IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Natang... Gula Pun Tak Ada Kat Kemaman...

>> Thursday, June 17, 2010

Semalam tengahari checkout dari Redang Lagoon, sampai Jeti Merang pukul 2.00pm. Start kereta menghala ke ke Kuala Terengganu... cari restauran untuk makan tengahari, anak bini semua dah kebulur. Pusing punya pusing dalam town Kuala Terengganu... ternampak sebuah Restauran Chilada di Bukit Kecil.

Dari segi imej dan konsep exclusive memang tip top, kalau makanannya sedap bangat... harga mahal dari kebiasaan bagi gua tak menjadi hal... gua belasah jer..., tapi dari segi servis para pelayannya macam cibai.. lain yang di minta lain yang diorang buat.. dah tu servis lembab macam siput babi, nak kata tak faham bahasa, gua pun cakap bahasa malaysia juga... malas nak komen banyak2 pasal restauran ni... kalau gua sesat lagi ke Terengganu.. restauran ni memang dalam senarai blacklist gua. (Ini persepsi peribadi gua terhadap restauran yang gua sebutkan, tidak melibatkan sesiapa)

Selesai semua yang di atas tu kami travel menuju ke Rumah Rehat di Kemaman, sampai hampir Maghrib. Setelah selesai semua urusan... gua dan isteri serta 2 orang anak keluar cari sumber makanan untuk makan malam, yang lain2 keletihan dan minta ditapaukan jer..

Dalam merayau2 cari kedai makan, ternampak sebuah gerai kayu tepi jalan, perghhh... jual makanan western. Apalagi kami pun singgah dan try... walaupun berimejkan kedai kayu dan nampak usang... dalam menunya tulis "The Best Western Food In Town". Dari segi servis dan keramahan pelayan2nya amat memuaskan hati... hahaha.. ini baru boleh di panggil "mesra rakyat" dan sememangnya amat mesra.

Dari segi makanannya pula... Chicken Chop dan Lamb Chop dengan sos mushroom dan blackpepper.. perghhh.. memang sodap.., dan restoran ini terletak di Pantai Mak Nik, jika dari Kuantan ke Kemaman ianya sebelum Jambatan Masjid Geliga Besar.. lu orang masuk kanan dan terus pandu dalam satu kilometer, jumpa simpang tiga.. masuk kanan lagi... pandu lebih kurang 200 meter, ianya terletak di sebelah kanan jalan... dan satu2 nya gerai western food di situ... gua rekomen boleh cuba... sori gua tak ingat nama kedainya... (Ini persepsi peribadi gua terhadap restauran yang gua sebutkan, tidak melibatkan sesiapa).

Pagi ini pula gua dan isteri, merayau town Kemaman cari sarapan pagi. Kami pergi ke pasar Kemaman kononnya nak cari kuih muih tradisional negeri Terengganu, ada la... beberapa jenis kuih muih yang di tapau.. dan gua pun tak ingat apa ke namanya..., lepas tu kami ternampak Restauran Hai Peng... nama restauran Cina tapi makcik2 pakcik2 melayu ramai di dalamnya..., gua parked kereta seberang jalan pergi survey... sah restauran cina Hai Lam dan makanan di dalamnya semuanya di letakkan oleh orang2 melayu, restauran tu cuma buat air dan roti bakar/roti kaya.

Kopi "O" nya memang kow... masih bercirikan cawan kecil yang berbunga2 tu... (gua pun tak tau nak sebut ha..ha..ha..), nasi lemak sambal ikan bilis... pedas sampai menjejeh air liur... tapi sedap beb... gua telan dua bungkus.. isteri gua pekena nasi dagang... pun sodap katanya... than.. tapau apa yang patut untuk anak2 dan bibik di rumah.. semuanya RM17.80... puashati... (oopppsss... tukang bancuh air dan pelayannya melayu) 

Kekecewaan terasa apabila kami pergi ke tiga buah kedai runcit dan dua buah pasaraya mini untuk mencari serbuk teh dan gula untuk stok bancuhan di rumah rehat. Serbuk teh banyak dan pelbagai pilihan, yang sedihnya GULA takda beb..., krisis gula masih kritikal gamaknya... akhirnya air minum pun terpaksa tapau juga.... adusss... sedihnya.... ha..ha..ha...

p/s: yang gua tulis panjang2 tu sekadar berkongsi cerita dengan lu orang jer..., tujuan sebenar gua nak bagitau.. kat Kemaman, Terengganu pun takda stok GULA.... apa dah jadi dengan Kera..jaan Malaysia ni... sampai stok GULA pun boleh terjejas... Natang Punya Kera..jaan... 

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, June 17, 2010 12:55:00 PM  

Salam
Nak makan di KT tanya2lah orang dulu mana kedainya, ni redah je, padan ngen muka mung, di merang tu ada restorang desa, sebelum UMT ada restoran nasi kampung, masuk bandar kedai mat binjai n kak yah kedai binjai pun ada, buatlah perangai tu lagi bila2.
Saya kat rumah le ning tanam pokok gula, baru keluar bunga, nanti kalu berbuah bolehlah nak mai ambik barang sepuluh dua kilo, tak nak arap ngat gula kat kedai, kita kata tak dak gula, kerjaan kata ada, entahlah labu.....

ISA Thursday, June 17, 2010 5:03:00 PM  

Tanpa Nama 12.55pm,

Mung cakap Restoran Desa... di Merang???

Ha..ha..ha.. gua dah cuba.. tak sodap lansung.. hampeh.. harap restoran jer.. besar.

Yang lain2 tu.. tak sempat nak cuba,, mungkin lain kali pulak..

Eloklah tanam pokok gula.. nanti pos kan kat gua sikit..

sonduk solaie ado Thursday, June 17, 2010 9:54:00 PM  

ISA...dapek jugak ekau makan yang sodap.

Den yang solalu bojinak dokek komaman sobab kojo nak cari makan ya amponnn... payah bonar nak lokat kek tokak den ni.

Boto ko minam kek Hai Peng tu sodap?

Biar boto Poit...hehehe

Tang gulo...heran bonar den. Bandar chukai tak la bosar mano. Kalau dibuek cubprix tak cukup lap tu...masokan tak cukup gulo...memang natang bonar MUNKEE GOVT ni...

aksix alyah Saturday, February 05, 2011 9:58:00 PM  

Betul juga, kalau susah dapat guka, tanam pokok saja, idea yang bagus.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP