IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Tolong...!!! Gua Finin Dengan Polis Trafik Nih.

>> Tuesday, June 22, 2010

Gambar hiasan jer...

Tengahari tadi... gua memandu di Federal Highway dari arah Kuala Lumpur susur naik ke Jambatan Motorola menghala ke arah tol LDP, elok baik layan koner kat Jambatan tu... he...he..he... roadblock beb.... dan gua pun terkena....

Sebaik berhentikan kereta kat tepi jalan betul2 bersebelahan dengan Kedai "used car" bersebelahan kontena nasional dan sebelum simpang masuk ke jalan klang lama. Gua dah keluarkan lesen dan myKad... standby.. dan tahu punca kesalahan gua... ini di akui... memang gua bersalah... ha..ha..ha....

Sebab banyak sangat kereta dan lori yang kena tahan, terpaksalah mnunggu giliran untuk mendapat layanan mesra dari polis trafik nih..., selang beberapa minit datanglah seorang polis trafik yang masih muda belia lagi... gua pun bagi salam...  Assalamualaikum...

dia jawap beb... waalaikumsalam... encik tahu tak kesalahan encik... (sambil ambil lesen dan myKad gua)

Alaaahhh tak pakai talipinggang keledar kan...?

Sekarang ni macamana...??? nak saman ke...?

ooppsss... bila dia tanya soalan macam tu... persepsi beb.. persepsi... double meaning nih... dan gua pun jawap...

Nak saman... saman la... nak buat camna...? Dah memang salah gua..., kalau ada budi bicara.. terpulang pada lu...

Saya tanya lagi sekali... encik nak saman atau tak nak saman...

Terpulang.... pada lu...

Dua saja soalan saya.., encik cuma jawap... Nak Saman atau Tak Nak..?

Gua pilih tak nak...!!!!

Ok.. tunggu sekejap... (sambil  menghulurkan lesen dan myKad gua dan terus berjalan ke kereta di hadapan gua)

Dari kereta di hadapan gua.. dia isyaratkan jari thump-up dan suruh gua jalan... gua pun thump-up kembali.. paut stereng blah.. la... tunggu lagi..., di sebabkan tak sempat nak ucapkan terima kasih.. gua hon kat dia dan angkat thump-up sekali lagi sambil memberikan senyuman terima kasih...  cha.. alifff... but.... sebelum dia ubah fikiran... kah...kah..kah.....

Buat mamat polis trafik yang gua tak sempat nak intai nama dan nombor polisnya... Gua ucapkan terima kasih banyak2 sebab tak saman gua siang tadi... dan gua masih lagi memikirkan apa tujuan/maksud dua soalan tersebut... nak saman atau tak nak saman... he..he..he..

Kenapa dia nak buang masa gua dan masa dia juga dengan soalan macam tu....???? ada sesiapa boleh jelaskan...??? finin...finin...finin...

17 IkutSukaLu...::

noorafzan.blogspot.com Tuesday, June 22, 2010 10:47:00 PM  

salam Isa..
Terima kasih puji deco2 saya.
terpaksa tukar la sebab yang lama malu2 nak appear.

pasal polis trafik tu sayapun agak pelik juga.
tapi dah kata nasib Isa baik kot.
haha~
ingatkan ada 'double meaning' rupanya mmg tak de.
lawak2.

ISA Tuesday, June 22, 2010 10:55:00 PM  

Afzan,

he..he..he... lagi tambah gua punya finin...

Anonymous,  Tuesday, June 22, 2010 10:58:00 PM  

aku rasa dia kenal lu tk bro..

dia pun ntah2 ada follow blog lu..

ahahahahahahahaa

Unknown Tuesday, June 22, 2010 11:05:00 PM  

Salam Isa,
Pak Long rasa dia takut nama dia terpampang kat blog hang, dah tau nak cari nahas lagi... tak pepasal makan maki hamun hang... hihi...

sonduk solaie ado Tuesday, June 22, 2010 11:29:00 PM  

saya pun ada finin kefala la bro...

saman atau tak..finin finin

jawapannya tak nak terus lepas...finin finin kefala

kantung kera jaan dah penuh kot lepas bagi Tg pagau dengan blok L&M

finin finin

hj jamaludin,  Wednesday, June 23, 2010 12:26:00 AM  

BIsmilah Hir Rahman Nir Rahim
Gua rasakan berkat lu bagi salam cara Islam kot. Dan la ni gua cabar lu, lain kali lu jangan bagi salam cara Islam , lu tukar cara .Bila mat rempit polis tu tahan lu , lu cuba bagi salam lancau kat dia. Tengok lu finin ke tidak? . Hello Bro sekurang kurangan lu sujud shukur ke? atau ucap terima kasih kat Allah SWT ke? Lu duduk kat kampung finin lalt ke? sampai mat rempit polis tak saman lu pun lu boleh finin.

ISA Wednesday, June 23, 2010 12:43:00 AM  

AzamDin,

Tak mungkin... tak mungkin...

ha..ha..ha...

ISA Wednesday, June 23, 2010 12:45:00 AM  

Salam Pak Long,

Pun tak mungkin jugak... hihihi.. kena tanya Mak Long ni...

Maki kena bertempat Pak Long ooiii... bukan saja2... hehe..

ISA Wednesday, June 23, 2010 12:46:00 AM  

senduk,

gua sangka baik jer.. bro..., mamat polis tu tergolong dalam kalangan polis trafik yang baik hati...

hazam Wednesday, June 23, 2010 12:50:00 AM  

setuju pendapat haji jamaludin..sya pun mengalami situasi yg hampir sama seperti saudara Isa kerana memotong double line dan kebetulan polis trafik dapat melihat kesalahan saya...kereta saya ditahan dan diminta tunjuk lesen memandu dan sebelum itu saya memberi salam penuh hormat dan meminta maaf atas kesilapan saya dan polis trafik tersebut hanya memarahi saya atas kesalahan saya dan memberi amaran supaya tak melakukan kesalahan tersebut di masa akan datang.Anggota trafik bertanya soalan yg sama spt saudara Isa dan Alhamdulilah saya tak di saman.Kesimpulannya tak perlulah kita berprangsangka buruk dengan anggota polis kita yang bertugas penuh dedakasi dan amanah.

jai,  Wednesday, June 23, 2010 12:51:00 AM  

Salam bro ISA.

Kalau dia dah lepaskan lu kira ok la tu bro.

Pasal dia tanya nak saman atau tak nak, itu lu kena fikir positif sebab dia tak ajak lu 'kawtim' apa2 pun kalau tak nak kena saman, betul tak???

ISA Wednesday, June 23, 2010 12:52:00 AM  

hj jamaludin,

mana lu belajar cara "salam lancau", sepanjang gua mendalami ilmu Islam tak pernah guru gua cara bagi "salam lancau", lu dah sesat barat nih...

Lagipun giler ke.. apa.. nak sujud syukur kat tepi jalan tu...,

Takan gua nak cite gua ucap syukur ke hadrat Allah dalam blog ni.. nanti lu kata gua riak pulak.. itu urusan gua dengan Allah beb... ha..ha..ha...

Lagipun gua tak warak macam lu..., Gua rasa lu masih tak faham apa yang dinamakan "persepsi" bro...

ISA Wednesday, June 23, 2010 12:56:00 AM  

hazam,

gua setuju dengan lu.. dan gua pun takda prasangka buruk pada polis tu... malahan gua hon dan lambai tangan tanda terima kasih kepada beliau.

cuma gua terfikirkan desakan pertanyaan beliau.. itu sahaja.

ISA Wednesday, June 23, 2010 12:58:00 AM  

jai,

Alhamdulillah dia lepaskan gua, mungkin atas dasar sesama islam.

pasal perkataan "kawtim" yang lu maksudkan itulah gua cuba merujuk kepada desakan soalan beliau.

"Nak atau tak nak"

Apa pun gua masih bersangka baik terhadap beliau...

budakbalun Wednesday, June 23, 2010 1:25:00 AM  

bro isa.. mike ade belajor ilmu penunduk kot?? wakakaka!

ISA Wednesday, June 23, 2010 1:32:00 AM  

sunsnake,

gua tak kedekut ilmu bro...

Lepas solat subuh dan asar amalkan ayatul Qursi 7 kali... insyallah

hehehe...

Rahwana Wednesday, June 23, 2010 9:21:00 PM  

Salam bro...maybe budak tu nak pantun:buah mangga atas pagar,ambil galah tolong jolokan...hehehe baru blajaq double meaning kut

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP