IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kak Mah Sedih... Sebab Ramai Melayu Masih Bangang...!!!!

>> Friday, June 11, 2010

INI KESAH DI BELAKANG SAJAK MALAM KELMARIN

Malam tadi, sewaktu Hishamuddin Rais (tukar tiub) mendeklamasikan sajak 'Gaza'nya di program Palestin di Dewan Sivik, PJ aku terdengar seorang mamat berkopiah putih yang duduk di hadapanku bersungut kepada kawannya, "Ini cerita kat Malaysia!".

Ketika itu Hisham masih sedang membaca dan belum habis lagi. Aku pantas saja bertanya mamat itu, "kenapa?"

Dia jawab,"Ini cerita di Malaysia."

Dengan sedikit panas aku terus saja menjawab, "Zionis ada di Malaysia! Cuba dengar kes roboh dan rampas tanah di Gaza dan di Malaysia, sama tak?"

Dia tersenyum saja masih termangu tetapi apabila Hisham menamatkan sajaknya yang menyatakan Gaza ada di Plentong, Gaza ada di Berembang, Chubadak dan sebelum lawan zionis di Gaza kenali dulu zionis di Malaysia aku rasa semua orang faham. Mamat tadi kelihatan terpempan. Dia tak nampak Hisham sedang membandingkan apa bezanya zionis Israel dengan zionis Malaysia.

Inilah masalahnya kalau selalu melihat 'kulit'. Apabila YB Khalid Samad menceritakan perihal kerajaan BN melantik APCO sebagai penasihat, ada yang bersungut, "politik pulak dahh.."

Nampak tak kesempitan ini? Ramai yang gagal kaitkan zionis di Gaza dengan di Malaysia? Seorang kanak-kanak spontan saja menjerit, "Mc Donald!!" sewaktu slaide menunjukkan produk yang menyokong zionis. Lihat budak sekecil itu sudah 'dipegang' mindanya dengan brand itu. Maaf cakaplah kawan2 - aku sedikit menyampah kalau aku lihat ada sticker VIP McD di cermin kereta kawan2 aku. Aku akan memandang ke lain jika aku menumpang kereta kalian.

Selaku editor majalah kartun politik, aku juga menerima banyak kartun menghentam zionis tetapi aku masih terus menunggu kartunis yang sama melukis tentang APCO, polis tembak orang awam dan sebagainya. Tadak!

Sewaktu demo anti zionis Jumaat lepas, ada sekumpulan demonstran NGO yang guna nama ala-ala Islam kurang senang dengan kehadiran majoriti demonstran dari parti politik PR.

"Tadi kami demo jalan tak jem pun. Mereka datang terus jem. Mereka ni gemar provoke kerajaan."Bagi mereka politik lain- Palestin ni lain. Pencabulan hak asasi, rampasan, keganasan, manipulasi, penafian hak bersuara adalah zionis. Tak kira di mana dan tak kira siapa yang lakukan, ia adalah zionis. Zionis Melayu, Cina, India pun ada di Malaysia.

Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza.

Autopublish dari sumber TT

 Gambar ni gua cilok dari Ali Bagan Pinang, peduli apo den, Bini Kak Mah kata Halal...
Kak Mah sedih sebab dia pun tahu siapa Zionis sebenar di Malaysia nih...
Sodih gilo... Kak Mah tu... ishhh...ishhh...ishhh...
 jangan jadi gilo sudah la... ha..ha..ha...

1 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Friday, June 11, 2010 11:21:00 AM  

GAZA jugak ado di ghombau !!!!! tak cayo cubo tanya tuan tuan tanah yg ado di sepanjang jalan keteapi seremban to gomeh !!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP