IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nak Langgar Azmin Ali..??? Perghhh....

>> Tuesday, June 29, 2010

Masalah mamat nih. Itu pandangan peribadi gua. Gua ada hujah sendiri, tapi gua tak tulis dulu. Cuma gua nak bagi tau, skang ni, si Azmin nih downkan momentum Putrajaya. Sama kes macam Hadi jugak.

Bila downkan momentum tawan Putrajaya, maknanya lengahkan kejatuhan BN. Sama cam Hadi gak. Bila lengahkan kejatuhan BN, maknanya lengahkan perolehan demokrasi sihat. Sama cam Hadi gak.

Bila lengahkan perolehan demokrasi sihat, media sihat, maknanya, lengahkan penerapan agenda Islamic State. Sama cam Hadi gak. So, di sini, gua boleh langgar Azmin Ali atas tiket PAS Reform (kalau memember PAS Reform lain setuju).

Namun, gua nak buat poll dulu. Patutkah gua masuk daun PKR atau tidak. Itu step 1 gua. Kalau lu orang setuju, atau majority setuju, step kedua plak ialah tanya memember PAS Reform. Kalau lepas step kedua plak, step seterusnya ialah rujuk 'otai PKR kurang kepentingan' seperti MSK. Apa pula pandangan dan maklumat dia.

Pastu gua timbang guna dacing cap BN. Kalau gua agak2 si Azmin ni perlu ditempeleng, maka, kita akan lancar Projek Langgar Azmin dan Hadi. - Aduka Taruna

Ha..ha..ha..., weii... projek langgar Najib tak mau ke...???

Nak langgar Azmin Ali...??? Nanti dulu bro..., mamat nih baru jer... hantar geng2 dia dari Gombak pergi Umrah pada hari Ahad lepas, gua ada sama dalam sesi majlis meraikan para jemaah yang di taja oleh seorang Datuk Korporat pada Sabtu lepas.

Dan insyallah si Azmin ni... gua tengok baik punya bincang dan promosi dengan Datuk Korporat nih.. dari awal majlis hingga selesai dan bercakap demi kepentingan pembangunan Negeri Selangor dan bagaimana hendak mengekalkan pemerintahan PR di Selangor sambil melangkah menuju ke Putrajaya dengan bangganya.

Gua nampak mamat Azmin ni masih buat kerja pada hari Sabtu bhai.. bukan macam kawan baik lu.. hari Jumaat melepak kat rumah, so... cadangan lu nak langgar mamat tu... batalkan dulu... ha..ha..ha... maklumat yang lain2.. gua simpan dulu... nanti Khir Toyol potong stim pulak...

Yang bener...
Ahli Majlis Syura taraf Ulama Menyemak Kawasan Segitiga Bernuda... kah..kah..kah...

6 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Tuesday, June 29, 2010 11:37:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA kalau nak jadi AJK "Ahli Majlis Syura taraf Ulama Menyemak Kawasan Segitiga Bernuda" macam mana ha?. Kena bayar tak kalau jadi Ahli?
Aik, nanti dulu , Bro ISA lu tak silap ke? ada ahli korporat menaja majlis meraikan para jemaah yg nak gi Umrah ? Ini boleh di spesifikasikan rasuah .Kalau ditaja bermakna memberi rasuah malah seorang (Azmin Ali) dari puak Geng 15 Ahli Parlimen PKR ada di majlis tersebut .
Bagi Gua kan Azmin Ali dan Ezam ni, DNA nya sama , sungguh bahaya , boleh hidup 2 alam , dan pandai masuk pot. Kalaulah Azmin Ali jumpa dengan YB Hamidah (Perak) tentu kena palong dulu sebelum YB Hamidah (Perak) palong Ular.

ISA Tuesday, June 29, 2010 11:40:00 PM  

hj jamaludin,

tersirat ke tersurat.. kah..kah..kah...

Mr Wednesday, June 30, 2010 1:37:00 AM  

Nak jadi Ahli Syura Jin, kena jadik jin dulu bro.

Berapa pinggan lu makan untuk sekali makan sambil pakai seluar jin? Kalau banyak, boleh jadik jin. Kah3..

Anonymous,  Wednesday, June 30, 2010 2:04:00 AM  

salam bro...

aduka ni suka main langgar lari jer...

semenjak kena tangkap,dan dilepaskan aduka telah buat akurjanji untuk memutarbalikkan fakta..

kalau tidak dia tak kawin hari tu bro.

tulisannya pun seperti mengikut skrip..apa sangat aduka berbanding ezam kotaki.

jgn sampai aduka dilanggar lori taik sudahlah..walahua'lam

Kerajaan Rakyat Wednesday, June 30, 2010 2:22:00 AM  

Salaam sdra Isa,

eh eh... hebat sangat ke dia, senang-senang hendak melanggar orang!!!

Anonymous,  Wednesday, June 30, 2010 6:33:00 AM  

dari langgar ezam ada lebih baik langgar rajagopal...... ada beranika??????

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP