IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Anak Siapalah Macam ni yeaaaa...???

>> Wednesday, July 28, 2010



Di pagi hari yang nyaman,dua orang wargaemas sedang duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya.

Pak Abu sedang leka membaca suratkhabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil menghisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm.... jawab Pak Majib macam acuh tak acuh jer.....

Pak Abu: Kalau yeaaa... pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual suratkhabar ke... Betul tak Majid...?

Pak Majid: Hmmmmm... sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid...? Takkan berita macam ini kau tak ambil peduli ke....?
Ini melibatkan kemanusiaan tahu, Binatang pun tahu nak jaga anaknya.....

Pak Majid: Hmmmm... ginilah Abuuuu... aku nak bagitau kat engkau. Kalaulah aku... masa muda-muda dulu, aku jual anak-anakku tu.... aku dah kaya raya banyak harta sekarang ni... engkau tahu takkk...???

Pak Abu: Hahhhh...........??? Engkau biar betul Majid....!!! Apa kau dah gila ke... cakap macam tuuu....!!!

Pak Majid: Hoiiiii... Abuuuuu....  engkau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Sedarlah sikit Abu... Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam ni...lah..., dah lama dah aku jual budak-budak tuuuuu....!!!

Pak Abu: HEHEHEHEHE... aku terlupa daaaaa....

Di rembat dari: Sg. Kasai. (di tambah garam dan gula buat penyedap cerita... ngeeee...)

Moral: Peringatan buat diri gua dan lu orang juga.

1) Kepada anak2 yang masih ada ibubapa, hargailah jasa mereka yang membesarkan kita semua dengan penuh kasih sayang. Gembirakan hati mereka....

2) Kepada yang dah kematian ibubapa pula... sedekah kan lah sekurang2nya dan paling cekai  sekalipun... (kalau lu orang terlalu sibuk/busy 24 jam) Surah Al-Fatihah setiap kali selepas Solat kepada ibubapa lu orang semua.

3) Amalkan setiap hari setiap kali selepas Solat, Doa kan kesejahteraan ibubapa lu orang samada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggalkan dunia, sambil makrifatkan wajah mereka dalam Doa lu orang.

Insyaallah... rezeki lu orang semua tidak akan terputus walau sesak macam mana sekalipun... dan Insyallah.... tak payah nak pergi jumpa bomoh minta "pelaris" bagi yang berniaga dan "pengasih" bagi yang berkerja makan gaji konon nak bagi bos sayang... piiiraaahhhh... khurafat semua tu...

p/s: Lu... orang nak tau kenapa gua siarkan n3 ni... sebab hari ini Birthday Abah gua... so gua ambik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Abah gua yang ke 59 tahun melalui blog ini, sebab Abah gua sorang jer... yang tau gua berblogging nih... dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa melalui blog dan website hasil hasutan gua... Abah gua pun dah lama tak beli dan baca suratkhabar lagi.... hehehe...

7 IkutSukaLu...::

keindahan ugama,  Wednesday, July 28, 2010 9:20:00 AM  

Khas untuk Ayah kepada Blogger ISA
"Allah selamatkan abah kamu"
"Allah selamatkan abah kamu"
"Allah selamatkan (lupa nama abah blogger ISA ,kau bubuh la sendiri)"
"Allah selamatkan abah kamu"
Tapi untuk menceriakan penghidupan abah kamu ialah dengan menyarankan/merekomenkan kepada abah kamu menambah bini (kalau boleh yg muda) supaya sentiasa nampak muda. Ok lah Happy Birthday untuk Abah kamu blogger ISA.

Edyes Wednesday, July 28, 2010 10:08:00 AM  

ok bro... selamat untuk abah lu bro...

gua touching jugak nie, sebab dah 17tahun tak ber abah... tapi sejak 5 tahun nie, ada la penggantinya, seorang bapak tiri yang baik dan pandai jaga mak gua... huhu

sonduk solaie ado,  Wednesday, July 28, 2010 10:17:00 AM  

Aku sama nak ucap Selamat Hari Jadi.

Ramai anak-anak yang lupa satu hari nanti bila kedua orang tua mereka akan rasa satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti.

Semoga dengan memperingati Hari Lahir kedua orang tua kita akan mengeratkan lagi hubungan anak dengan kedua orang tua.

sonduk solaie ado,  Wednesday, July 28, 2010 10:18:00 AM  

Bro Edyes

Tak sangko aku ko ni yatim tuo...ekekeke

ISA Wednesday, July 28, 2010 12:34:00 PM  

keindahan ugama,

TQ.. bro. Sedap lu nyanyi.. tapi apasal cuaca mendung jer.. hari ni..??? hahaha..

Tambah bini..??? Mak Muda...??? Jangan cari pasal bro...

ISA Wednesday, July 28, 2010 12:37:00 PM  

Edyes,

Nanti gua hantarkan tisu, Bapak Tiri pun macam Bapak Kandung jugak bro... wajib di hormati.

Weiii... adik2 perempuan tiri lu... cun tak..???

ISA Wednesday, July 28, 2010 12:39:00 PM  

sonduk solaie ado,

Lumrah dunia bro, semua orang akan melaluinya.

Abah gua member kamceng gua bro...

TQ bro..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP