IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ini Yang Gua Hairan...!!!!

>> Tuesday, July 06, 2010

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 2 hingga 4 minggu.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi had laju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bila masa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5sen balik tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat post-mortem, tanpa membuat post-mortem ke atas pegawai2 yang membuat post-mortem tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan di bandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu, mungkin takut kena rompak tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak juga?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah di atas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah di tegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang secukupnya bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar - nukar pemain dan jurulatih sedangkan masih mengekalkan pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu traffic jam terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu traffic jam terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan atau melihat siputbabi melintas jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab gmamat@yahoo.com,my.

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10,000 sebulan bermain bola macam budak sekolah, sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok chatting dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah out-of-date selepas sebulan dan kita pun masih belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44.Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu, sebab itu mereka susah nak senyum.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29 tetapi hanya dapat menonton 20 sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam Guestbook sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kasih serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam chat room.

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

50. Bilamasa kawan kita banyak ide dan pandai bercakap, bila terima tekanan kerja terus mengamuk.

8 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Tuesday, July 06, 2010 11:13:00 PM  

salam bro
gua lagi hairan

1. kenapa orang masih UNDI UMNO/BARISAN NASIONAL padahal parti haramjadha ni dah 50 tahun merompak samun kita.

lagik hairan, peneroka felda masih undi umno..nak balas jasa tun razak (ada kaitan dgn 13 mei)
wkahakhkkaa

Putra IJ80 Tuesday, July 06, 2010 11:30:00 PM  

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

Yg.nie gua mau nyampok cikit.

Bila pemandu yg.tak tahu isyarat,Lampu isyarat.

Dah bagi lama tapi tetap menghalang dari kereta memasuki lorong nya,malah dgn sengaja melajukan krte,perempuan pulak.

Adoh!baru nie gua kena, bagi isyarat biasa,kita angkat tangan pulak tanda kita menghormati nya.

Tapi bole perempuan Muda bergaya nampaknya,tak bagi gek.

Gua terfikir,Dari mana pompan tur dpt lesen dan apa kah kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA langsong X der kesan nya?

Atau die Anak Haram tak der Agama?

Maaf,jgn maree!!

hj jamaludin,  Tuesday, July 06, 2010 11:44:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ini Yang Gua Hairan...!!!! Bila baca N3 yg ini samaada nak kertawa ke? atau nak menyampah ke ? atau nak senyum ke ? atau nak setuju ke ? atau .................tidor dulu la , nanti gua pikirkan.!!!!

pembela Islam & melayu sejati Wednesday, July 07, 2010 12:10:00 AM  

Assalam 1Malaysia,
kenapa smua org selalu salahkan UMNO & PM malaysia.salahkan diri sendiri.Kalau PM kita betul2 salah & terlibat dlm pembunuhan tentu mahkamah & polis telah menagkap beliau...tetapi dengan kuasa Allah ini semua xterjadi kerna Allah tahu siapa yg betul & Anwar yg meliwat dijatuhkan hukuman.sedarlah wahai semua,PR ada agenda hendak megadaikan melayu di tangan org2 kafir.PAS hanya memperkolotkan minda org2 di malaysia.hanya UMNO yg dapat membela bangsa melayu & agama islam yg suci.D.S.najib adalah sebaik-baik manusia seumpama rasul yg patut kita sanjungi & muliakan.kerana beliau telah menyatukan kita semua bangsa dlm 1Malaysia.D.S.najib adalah pemimpin islam yg patut kita & TG Nik Aziz patut contohi.. terima kasih assalam 1malaysia.

ISA Wednesday, July 07, 2010 7:28:00 AM  

warta 365,

Bab umnoapco ni gua tak hairan bro.. sebab sudah nyata penyokong dan pengundi diorang kalau letak tunggul kayu pun diorang pangkah.

Bapak MahaBesar diorang yang cakap... bukan gua cakap aaaa.....

ISA Wednesday, July 07, 2010 7:31:00 AM  

indraputra80,

gua pun kadang2 bengang jugak dengan pemandu malaysia nih... yang brutal terlebih brutal..

yang slow terhegeh2 macam siputbabi pulak berlambak, paling gua benci yang busybody nak tengok accident.. sampai jalan semua jem...

ISA Wednesday, July 07, 2010 7:31:00 AM  

hj jamaludin,

lu dah bangun tidur ke...?

ISA Wednesday, July 07, 2010 7:39:00 AM  

pembela Islam,

ha..ha.. lu bikin gua ketawa bro... betapa dangkal dan penjilat tegar Najib.

Allah MAHAberkuasa... itu pasti dan DIA boleh buat apa saja terhadap makhluknya.

Najib pun berkuasa dengan kuasa yang di pinjamkan oleh Allah kepadanya. Tapi terbatas kepada Negara dan orang2 bawahan serta dalam genggamannya sahaja.

Lu pun berkuasa dengan kuasa pinjaman dari Allah tetapi terbatas kepada Rumahtangga lu dan sekeliling lu sahaja.

Harap Najib dan lu tidak menyalahkan kuasa yang dipinjamkan itu... tapi Najib sudah pergunakannya demi kepentingan politiknya...

Lu paham tak gambaran yang gua terangkan...

(Najib pemimpin Islam yg patut kita contoh) adalah satu statement bangang lagi bahalol... dalam Islam suami wajib menyuruh isterinya menutup aurat... boleh ke.. kita ikut pemimpin yang seperti ini.. yang dayus takut nak suruh bini menutup aurat...

Lu telah membangangkan diri lu sendiri... macamana lu nak jadi pembela Islam...???? ha..ha..ha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP