulin sehinggalah pada akhir2 ini budaya kurap ini juga sudah menempel pada parti kupiah, parti mata dan parti apolo... sebab mereka sudah ada sumber... maka alat2 politik mereka diajar apa itu mata wang...

dikala ini parti hulu dan parti kuala sudah tidak besar bezanya dari segi politik dan mata wang..

bagi gua... bloger2 yg belajar utk memahirkan mandiri adalah bloger tulen.. mereka ini lah menjadi penegur jujur dan pemerhati yang sayangkan kepada negara... tidak memihak berdasarkan sahsiah tetapi memihak kepada adil dan jujur.

wallahualam...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP